Sharing is caring

Day 6: Tehran City Tour 1

Hari ni start 1st city tour kami. Selesai breakfast kat cafe hotel, kami menunggu our driver sampai. Breakfast kat hotel ni simple je. Bukan buffet macam kat Dizin. Satu guest satu set of breakfast consists of bread (macam tisu tu), telur rebus, cream cheese, butter, jam dengan seteko teh O. Simple tapi sedap. Aku semua la sedap kan? Hahaha.

Anyway, driver datang around 10.00 am. Jalal namanya from ITTS. A very friendly guy. So, tempat yang pertama yang kami minta dia bawa ialah kedai menjual simcard dan money changer. Payah gak nak mencari kedai simcard sebab today is Friday.. hari minggu. Banyak kedai tutup. Kalau ada pun yang menjual macam mahal dan leceh sebab kena pi tempat lain (IranCell outlet) untuk activekan simcard tu. So kami fikir-fikir.. tak payah la kot. Sebab tak crucial sangat pun. Lusa dah nak balik… if nak spend RM50-60 untuk baki 2 hari ni je macam tak berbaloi.

Jadi, destinasi berikutnya ialah money changer. Jalal membawa kami di sekitar Ferdowsi Square kerana di sini ada banyak. Walaupun kebanyakannya tutup due to weekend, luckily terjumpa this one yang buka. Tapi disebabkan aku tukar ada di antaranya note kecil iaitu USD1- USD5.. so dia tolak dalam 30,000 toman.. lebih kurang RM30-40 untuk sekali urusniaga tu. Normal la tu kan kat mana-mana pun. Next time, kalau korang nak tukar.. tukar terus ke note yang besar.. like USD50 or USD100. Oh, Jalal bawa kereta pun macam haram. Kecut gak perut but he’s pro. Cilok tak ingat punya. Standard kot cara derang memandu camni kat sini… hmmm..

The brick building of the Museum of Ancient Iran was designed by the French architect Andre Godard in the early 20th century. It was influenced by Sassanid vaults, particularly the Eyvān-e-Kasrā at Ctesiphon. With an area of approximately 11000 square meters, its construction began in 1935 and was completed within two years by Abbas Ali Memar and Morad Tabrizi. The complex was officially inaugurated in 1937.

National Museum of Iran

Settle menukar USD kami, lokasi lawatan kami yang pertama ialah National Museum of Iran yang terletak di 30th Tir Street, Tehran. Di hadapan museum ni terdapat a small park untuk warga Iran bersantai. Anyway, museum ni dibahagikan kepada dua; Ancient Museum dan Islamic Museum. Kami memilih Ancient Museum dengan bayaran masuk 300,000 rial (+RM41.00).

Banyak aritifak seawal zaman Paleolitik sehingga kepada tamadun-tamadun besar dunia seperti Mesopotamia dipamerkan di sini. Teruja betul aku melihatnya. Well, sejarah dunia memang antara subjecct favorite aku masa kat sekolah menengah dulu. Still remember those ziggurat la.. Babylon dan lain-lain lagi yang aku pernah baca dalam buku teks dulu.

Antara yang dipamerkan dan aku paling excited sekali dapat tengok ialah The Code of Hammurabi, undang-undang yang terawal diukir di atas batu semasa tamadun Mesopotamia. Dulu tengok kat gambar je kan.. now depan mata sendiri! Walaupun ini cuma replika, aku tetap teruja. Yang originalnya disimpan di Louvre Museum, Paris.

Replika The Code of Hammurabi.

Antara artifak lain yang dipamerkan adalah The Salt Man, yang telah berusia 1,700 tahun dengan rambut, kulit yang masih utuh melekat pada tengkoraknya. Siap dengan pakaiannya sekali.

Dah 1700 tahun masih elok lagi. Orang la ni sure dah reput semua sebab banyak makan MSG! Haha.

Selain tu, banyak lagi pottery zaman-zaman awal tamadun manusia sehinggalah sisa peninggalan bangunan istana/kuil yang berasal dari Persepolis semasa pemerintahan Darius I atau dikenali sebagai Darius The Great yang menguasai Empayar Achaemenid ribuan tahun dahulu.

Sebahagian dari binaan di Persepolis semasa pemerintahan Darius I.

Menurut Jalal, hebatnya tamadun di Iran ni, sehingga setiap museum di seluruh dunia, mesti akan ada artifak yang berasal dari negara ni. Tapi memang betul pun kan.

So, nasihat aku.. kepada sesiapa yang suka sejarah tu, wajib datang ke sini. For sure korang akan teruja dengan apa yang dipamerkan.

Lunch at Farhang Hall Restaurants

Habis lawatan kami di National Museum ni, kami ajak Jalal lunch dahulu sebab masing-masing dah agak kelaparan. Jadi, Jalal membawa kami ke restoran di hadapan museum ni iaitu Farhang Hall Restaurants. Restoran ni menurut Jalal ada menyediakan menu asli Iran.. very ancient katanya iaitu dizi. Actually ia adalah some sort of sup kambing macam dalca tu, yang dimasak di dalam bekas batu. Supnya terdiri daripada daging kambing dimasak dengan kekacang, bawang, tomato, kentang dan cili. Ia dimakan bersama roti khas dan side dishes seperti yogurt dan parvardeh iaitu buah zaitun yang dicampur buah delima dan walnut.

Nak makan dizi ni pun ada cara. Mula-mula kena keluarkan ketulan lemak yang ada, diletakkan di dalam mangkuk dan dilecek sampai halus menggunakan sejenis tool khas. Kemudian dicurahkan semua sup sahaja yang ada di dalam bekas tu sampai habis. Then, roti tu dicebis-cebiskan dan letakkan di dalam sup. Eat that first. Bila dah habis semua tu. Saki baki yang tinggal dalam bekas batu tu dilecek sampai lumat. Then makanlah paste tu dengan roti campur side dishes. Demikianlah tatacara memakannya. Punyalah complicated. Aku bantai je ikut suka. Kenyang juga kan? Tapi the reason kenapa kita kena habiskan sup dengan lemak tu dulu secara logiknya ialah kalau sup tu dah sejuk, ia akan jadi berketul dan tak sedap nak dimakan. So, kenalah makan masa panas-panas. Jalal setuju dengan hujah aku. Bijak juga aku kan? Hahaha. By the way, nak makan kat restoran ni boleh sama ada kat meja ataupun duduk ala-ala bersila mengikut cara tradisional. Kalau makan kat sini pun kita ada disajikan dengan muzik tradisional Iran selain daripada kicauan beberapa ekor burung yang terdapat di dalam sangkar di dalam restoran ni. Tenang je nak makan. Harga untuk makan hidangan dizi di sini termasuk air adalah sekitar 185,000 rial (lebih kurang RM25.00) seorang.

Shahr Park

Dan bila perut dah berisi dan kekenyangan tu, kami berjalan kaki menuju ke Golestan Park melalui Shahr Park, salah sebuah city garden yang terdapat di bandaraya Tehran ni. Shahr Park ni boleh tahan luas, tapi menurut Jalal Millat Park di utara Tehran lagi besar dan cantik daripada taman ni.

Menurutnya lagi, kalau time spring, bersepah-sepah rakyat tempatan akan datang ke taman-taman awam ni untuk berpiknik. Katanya, orang Iran ni suka outdoor activities.

Menariknya di dalam ni terdapat sebuah Peace Museum (aku tak masuk pun) dan terdapat sangkar-sangkar yang menempatkan banyak burung-burung pelbagai spesis termasuklah flamingo dan ostrich. Dah macam Bird Park kat KL tu. Bezanya kat sini free je nak tengok but di KL Bird Park, korang kena bayar la kan…

Shahr Park ini turut dihiasi dengan water element yang mencari ciri utama dalam pembinaan landskap Persian Garden. Dan designnya sudah semestinya symmetrical.

Sebelum sampai ke Golestan Palace ni, kita juga akan melalui bahagian luar Grand Bazaar yang sesak dengan warga Iran.

The Golestan Palace (Persian: کاخ گلستان‎‎ – Kāx e Golestān), literally the Palace of Flowers, is the former royal Qajar complex in Iran’s capital city, Tehran.

Golestan Palace

Golestan Palace terletak berhampiran dengan Grand Bazaar. Ia dibina semasa era Dinasti Qajar sekitar penghujung tahun 1780-an. Istana ini juga digunakan oleh Shah Iran semasa pemerintahannya sebagai lokasi untuk acara rasmi negara.

Harga tiket masuk ke kompleks istana ni ialah 380,000 rial (+RM52.00) iaitu dengan pakej melawat 2 hall sahaja. Kalau korang nak masuk banyak area lagi, maka kena tambahlah lagi. Persekitaran istana ni sangat luas dengan landskap yang menarik. Burung-burung kat sini lepas bebas. So, bila berada kat lamannya memang tenang dengan bunyi kicauan burung. Tapikan.. rasanya kalau time season lain ni mesti lagi cantik pemandangan kat sini. Time winter ni memang pokok togel semata je lah.

Facade Golestan Palace memang cantik dengan hiasan tiles yang berwarna-warni menampilkan senibina Parsi. Area facade ni memang lokasi wajib untuk bergambar ya bagi yang melawati istana ni.

Melalui bahagian luar istana ni juga kita boleh menyaksikan beberapa ruangan yang terbuka, antaranya ruangan yang menampilkan mirror work menempatkan Marble Throne yang dibina pada tahun 1806. Ia turut digunakan semasa penabalan Reza Shah pada tahun 1925 selepas berjaya merampas kuasa dan menjatuhkan Dinasti Qajar. Tu baru sikit yang ditunjukkan kat luar ni. Belum kat dalam lagi.

Boleh pulak aku tersnap separuh je marble throne tu sebab terpana tengok mirror work kat atas tu.

Bila nak memasuki ruangan dalaman istana, pengunjung dikehendaki menyarung kasut mereka dengan plastik bagi memastikan ruangan dalam istana ni sentiasa bersih dan tidak tercemar. Antara 2 hall yang kami masuk ni, hanya satu ruangan sahaja yang dibenarkan merakamkan gambar. Tu pun kena without flash. The first main hall tu kita langsung tak dibenarkan untuk snap gambar. CCTV di mana-mana.. tapi aku curi-curi gak. Hahaha..

Okay… bila melangkah je masuk ke dalam main hall, perghhhh… memang terpukau la weh biji mata! Gilalah mirror work derang ni. Sangat detail dan aku terfikir berapa lama la dia nak siapkan untuk mendapatkan hasil yang memukau ni. Sangat-sangat detail! Bukan satu ruang je ada seni hiasan macam ni. Melihatkan hiasan dalaman istana ni kita dapat bayangkan betapa mewahnya kehidupan para pemerintah Iran di masa lampau. Lavish!!! Semuanya mewah dari karpet, kerusi meja, pasu-pasu hiasan sehinggalah ke pinggan mangkuk depa. Bagaimana pula nasib hamba rakyat mereka yang rata-rata hidup melarat.

Menurut Jalal, Dinasti Qajar adalah antara dinasti yang tidak disukai oleh rakyat Iran kerana semasa era pemerintahan mereka, mereka boros berbelanja dan bermewah sehingga menyebabkan kekuasaan, kekayaan dan kekuatan ekonomi Iran atau Parsi pada masa itu jatuh merudum. Sebab itulah pada tahun 1925, dinasti mereka berjaya ditamatkan oleh pihak tentera yang diketuai oleh Reza Shah dan seterusnya mengisytiharkan diri sebagai pemerintah baru Iran dan memulakan era pemerintahan dinasti Pahlavi. But dinasti Pahlavi ni pun tak lama sebab sampai ke anak Reza Shah ni iaitu Mohammad Reza Shah Pahlavi, dia disingkirkan pada tahun 1979 semasa Islamic Revolution yang diketuai oleh Ayatollah Khomeini. Kalau melihat pada dokumentari yang aku tengok, dia ni pun mengamalkan kehidupan yang terlalu mewah sampai rakyat Iran pun naik meluat. Boleh relate dengan our current situation now? Hmmm… hadam lah ye.

Dah selesai melawat Golestan Palace dan posing kat depan facade ni, kami sambung perjalanan ke Grand Bazaar yang terletak tak jauh dari istana ni. Tapi memandangkan hari ni hari Jumaat, maka tak banyak kedai yang buka. Jalal suggest kami datang keesokkan harinya untuk shopping kat sini. So, okaylah… esok saja. Tapi sungguhpun tak banyak kedai buka, ramai juga orang yang shopping sebab menurutnya dah nak dekat dengan perayaan utama mengikut kalendar Iran menjelang bulan Mac nanti.

Walaupun tak banyak kedai buka, bazaar tetap meriah.

Memandangkan hari pun dah beransur petang dan around 5.30 pm kat sini dah start sunset, maka kami pergi ke last destination kami untuk hari ni iaitu Azadi Tower.

The Azadi Tower (Persian: برج آزادی‎‎ — Borj e Āzādi; “Freedom Tower”), formerly known as the Shahyad Tower (برج شهیاد — Borj e Šahyād; “King’s Memorial Tower”), is a monument located at Azadi Square, in Tehran City, Iran. It is one of the symbols of Tehran, and marks the west entrance to the city. It was commissioned to mark 2,500 years of the Persian Empire

Azadi Tower

Azadi Tower ni merupakan salah satu menara yang terdapat di Tehran dan sebagai simbol kebebasan. The word Azadi itself bermaksud freedom. Ia terletak di Azadi Square dan salah satu landmark yang terkenal di bandaraya Tehran.

Menariknya di sini, Azadi Tower ni berlatar belakangkan pemandangan pergunungan Alborz yang sangat cantik. So, memang tak puas kami dok ambil gambar. Kat sini pun ramai pengunjung yang terdiri daripada warga tempatan dan luar negara yang merakamkan gambar kenangan masing-masing.

Azadi Tower berlatar-belakangkan pergunungan Alborz. Kelihatan Mellat Tower juga di situ.

Nak melintas jalan ke Azadi Tower ni boleh tahan mencabar. Faham-faham je lah cara memandu orang kat sini. Gila-gila.. tapi kena berani. Derang still bagi laluan.. takde la kejam sampai nak langgar korang kan.

Tak lama pun kat sini. Selesai bergambar, kami terus pergi balik kat kereta yang dipark di tepi jalan berdekatan. Mana taknya… dah la sejuk gile.. aku pulak tak expect hari ni cuaca sejuk camni. Takde pakai heattech bagai. Just selapis baju je. Merasalah macam nak mati kesejukan! So, lebih kurang 5.30 pm camtu kami pun beredar dari sini untuk pulang ke hotel.

Sampai kat hotel, kami singgah kat restoran semalam, Nikou Burger, untuk makan malam. Takde la berapa nak lalu sangat makan sebab aku dah teringin makanan pedas. So, aku just order chicken wings sahaja. Tak larat dan nak mengadap burger.

Dinner malam ni…

Malam ni aku tak ke manapun sebab dah tak larat nak merayap since dari pagi tadi dok berjalan je kan. Cam nak tercabut dah kaki. Si Erol je rajin pi merayap sorang-sorang kat area ni. Aku ngan Eric, masing-masing dok bilik merehatkan kaki. Dah tua la kan.. hahaha.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.