Day 3: Rome – Pisa – Florence
Aku bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bersiap dan mengemas apa yang patut. Yelah, aku memang jenis suka settlekan benda awal-awal so takdelah nanti terhegeh-hegeh last minute. Lagipun, nak menunggu si Erol ni siap pun boleh tahan juga. So, bila aku dah settle, aku kejutkan Erol untuk turn dia siap pula. Then, jam 6.30 pagi, kami turun ke bawah untuk breakfast. One thing aku suka breakfast kat Italy ni ialah lambakan cheese. Nikmatnya rasa dapat makan cheese dengan roti panas-panas. Tapi aku seludup masuk juga tuna cili dalam tin tu. Barulah sedap ada pedas-pedas sikit. Hahahaha.
Selesai breakfast, kami checkout hotel at 7.30 pagi dan 15 minit kemudian bas kami bergerak menuju ke Pisa melalui Autostrada del Sole yang mengambil masa lebih kurang 5 jam dengan perjalanan sejauh hampir 400 km. Sepanjang perjalanan melalui kawasan Tuscany ni, mata dihidangkan dengan pelbagai pemandangan landskap yang menarik serta keadaan cuaca yang berbeza. Separuh perjalanan kami melalui kawasan yang berkabus tebal ala-ala cerita mistik. Kemudian di separuh perjalanan lagi cuaca cerah dengan langit yang membiru. Dengan deretan pokok-pokok pine yang tirus, ladang-ladang anggur, olive dan buah peach yang terbentang luas. Memang cantik. Dan menariknya di Tuscany region ni, kebanyakan bangunan di sini menggunakan satu tona warna iaitu putih, kuning atau beige. Dengan warna tingkap hijau atau perang, jarang nak jumpa warna selain daripada warna-warna ni. That’s why pemandangan landskapnya nampak seragam je sepertimana yang kita dapat lihat pada lukisan-lukisan pemandangan Italy ni.
Setelah hampir 3 jam lebih perjalanan, kami berhenti seketika di Autogrill (serupa R&R di Malaysia) untuk “mengosongkan tangki” dan membeli kudap-kudapan untuk mengalas perut. Sekitar jam 12.30 tengahari kami sampai di kawasan parking bas untuk menunggu shuttlebus yang akan membawa kami masuk ke kawasan Leaning Tower Pisa. Di kawasan parking bas ni cuaca dah mula mendung. Maka berduyunlah mamat-mamat Afrika mengerumuni kami untuk menjual payung, baju hujan, beg dan segala macam benda. Naik rimas dibuatnya sebab derang ni jenis tak faham bahasa selagi kita tak beli. Yang derang tahu asyik cakap “murah-murah”, dua.. tiga.. since dia tahu kita ni orang Malaysia. Tapi aku anggapkan derang ni transparent je la walaupun hakikatnya derang ni besar gedabak. Nak cakap banyak pun tak boleh sebab derang cari rezeki kan. Bukannya mencuri.
So, shuttlebus berhentikan kami di bahagian luar entrance Leaning Tower ni. Dan di sepanjang jalan memasuki kawasan menara, di kiri kanan penuh dengan gerai-gerai menjual beg dan cenderahati yang rata-ratanya didominasi oleh bangsa Afrika dan Bangla. And Bangla ni seperti biasalah, some of them mampu berbahasa Melayu sebab pernah bekerja di Malaysia. Harga souvenirs di sini pun boleh tahan murah dan boleh ditawar kalu nak beli. In fact, better beli di sini juga dan jangan tunggu nak beli kat Milan yang mahal gila tu.
Memasuki gerbang utama, mata sudah tertumpu pada ikon yang terkenal di seluruh dunia iaitu The Leaning Tower of Pisa. Tower of Pisa ni merupakan bell tower yang terletak di belakang cathedral di dalam kawasan Piazza del Duomo. Bangunan ni senget kerana keadaan struktur tanah yang lembut on one side untuk menanggung beban bangunan.
Di dalam Piazza del Duomo ni juga terdapat Pisa Cathedral, Battistero di San Giovanni serta muzium. Kawasan piazza ni takdelah besar sangat, so kami spent lebih kurang sejam sehingga jam 2.00 petang untuk mengambil gambar di celah-celah bangunan, selain membeli sedikit souvenirs dan menapau halal kebab (€6 satu set, lebih kurang RM30.00) at this one shop di lorong masuk gerbang piazza ni.
Sekitar jam 2.30 petang, kami meneruskan perjalanan ke Florence sejauh 90 km yang mengambil masa lebih 1 jam. Dan kami berhenti lagi di Autogrill sekitar jam 3.20 petang untuk quick lunch (tapau kebab tadi) dan berehat selama 30 minit. Selesai semuanya, kami sambung semula perjalanan sebelum berhenti selama sejam di Pierotucci Leathers untuk melihat proses membuat beg, jacket, kasut dan barangan kulit asli di sini.
Semua produk di sini menggunakan kulit lembu asli tempatan dan barangannya sangat berkualiti. Dan harga pun sangat mampu tengok jugalah. But those yang minat dengan barangan kulit, memang sinilah tempatnya. Walaupun bukan jenama terkemuka tapi produk yang dikeluarkan sangat berkualiti dan in fact mereka juga mengeluarkan produk jenama terkemuka. Antara yang aku nampak adalah Micheal Kors dan some others yang aku tak ingat nama. Aku tak beli apapun.. setakat cuci-cuci mata je la.
So, dah habis mencuci mata tengok leather products tu, kami meneruskan perjalanan ke Florence dan sebelum sampai ke hotel, kami singgah dinner di Ristorante Indiano Zafferano a.k.a Restoran India. Menu seperti biasalah.. nasi, kari dengan kuah dal and some other dishes.
Bila perut dah berisi, kami terus ke West Florence Hotel yang terletak hampir setengah jam dari pusat bandar Florence. After checkin, masuk bilik, mandi dan terus memengsankan diri. Penat gila rasanya!
Leave a Comment