Sharing is caring

Image by William Iven from Pixabay
Kita sudah menjangkau pertengahan tahun 2019 dan bakal memasuki 2020 beberapa bulan lagi. Persoalan, masih relevankah untuk menulis blog di tahun 2019 ni? Sebab ada juga terdengar kata-kata seperti “dah 2019 ni… sape je nak baca blog?”.

So, kalau korang tanya pendapat aku, tanpa berfikir panjang aku akan berikan jawapan “YA, MASIH RELEVAN!”. Antara sebab-sebabnya adalah:

  • Sumber rujukan bertulis:
    Kalau nak travel, aku masih refer pada blog-blog luar dan dalam negara untuk mencari maklumat atau tips sebelum mula merancang perjalanan ke satu destinasi. Banyak juga maklumat berguna yang aku jumpa dan ia sangat membantu. Selain travel, nak mencari resepi pun aku akan refer pada blog-blog masakan yang ada. Senang nak follow bila dah siap bertulis.
  • Printable info:
    Walaupun kita ada banyak pilihan vlog dalam Youtube ataupun Facebook, aku rasa sumber informasi bertulis ni juga sangat penting sebagai bahan rujukan. In fact some of them, ko boleh select dan print sebagai rujukan korang. Aku ada juga buat camni.
  • Masih ada komen/feedback:
    Ini menandakan masih ramai di luar sana yang membaca and in my case, masih ada yang melawat blog aku. Setiap feedback/komen yang aku terima ni especially mengenai travel tips sangat memberikan kepuasan pada aku. Even once in a blue moon, itu pun dah cukup buat hari aku berbunga-bunga untuk kongsi lebih banyak info yang berguna. Memang actually tujuan asal aku start blog ni pun adalah untuk berkongsi seberapa banyak maklumat yang berguna sama ada berkenaan travel, tempat makan, resepi dan lain-lain lagi. Tempat nak meluahkan emosi pun ye juga. Tapi tu kadang-kadang je la. Hahahahaha..
  • Generate income:
    Ni point aku yang paling last sebab memang bukan tujuan utama aku nak start blog. Anyway, bab ni walaupun traffic aku ciput je, still ada la juga generate revenue through Adsense tu. Bayangkan kalau traffic blog ko jenis ratus-ratus atau ribu-ribu visitors sebulan. Masyuk beb. Sebab tu ramai je blogger yang kaya-raya melalui blog mereka.

So, itulah antara sebab-sebab yang aku rasa ber-blogging menjelang tahun 2020 ni masih kekal relevan. Even seorang dua je yang visit blog aku dalam sebulan, aku still happy at least masih ada lagi pembaca yang membaca coretan aku.

Kepada mereka yang sudi membaca blog aku, jutaan terima kasih aku ucapkan. 😘😘😘



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.