Jakarta Trip 2018

Jakarta, formerly (until 1949) Batavia or (1949–72) Djakarta, largest city and capital of Indonesia. Jakarta lies on the northwest coast of Java at the mouth of the Ciliwung (Liwung River), on Jakarta Bay (an embayment of the Java Sea).

Hello semua! Apa khabar? Apa buat musim cuti-cuti camni? Since last 2 weeks, setiap minggu ada je public holiday kan? Dari hujung Ogos sampailah minggu kedua September. Aku takdelah ambil cuti panjang macam kawan aku yang sorang ni. Apply 3 hari annual leave.. meriah dapat 10 days off termasuk weekend!!! Jealous plak rasanya. Hahaha..

Anyway, masa penghujung Ogos yang lalu, aku mengambil kesempatan cuti 4 hari (Merdeka Day + weekend) untuk berlibur di Jakarta. Indonesia. Dari 30 Ogos sampai 2 September 2018.  Lepas je kerja pada hari Khamis 30hb tu, aku terus cabut pergi ke KLIA2 sebab flight kami ke sana pada jam 10.40 malam.  Oh, by the way.. aku ke sana bersama 5 orang rakan yang lain sempena nak menyambut birthday housemate aku, Syai, yang jatuh pada 30 Ogos tu. Cuma flight aku dengan Syai je malam tu. The rest bertolak pada keesokkan harinya.

Sebelum decide nak pergi Jakarta, aku ada juga plan nak ke Kota Kinabalu berJJCM tapi tengok tiketnya lebih mahal dari Jakarta. Camnooooo lah nak menggalakkan Cuti-Cuti Malaysia camni?? Baik travel oversea je kan?

So, apa plannya kat Jakarta tu? Actually takde plan mana pun. It’s  just a free and easy trip. Dan kebetulan flight ke sana masa aku usha tu murah gile.. RM287 return per person. Baggage kami kongsi je la 20kg pergi balik. Just satu luggage je. Nak angkut apa pun kan. Ni bukannya winter trip! Hahaha.. Cumanya bila kat sana aktiviti utama kami ialah birthday dinner kat Skyebar di Menara BCA bersama seorang lagi teman Jakarta kami yang share same birthdate dengan Syai. That’s it. Plan nak pi Shisha Cafe kat Kemang tu pun cancel sebab macam jauh dari hotel.. plus Jakarta punya macet cam hanat! Nak pergi Museum Macan pun cancel. Sebelum ni beriya nak pergi sebab nak tengok exhibition Yayoi Kusama kat situ.

Image sources: https://thehoneycombers.com/jakarta/yayoi-kusama-life-heart-rainbow-exhibition-museum-macan/

Accommodation
Kami memilih untuk stay di Dreamtel Hotel, yang terletak di Jl. Johar, Menteng. Okaylah hotelnya… selesa, bersih, good location and affordable. Location wise pun bagi aku okay. Harga untuk 3 malam ialah RM454. So.. lebih kurang RM151 semalam untuk executive deluxe room. Not bad la kan sebab termasuk dengan breakfast buffet sekali. Selection of food pun okay. Good enouf for me.. pepagi hari apa sangat ko nak makan beriya kan?? Ada nasi, bubur, roti, fruits, coffee/tea, juice and few other dishes… cukup la tu.

Executive deluxe room

And bagi sesiapa yang plan nak bermalam ni Dreamtel ni, boleh usha this website atau book kat Booking.com or Agoda je.

https://www.dreamteljakarta.com

Budget

1. Return Flight
• KUL-CGK: 10.40 pm – 11.50 pm
• CGK-KUL: 2.50 pm – 6.00 pm
• Baggage & Insurance
RM 319.45

2. Accomodations
• Dreamtel Jakarta, Jl. Johar, Menteng
• Executive deluxe room including breakfast
• RM 151 per night x 3 nights = RM 454/2 person
RM 227.00

3. Transportation
Most of the day, our friend, Agus, yang bawa kami keluar pergi makan. Thanks Agus!
• Dreamtel – airport: (Grab) satu van share 6 orang
IDR 142,000 (RM 40.00) / 6 = RM 6.60 per person
RM 6.60
• Grab: Dreamtel to Kota Tua
IDR 40,000 (RM 11.00) / 2 = RM 5.50
RM 5.50

4. Meal (lunch & dinner, breakfast at hotel)
• Dinner at Skyebar (Menara BCA) : Avocado salad & cofee
Lebih kurang IDR 200,000
RM 56.00
• Average meal/snacks untuk 3 hari
RM 200.00

5. Entrance Fee
• Museum Wayang @Kota Tua – IDR 5,000
RM 1.40

6. Other expenses
• Souvenirs – kek lapis Jakarta : IDR 30,000 x 2 = IDR 60,000
RM 17.00

Anggaran Kos: RM 832.95


So, basically begitulah anggaran kos percutian aku ke Jakarta selama 3 hari 3 malam tu. Untuk belanja (makan, transport, etc.. tak termasuk flight & hotel ya) aku cuma tukar RM 500. je. Tu pun berbaki RM 200. Kiranya aku cuma guna RM 300 untuk 3 hari 3 malam kat sana. Maybe sebab aku takde plan nak shopping bagai. Just santai-santai.. JJCM je. Jimat bukan??? Tapi rasanya kalau aku pergi ke Tanah Abang tu.. mungkin takkan cukuplah malah terpaksa menjual diri kat sana. Hahahaha.

Day 1 : Kuala Lumpur – Jakarta
Since flight dari KL pada jam 10.40 pm dan sampai hotel pun almost 1.00 am, maka apa nak yang boleh dibuat. Check-in.. masuk bilik, tido je la. Esok baru fikir apa nak dilakukan.

Day 2 : Nasi Padang & Birthday Dinner @Skyebar
Aktiviti pada hari ni adalah lunch Nasi Padang dan birthday dinner di Skyebar Menara BCA. So, lepas breakfast kat hotel, aku ngan Syai lepak dulu sementara menunggu kawan-kawan kami yang lain sampai. The two girls flight mereka dari KL pada jam 7 pagi waktu Malaysia. So, mereka sampai dalam jam 10-11 am. Syahiran pulak sampai Jakarta tengahari camtu. So, bila diorang sampai je.. tengahari tu kami plan untuk lunch Nasi Padang. Selepas meng-Google, aku nampak ada Rumah Makan Sederhana yang terletak berdekatan dengan hotel. Dalam 8 minit jalan kaki camtu. So, takdelah jauh sangat. Aku pernah makan kat R.M. Sederhana di Bandung dan aku rasa food diorang boleh tahan sedap.

Rumah Makan Sederhana di Jl. Srikaya II, Menteng

Dan apabila sampai kat sana, seperti biasalah kalau berkunjung je kedai makan Minang/Padang ni, mereka akan hidangkan korang dengan segala macam masakan dalam piring-piring. So, korang pilih je la mana yang korang nak makan. The rest yang tak nak letak kat tepi so that takkan dikira nanti. Aku dok membedal kari tunjang (urat), peparu goreng kering dengan sambal hijau. Airnya pulak seperti biasa, es jeruk. Alhamdulillah kenyang namati ya. Cumanya kalau lauk-pauknya panas dan sambalnya lebih pedas mungkin aku akan lebih berpuas hati.

Pilihan lauk-pauk Minang tipikal yang membuatkan kita rambang mata nak memilih…

Dah kenyang, kami balik ke hotel sebab malam nanti selepas maghrib kami akan ke Skye Bar & Restaurant di Menara BCA untuk birthday dinner Syai dan Agus. Agus ambil kami di hotel dan kami sampai di sana sekitar 9.00 malam. Macet la sikit tapi takdelah teruk sangat. Tempatnya Agus dah booked terlebih dahulu. Sebenarnya tujuan asal ke sini adalah nak chill-chill lepak berborak sambil menikmati view Jakarta dari rooftop sini. Tapi la ni, kalau nak masuk just untuk bergambar sahaja di Skyebar pun dah dikenakan entrance fee!!! So tak jadilah. Kami hanya dinner di restoran di sini but still had a chance untuk menikmati pemandangan waktu malam bandaraya Jakarta ni.

Night view dari Skyebar Restaurant
Lebanese Mezze
Avocado & Quinoa Salad

Lama jugak kami lepak kat sini sebab menunggu Syahiran dan Suffian sampai. Suffian bertolak straight dari office lepas kerja hari ni. So, sampai airport dia terus direct ke sini.

The whole entourage

Selesai berborak dan puas bergambar, kami terus balik ke hotel. Tak larat nak melepak lagi. And again… Agus yang hantar kami pulang. Baik kan dia? Hehehehe.

Jakarta History Museum, Kota Tua

Kota Tua Jakarta (“Jakarta Old Town”), officially known as Kota Tua, is a neighborhood comprising the original downtown area of Jakarta, Indonesia. It is also known as Oud Batavia (Dutch “Old Batavia”), Benedenstad (Dutch “Lower City”, contrasting it with Weltevreden, de Bovenstad (“Upper City”)), or Kota Lama (Indonesian “Old Town”).

Day 3 : Kota Tua, Bebek Goreng H. Slamet & Monas
Hari ni aktivitinya free and easy. Aku ngan Syai plan nak ke Kota Tua sebab aku rasa situ macam menarik je untuk buat photography. Cancel cadangan awal kami nak ke Museum Macan untuk melihat pameran Yayoi Kusuma tu. Syahiran dengan Suffian pergi shopping kat Tanah Abang. Manakala Nisha dengan Erine merayap pergi ke mana ntah. Hahaha.

So, dari hotel kami ambil Grab ke Kota Tua. Macet sedikit nak sampai ke sini. Dan bila sampai kat sini… seperti biasa, cuaca panas terik hawau!! Patutlah Agus suruh pergi petang sikit. Hahaha.

Pelbagai aktiviti di sepanjang jalan di Kota Tua
Banyak yang boleh dijadikan subjek fotografi di sini

Kota Tua adalah kawasan yang dibangunkan semasa pemerintahan kerajaan Belanda di Jakarta. Kawasan ini menempatkan beberapa bangunan pentadbiran Syarikat Hindia Timur Belanda di masa silam. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan kat sini. Antaranya menaiki basikal sewa di sekitar Fatahillah Square, bergambar dengan watak-watak yang sinonim dengan Indonesia seperti Soekarno, Diponegoro, Ondel-Ondel dan pelbagai lagi. Mungkin sedikit sumbangan diperlukan untuk bergambar dengan mereka ini. Yelah.. diorang pun mencari rezeki kan? Selain tu, korang juga boleh menaiki kereta kuda untuk bersiar-siar di sekitar Kota Tua ni.

Watak Soekarno berlatar belakangkan Garuda Pancasila (national emblem of Indonesia)
Ini watak apa.. saya ga tahu lah..
Ondel-ondel, sejenis puppet asal Betawi yang menjadi ikon Jakarta
Ini kalau tak silap watak Diponegoro, salah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia menentang Belanda

Bangunan-bangunan lama di sini pula telah dijadikan Jakarta History Museum, Museum Wayang dan lain-lain. Dan di sini juga terdapat sebuah kafe iaitu Cafe Batavia.

Kereta kuda juga disediakan kalau korang nak bersiar-siar kat sini
Pejabat Pos Indonesia
Antara kedai-kedai yang terdapat di sini

Café Batavia yang dibina pada tahun 1830-an ini merupakan antara bangunan tertua yang terdapat di dataran Kota Tua ni. Bila korang masuk ke dalam kafe ni, memang terasa seolah-olah kembali ke zaman silam. Dengan susun atur, dekorasi dalamannya, korang juga akan kagum sebab bangunan ni dipulihara dengan baik sehingga kini.

Image sources: http://tapas25bnb.com/hotelm/wp-content/uploads/2015/03/cafebatavia.jpg
Ruang makan di bahagian atas Cafe Batavia

Dan apabila korang masuk ke sini untuk menyejukkan diri dari kepanasan kat luar dataran tu dengan menikmati minuman sejuk dan light snacks, maka terasalah korang seperti golongan elit/sosialitas di era pemerintahan Belanda. Hahaha. Oh, anyway.. kami singgah melepak kat sini sambil menikmati lime juice, latte dan poffertjes, snek tradisi Belanda iaitu sejenis pancake yang ditabur dengan icing sugar dan dihidangkan dengan aiskrim vanilla.

Poffertjes ~ dessert tradisional Belanda
Bergambar di main staircase dalam Cafe Batavia

Selain tu, kami juga mengambil kesempatan untuk mengunjungi Museum Wayang yang terdapat di sini. Tiket masuk tak mahal pun.. IDR 5,000 je. Dalam RM 1.40 camtu. Kat sini dipamerkan pelbagai jenis wayang kulit dan segala macam jenis wayang yang terdapat di Indonesia ni. Kalau ikut pengetahuan aku ni, ingat ada satu dua je wayang kulit tapi rupanya banyak namati ya. Siap ada salasilah bagai! Hahaha.. Interesting dan very informative.

Ini namanya Wayang Golek Bandung
Antara koleksi wayang kulit yang dipamerkan

Tapi kat sini ada sedikit pengalaman pelik yang berlaku which aku ngan Syai still tertanya-tanya. Mana taknya, video yang Syai shoot kat dalam museum ni semuanya rosak ya! SEMUA!!! Tapi video yang dia shoot sebelum dan selepas tu di luar museum okay je. Pelik ke idok????? Aku ada la shoot satu dua scene guna phone tapi okay je. But.. why his video jahanam pulak??? Hmmmm…. Anybody can explain that?

Selesai mengambil gambar kat Kota Tua ni, Agus ambil kami dan terus pergi lunch di restoran Bebek Goreng H. Slamet (cawangan Kartosuro). Bersepah sebenarnya Restoran Bebek Slamet ni di Jakarta. Aku memang mengidam dah lama sebab first dulu aku makan di Yogya dengan Jihan pada tahun 2011. Sampai sekarang ya teringat-ingat keenakkan bebek gorengnya dengan sambalnya yang pedas tu! So, bila nampak je kedai ni bersepah kat Jakarta (aku ingatkan kat Yogja je ada), aku cakap dengan Syai kena lunch kat sini. So, Syahiran dengan Suffian pun datang ke sini dari Tanah Abang untuk lunch sama-sama. Cuma the girls je hilang dari radar. Hahaha.

Bebek Goreng H. Slamet cabang Kartosuro

Memang nikmat ya makan bebek goreng kat sini. Simple je tapi cukup puas hati. Kulit dan luarnya crispy tapi isinya sangat lembut dan juicy. Kena pulak dengan sambal yang pedas dan ulam daun selasih, memang dua kali la aku order!

Ini dia hidangan kedua aku. Just ratah bebek goreng sahaja

Lepas makan kami terus balik ke hotel. Plannya lepas maghrib nanti nak ke Monas and then terus ke Shisha Cafe di Kemang. So, bila sampai kat hotel tu, aku macam nak pergi urut kaki. But then fully booked la pulak spa kat area hotel ni. Sudahnya mereput je kat bilik sambil edit-edit gambar.

Then, lepas maghrib tu Agus ambil kami (aku, Syai and the girls) pergi ke Monumen Nasional (Monas). The other two tak jadi join sebab kepenatan shopping. Hahaha.

Monumen Nasional atau Monas. Actually dekat je dengan hotel kami ni…

Memanglah jammmmmmm nak sampai ke Monas ni. Padahal dekat je dengan hotel. Mana taknya, sebab masa kami datang Jakarta ni tengah berlangsungnya Sukan Asia kat sini. Dan tambah pulak diorang tengah jalankan operasi traffic nombor genap dan ganjil mengikut masa-masa tertentu. Tak lama pun kami kat Monas ni, tapi tak boleh nak keluar awal sebab kena tunggu giliran memandang plat nombor Agus adalah ganjil. So.. sejam jugalah mereput tunggu waktu boleh keluar.

Ramai kat sini sebab ada event sempena Sukan Asia

Tapi, the best part kat sini bila si Syai didatangi budak-budak tempatan yang nak bergambar dengan dia. Mentang-mentang la rambut blonde! Rasa macam berkawan dengan retis plak! Hahahaha.

Artis ke idok????

Anyway, lepas dapat keluar dari Monas ni, kami terus ke cafe berdekatan dengan hotel untuk light dinner. Plan nak ke Shisha Cafe di Kemang tu cancel sebab dengan traffic jamnya. Bagus la jugak sebab aku takut diorang ni buat dajal suruh aku bellydance kat situ. Hahahaha.. Anyway, Shisha Cafe Kemang tu memang menghidangkan muzik Arab dan bellydance pada weekend. Maybe next time ke sini boleh la pergi kot…

By the way, kafe yang kami pergi ni namanya ialah Upnormal Coffee Roaster yang terletak di Jl. KH. Wahid Hasyim, Menteng.

Upnormal Coffee Roaster ~ atas bawah penuh

Menariknya kat sini ialah pada menunya. Ni pun Nisha yang suggest sebab sebelum ni dia pernah singgah makan kat sini. Hidangan yang kami pilih ialah Indomie. Saper tak kenal Indomie kan?? Tapi kami pilih menunya iaitu Indomie Goreng Sadis Mampus.. mengikut Level. The rest pilih level 1-2 camtu.. aku ambil level 5.. paling maksima! Diorang dok kata la pedas gile la apa la.. aku makan tak rasa apa pun!!!!! Macam celah gigi je pedasnya, Hahahahaha.. Selain tu, aku order roti Milo Cheese. Sedap gak. I think kalau korang datang Jakarta ni, boleh juga try makan kat sini. Not bad la food dia. Rasanya banyak juga cawangan Upnormal kat Jakarta ni.

Sadis mampus katanya.. tapi takde effect kat aku. Camne???
Ini sadis mampus level 5. Belakang tu Roti Milo Cheese.. sedap!!!

So, lepas makan dan berborak, kami terus balik ke hotel. Saying goodbye to Agus too sebab malam ni last jumpa dia sebab esok kami dah nak balik. Dia insist nak hantar kami ke airport esok but then kami cakap no need lah sebab dah banyak sangat dia melayan kami. He need rest too. Dah la nak drive Jakarta ni hari-hari jam!

Day 4 : Jakarta – Kuala Lumpur
Cepatnya masa berlalu!!!! Rasa macam baru je sampai Jakarta. Jadinya, pagi ni lepas kemas dan bersiap semua, kami turun breakfast and then dalam jam 11.00 pagi camtu terus bertolak ke airport menaiki Grab. Mulanya cadang nak naik train but aku suggest kat Syai naik je la semua satu van. Sebab naik train dengan flite menunggu ni aku risau sikit. Kalau takde nak kejar apa, aku okay je. Plus, semua skaligus jimat la kot. Yang penting, sampai awal kat airport, selesai urusan imigresen semua, then ko lepak la puas-puas dalam airport tu. Orang tua sangat kan perangai aku? Hahaha.

Us at Terminal 3

Anyway, kami semua sampai di Terminal 3 yang baru. Aku, Syai, Syahiran dengan Suffian same flight balik. Kecuali Nisha dengan Erine je flight lain dan naik di terminal lama. Tapi depa lepak dengan kami dulu kat terminal baru ni. Borak sambil mengopi kat sini. Lepak kat Tous les Jours! Excitednya sebab ni cafe kesukaan aku masa dok Bangsar dulu. Sayangnya semua cawangan TLJ kat Malaysia dah ditutup. Tatau la kenapa…

Terubat rindu kat TLJ!
Isi perut dulu sebelum check-in

Apapun, Alhamdulillah kami selamat sampai di KLIA2 sekitar jam 6 petang camtu. Insyallah akan ke Jakarta lagi sebab satunya aku memang suka Indonesian food! Nak try satay apa semua tak sempat lagi. And ada few places yang kami tak sempat nak pergi lagi. One day lah kan..

Bye-bye Jakarta.. See you again!

And thanks sebab sudi baca blog merapu aku ni. Dan selamat bercuti panjang lagi (Isnin ni cuti Hari Malaysia). Aku tak ke mana pun. Just menghabiskan masa kat rumah update vlog or apa yang patut.

Till then, SELAMAT HARI MALAYSIA and happy holidays! Tata.

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer