Sharing is caring

Assalamualaikum dan hello korang! Kali ni aku nak share dengan korang menu berbuka puasa aku pada minggu ni. Disebabkan banyak sangat tengok tvN (Korea channel) kat TV ni.. sampai terpengaruh dengan menu masakan yang ditunjuk.

Menu pilihan aku kali ni ialah “Yubuchobap” iaitu tahu sumbat dengan nasi. Kalau ikutkan resepi yang ditunjukkan kat tvN ni ia adalah North Korean street food. Tapi aku ubah sedikit dari resepi asal untuk sesuaikan dengan tekak aku dan menggantikan bahan yang takde seperti gochogaru (Korean chilli powder). Takde serbuk cili, aku gunakan gochujang je. So, di bawah ni aku sertakan resepi tauhu sumbat Korea versi aku.

Yubuchobap (Hidangan 8 keping)

Bahan-bahan:

  • 3/4 cawan beras calrose (beras sushi/short grained rice) – dimasak menjadi nasi
  • 4 keping tauhu siap digoreng – dipotong dua
  • beberapa tangkai batang daun saderi – dimayang halus
  • 1 batang lada hijau – dicincang halus
  • serbuk bawang putih secukup rasa
  • 1 sudu besar bijan
  • sedikit minyak bijan
  • 1 sudu teh cuka buah
  • garam secukup rasa

Cara membuat:

  • Masukkan nasi di dalam mangkuk.
  • Belah dua tauhu goreng dan keluarkan bahagian isi tauhu membentuk poket.
  • Campurkan batang saderi, lada hijau, bijan, minyak bijan, cuka buah dan baki isi tauhu yang dikeluarkan tadi.
  • Kemudian, masukkan serbuk bawang putih dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  • Kepal nasi menjadi bentuk bebola dan masukkan ke dalam setiap poket tauhu.

Sos gochujang untuk tauhu

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar gochujang
  • beberapa tangkai daun bawang – dimayang halus
  • sedikit minyak bijan
  • bijan
  • serbuk bawang putih
  • serbuk black pepper Ajishio
  • 1 sudu teh cuka buah
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara membuat sos:

  • Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul rata.
  • Jika sos terlalu pekat, tambahkan sedikit cuka, supaya sos senang disapukan pada tauhu.
  • Bila sos telah siap dan cukup rasa, sapukan pada bahagian luar nasi pada tauhu.

So, begitulah caranya aku buat tauhu sumbat Korea versi aku. Dengan cara ni, sebenarnya korang boleh pelbagaikan cara membuat intinya. Nak tambah daging ke, sayur-sayur ke.. semua boleh. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Bila nak makan, aku akan makan berulamkan kimchi, lada hijau dan daun bawang mentah. Feeling Korean sangat!!! Hahahaha. Okay lah… selamat mencuba!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.