Sharing is caring

Day 4: Florence – Venice

Hari ni itinerarynya adalah Florence City Tour sebelum petangnya nanti bertolak ke Venice. Aku bangun awal seperti biasa seawal 6.00 pagi untuk mengemas dan bersiap-siap. Florence boleh tahan sejuk. Buka je tingkap, menderu udara sejuk masuk ke dalam bilik. Mujurlah ada water heater. Tapi one thing yang tak bestnya hotel ni ialah bantalnya yang leper tu. Bangun-bangun pagi, terus dapat stiff neck. Satu hal pulak aku nak berjalan dengan sakit leher pagi ni kan?

Pemandangan di sekitar Sungai Arno.

So, lepas bersiap, kami turun ke bawah untuk breakfast sekitar jam 7.30 pagi dan bergerak menuju ke city centre setengah jam berikutnya. Perjalanan dari hotel ke city centre lebih kurang 30 minit, so kami sampai lebih kurang jam 8.30 pagi. Turun je dari bas di hadapan Hotel River yang berhadapan dengan Sungai Arno, hujan renyai-renyai dah mula turun. Adeh.. tak best betul nak buat tour time hujan-hujan camni. Lagilah aku dah penat set rambut bagai kan.. kena air hujan terus jadi leper.. hahahaha. Tabahlah Omar!

Semakin di depan katanya. Motor siapakah itu?

Bila tour guide kami dah sampai, landmark pertama yang kami tuju adalah Biblioteca Nazionale Centrale iaitu perpustakaan awam nasional yang terbesar di Italy dan antara perpustakaan yang terpenting di Eropah. Bangunan yang terletak di hadapan Sungai Arno ni ditubuhkan pada tahun 1714 iaitu lebih 300 tahun dahulu.

Biblioteca Nazionale Centrale.

Selepas itu, kami menyusuri celah-celah bangunan di sini untuk ke dataran Piazza di Santa Croce yang mana di hadapannya terdapat sebuah gereja Katolik, Frati Minori Conventuali. Kebanyakan bangunan di sini berwarna terracota/light brown dan nampak seragam. Kiranya menyerlahkan lagi imej klasik pada keseluruhan bandar Florence ni.

Frati Minori Conventuali.

Kemudian, kami menuju ke Piazza della Signoria, sebuah dataran di hadapan Palazzo Vecchio yang mana di sini terdapat banyak sculptures antaranya yang terkenal Fountain of Neptunes. Replika Statue of David ciptaan Michaelangelo yang famous tu aku takdan nak cari. Banyak nau patung bogel sampai berpinau biji mata aku!

Di hadapan Piazza della Signoria. Banyak sculptures kat sini.

Selesai meronda dan snap few pics kat area ni, kami meredah hujan melalui deretan kedai-kedai kat sini. Macam-macam kedai ada. Kebanyakannya butik-butik pakaian berjenama, cafe dan kedai-kedai menjual barangan kemas dan bermacam-macam lagi. Tak masuk pun sebab memang tahu harganya mahal. Hahahaha..

Mentang-mentang hujan, kemain ramai yang jual payung!

Jalan punya jalan, kami sampai pula di dataran yang terkenal iaitu Piazza del Duomo. Di sini terdapat sebuah gereja yang utama di Florence iaitu The Cattedrale di Santa Maria del Fiore. Gereja ini dibina pada tahun 1296 dengan senibina Gothic yang direka oleh Arnolfo di Cambio. Kubahnya pula direka oleh Filippo Brunelleschi. Di Piazza ni juga terdapat Giotto’s Bell Tower setinggi 84.7 meter yang terletak bersebelahan gereja. Dan di hadapan bell tower ni terdapat sebuah bangunan berbentuk octogonal iaitu Baptistery of Saint John, antara bangunan yang tertua di bandar ini yang dibina di antara tahun 1059 hingga 1128 dengan gaya Florentine Romanesque.

Giotto’s Bell Tower dan The Cattedrale di Santa Maria del Fiore di sebelahnya.

Dari Piazza del Duomo ni, kami berjalan lagi ke Piazza della Repubblica, sebuah lagi dataran yang di tengah-tengahnya terdapat sebuah carousel iaitu Carousel Antica Gisotra Toscana. Di situ juga terdapat sebuah gerbang atau arch yang digelar “Arcone”, direka oleh Micheli, yang diilhamkan dari senibina Florentine Renaissance.

Berlatarbelakangkan gerbang “Arcone”.

So, selepas snap few pics lagi kat sini, kami jalan straight melalui Via Camelia dan Via Por Santa Maria untuk pergi ke satu lagi landmark yang terkenal di Florence ni iaitu jambatan Ponte Vecchio yang merentasi Sungai Arno. Ia dipercayai dibina semasa zaman Rome menggunakan bongkah-bongkah batu.

Kedai-kedai di atas Ponte Vecchio.
Posing sat atas Ponte Vecchio.

Menariknya di sini, terdapat banyak kedai-kedai eksklusif yang menjual barang-barang kemas buatan Italy. Harga? Entah.. tak berani nak usha.. Hahaha. Dan di atas jambatan ni juga terdapat sebuah sculpture Benvenuto Cellini, seorang ahli seni ukir dan tukang emas yang terkenal di Florence ni.

Deretan kedai-kedai jewelry.
Entah bila la boleh datang lagi Florence ni kan?

Ponte Vecchio ni actually our last stop untuk city tour ni. Tak larat dah kaki nak berjalan ke sana ke sini. So, bila dah selesai mengambil gambar dan usha kedai-kedai kat sini and since hujan pun renyai-renyai, so aku ngan Erol decided pergi ke nearby cafe untuk merehatkan kaki. Pusing punya pusing akhirnya kami sampai di Caffe’ Maioli, yang terletak di seberang Sungai Arno. Kami pesan 2 hot latte (€4 secawan) dan memilih untuk duduk di balkoni tingkat atas bagi melihat aktiviti warga Florence buat seketika. Layan sungguh! Sambil-sambil ambil gambar dan menghirup hot latte, kami sempat berbual sekejap dengan pasangan ibu dan anak warga Britain. Nama aku tak tanya la plak.. yang aku ingat nama waitress yang peramah tu. Iris namanya. Siap suggest kami untuk pergi ke some other shops dan museum yang katanya worth visit. Tapi malaslah pakcik. Tak larat nak berjalan. Lagipun sat gi dah nak bergerak ke Venice pula.

Hujan camni pekena hot latte memang best!
Dengan kawan baru, bergambar dengan anaknya sementara maknya pi toilet. Haha.

Lama juga kami di Florence ni. Hampir 5 jam setengah. Kalau hari tak hujan sure lagi best dan lagi meriah gambar-gambarnya. Tapi nak buat camne.. takde rezeki. Macam kena datang lagi je.. hahaha.

** Tips: Silalah beli souvenirs kat sini like fridge magnet atau keychain. Masih lagi murah berbanding Milan. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual paintings. Ada yang offer 3 keping for €20… boleh la kan?

Di tepi Sungai Arno.

Selesai minum dan membeli sedikit souvenirs, kami menuju semula ke tempat bas di hadapan Hotel River tu. Around 2.00 petang, kami memulakan perjalanan ke Venice. Ikut route mana? Entahlah aku tatau sebab aku macam terlelap-lelap dengan stiff neck bagai ni. Yang aku tahu, around 4.10 petang kami berhenti seketika di Autogrill selama setengah jam untuk buang air dan quick lunch. Apa je yang boleh nak makan kat Autogrill ni. Kami cuma order set Nutella croissant yang bersekali dengan cappucino dan freshly-squeezed orange juice. Harga untuk 2 set adalah €8 (+RM40.00).

Quick lunch di Autogrill ~ Nutella Crosisant dengan cappucino je.

Around 4.40 petang, kami sambung balik perjalanan ke Venice. Setelah 2 jam perjalanan, kami sampai ke Venice dan sebelum sampai ke hotel, kami singgah dinner di Ristorante Krisha Tradizionale Cucina Indiana. Masakan India lagi.. hahahaha. Lauk as usual lah. Malas nak cerita. Habis je makan, kami merayap ke kedai buah di hadapan restoran kejap untuk menapau buah-buahan. Takde la murah pun, but okaylah boleh makan buah sikit. I just bought 2 persimmons and 2 peaches dengan harga €4 (+20.00).

Kita beli buah dulu sebelum balik.

Lebih kurang jam 9.00 malam, kami sampai di Park Hotel Villa Fiorita, Venice. Amik kunci, masuk bilik, terus landing atas katil. Hahaha. Nasib baik bilik kali ni best sikit dan spacious. Lepas mandi, terus aktiviti berdengkur sebabnya kepenatan berjalan kat Florence tadi. Esok kita ke Venice pula!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.