Sharing is caring

Selepas tengok interview Ke Bawah Duli Tuanku Permaisuri Agong, Tunku Azizah tempohari kat Youtube, she said her comfort food antaranya adalah nasi panas digaul bersama butter dan kicap dengan telur mata dan ikan goreng. Ya Allah.. terus teringat menu ni yang arwah nenek aku selalu buat masa aku kecil-kecil dulu. Memori sangat. Menunya simple je tapi sekali suap.. terus flashblack hampir 35 tahun dahulu masa kami tinggal di Wadi Hana, Johor Bahru tu. Seingat aku.. that was the last time aku makan nasi gaul ngan planta ni.

Nasi panas + marjerin + telur mata + ikan goreng + lada.. that’s it!!!

Lately, aku banyak layan interview both Agong dan Raja Permaisuri. Aku suka tengok sebab depa sangat sweet and very very very down-to-earth especially kalau kita tengok gaya perbualan Tunku Azizah. Cara dia berbual macam makcik-makcik kita di kampung. In fact aku seronok dengar interviewnya dan aku akan repeat tengok few times. Gaya penceritaan baginda memang menarik.

Anyway, Happy Birthday Ke Bawah Duli Tuanku Tunku Azizah. Semoga Tuanku dan keluarga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik dan dilindungi Allah Ta’ala hendaknya. Aminn…



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.