Gajah Mada @MyTown ~ cepat & sedap!!!

Last weekend, aku berkesempatan untuk pergi ke MyTown Cheras… all the way dari Ikea Damansara. Mula-mula memang plan nak cari barang kecil-kecil kat Ikea. Tapi bila dah pilih dan sampai masa nak beratur membayar.. queuenya ya Rabbi!!! Punyalah panjang! Cancel nak bayar. Letak barang terus keluar. Then Syai ajak pergi MyTown. Since aku tak pernah ke sana, so aku okay je lah. Tapi sampai sana tak pergi pun Ikea. End up kami dok pusing-pusing dalam mall ni, makan dan tengok movie. Bercerita tentang makan, seriously aku had one of the best dining experience kat sini, di Gajah Mada by the Majapahit. Walaupun pada awalnya agak blur cara-cara nak mengorder, tapi senang je actually. Bukan rocket science pun. Menariknya, service di sini sangat cepat. Duduk few minutes makanan dah sampai. Dan yang paling penting, makanan yang kami order ni semuanya sedap-sedap belaka. Tambah pulak jenis pedas, memang favorite aku lah. Steamed chicken green chilli & pomelo salad was superb! Sambal kacangnya pun sedap gile.. cicah pulak dengan tempe goreng… yummehh!!! Sangat recommended untuk cuba makan di sini.

Oh! Kalau korang nak tahu, Gajah Mada ni adalah restoran makan Asian yang menghidangkan masakan asli dari Indonesia, Thailand, Malaysia dan Vietnam di bawah satu bumbung. So, korang boleh pilih nak makan masakan dari negara mana. Dijamin sedap belaka.

Memandangkan aku memang tengah diet, so aku pilih pomelo salad, mixed vege, steamed chicken with green chilli dan tempe goreng dengan kuah kacang. Pomelo salad tu memang cukup rasa. Masam, masin, manis, pedas… pendek kata memang cukup rasa. Dan sambal belacan dia memang pedas namati! Cuma aku kureng sikit sebab dia terlebih garlic. Aku pun sempat bagitau manager dia masa dia dok tanya pendapat tentang masakan kat situ. Yang lain semuanya superb!

Pomelo salad ~ pedas, manis, masam.. cukup rasa
Mixed vege dengan sambal belacan yang pedas giler tu!

Steamed chicken dengan green chilli ni pun sedap. Cukup rasa masinnnya dan sambal cili hijau tu memang melengkapkan rasa hidangan tersebut. Kalau ikutkan tembolok ni, macam nak order lagi satu je. Mujurlah masih beriman. Hahaha..

Steamed chicken with green chilli

Syai pulah memilih masakan Thai iaitu pad thai. Memang sedap!

Syai pilih padthai

Dan tempe ni pulak.. biasalah rasa tempe. Hahaha.. Sedap kot. Tambah pulak kau cicah dengan kuah kacang tu. Sedap weh kuah kacang dia. Kalau aku pi beraya open house, ada orang buat kuah kacang sesedap ni, confirm aku akan cium dahi dia!

Tempe goreng dengan kuah kacang superb!

And surprisingly harga makanan kat sini sangat affordable dan tak mahal. Aku rasa kalau kat tempat lain mungkin berganda harganya. Semua 5 hidangan termasuk 2 botol mineral water yang kami order tu dalam RM67.50 je. Sangat berbaloi.

Jadi, kepada korang yang tak pernah makan di restoran dan berminat untuk mencuba, bolehlah kunjungi Restoran Gajah Mada di MyTown Shopping Mall di Cheras.

Selamat mencuba!

Instagram: @gajahmadamy

Gajah Mada by The Majapahit
Address: G-021 & G-E-021, Ground Level, MyTOWN Shopping Centre, Seksyen, 90, Jalan Cochrane, Cheras, 55100 Kuala Lumpur
Phone: 016-226 1878

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer