Sharing is caring


Weekend staycation kali ni di Sunway Putra Hotel yang terletak di Jalan Putra, Chow Kit, Kuala Lumpur. Dahulunya ia dikenali sebagai The Legend Hotel. So, bila Sunway Group dah take over, branding pun bertukarlah. Anyway, hotel ini juga terletak di atas Sunway Putra Mall. First time aku ke mall ni adalah pada tahun 1990, semasa lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Masa tu aku darjah 6. Nama mall ni ketika itu ialah The Mall. Bila aku datang ke sini semua, yang paling mengingatkan aku ialah area foodcourtnya yang dahulu dinamakan Medan Hang Tuah. Tak sure la namanya masih sama atau tidak.

Anyway, aku stay di sini selama satu malam je. Aku tempah superior double room melalui Booking.com.

Aku suka tempah melalui Booking.com ni kerana aku boleh dapat cashback melalui aplikasi Shopback. Contohnya, aku booked bilik ni berharga RM350, aku akan dapat cashback sebanyak RM20 di dalam akaun Shopback aku. Bukan setakat Booking.com sahaja, malah banyak lagi brand lain. Kalau korang kaki online shopping, not bad juga lah untuk gunakan Shopback ni. In my case, aku dah kumpul sebanyak RM300 lebih since first time aku install app ni. Dah jadi habit, bila nak book hotel atau flight or even beli barang kat Shopee atau Foodpanda, aku akan click Shopback ni dulu, then buka app yang berkenaan untuk membolehkannya trace transaction aku. As simple as that. So, bagi korang nak nak try, boleh click ni di bawah:

https://app.shopback.com/d7SmJ16oErb

So, berbalik kepada Sunway Hotel ni. Aku booked superior room termasuk dengan breakfast for two dengan harga RM350. Yang bestnya, bila time nak check-in tu, On-Duty Manager, En. Fauzi telah upgrade room aku kepada Family Suite yang lebih selesa FOR FREE! Terima kasih banyak-banyak En. Fauzi! Menariknya Family Suite ni ialah selain daripada biliknya yang luas, ada juga bathtub dan balkoni.

Bagi memudahkan aku nak share info tentang hotel ni, aku just letakkan dalam list je la. So, inilah dia pendapat aku tentang Sunway Putra Hotel ni:

Bilik dan kemudahan
  • Family room yang luas dan selesa. Ada bathtub dan balkoni. Wash basin pun ada dua.
  • Hot shower mantap dan aircond pun berfungsi baik.
  • Deco yang elegan walaupun lightingnya agak malap bagi aku. Romantik sangat. Orang tua macam aku ni nak terang benderang je.
  • Bantal dan tilam yang sangat empuk dan selesa serta tidak berbau.
  • Outdoor swimming pool yang luas dan ada jakuzi.
  • Fitness centre besar dan ada banyak peralatan.
  • Ada steam room tapi masa aku datang ni tak boleh guna.
  • Wifi free dan boleh diakses di mana-mana di sekitar hotel.
  • Terletak di atas Sunway Putra Mall. Jadi senang untuk pergi shopping atau makan (in case korang tak nak lunch atau dinner di hotel).
Restoran dan makanan
  • BREAKFAST BUFFET MANTAPPPP!!! Buffet kat sini antara yang paling meriah aku pernah pergi. Banyak pilihan dari Asian ke Barat… Arab pun ada. So, memang banyak pilihan dan bagi aku berbaloi untuk buffet breakfast di sini.
  • Ada beberapa restoran dan kafe. Aku sempat usha harga dessert/snack di Atrium Lounge, okay juga harganya. Standard harga restoran dan tak terlalu mahal.
Parking
Kalau korang bawa kereta dan park di sini, ambil parking tiket, so that hotel boleh validate masa korang check-out dan tak perlu nak bayar. Jangan guna TnG. Rugi duit je.

Jadi, itulah saja perkongsian aku. Till then!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.