Sharing is caring

Ini ialah salah satu sebab kenapa aku suka gila tinggal di Cyberjaya ni. Sebuah lagi taman awam yang terletak berhadapan dengan Lakefront Homes, Cyberjaya.

Taman riadah ini dibina di hadapan tasik yang merupakan balancing reservoir di kawasan ni (aku pernah terbaca somewhere). Tasik ni tak besar mana pun dan tidak juga dalam. Kadang-kala korang boleh saksikan pemandangan pekerja warga asing berdiri di tengah-tengah tasik ni sambil menjala ikan. Hahaha. Burung bangau kecil atau egret juga banyak kelihatan di sini.

Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah jogging track, peralatan exercise dan playground untuk kanak-kanak. Ada juga sedikit laluan berbatu untuk foot reflexology. Dari segi parking pula, terdapat 35 petak untuk kereta termasuk 2 petak khas untuk OKU dan beberapa petak khas motorsikal.

Aku memang excited gila ketika mendapat tahu taman riadah ini dibangunkan sebab memang sayang kalau terbiar. Sangat mencacatkan pemandangan terutamanya bila terdapat sampah-sarap yang ditinggalkan oleh mereka yang “healing” di sini. So, bila dah proper development, nampak lebih teratur. Tong sampah masih belum disediakan oleh pihak berkuasa. Hopefully ada la in future sebab some of these people memang tak reti nak bawa balik sampah sendiri. Kerja simple tapi amat berat bagi sesetengah orang.

Sejak taman riadah ni dah ada, aku jarang drive ke Taman Tasik Cyberjaya sebab yang ni dekat sikit dengan rumah. Boleh jalan kaki je nak ke sini. Dan jarak satu loop tasik ni sekitar 1.2 km, lebih kurang macam Tasik Cyberjaya. Loopnya tak bersambung, so kalau korang patah balik hujung ke hujung dapat la 2.4 km.

Dan bila weekend, kalau aku malas nak ke Tasik Putrajaya tu, aku buat 10 km walk je kat sini. Surprisingly, penatnya tak rasa sangat berbanding kat Tasik Putrajaya tu. Ye lah, kat sana aku kena naik tangga, turun tangga. Sini flat surface je.

Memandangkan taman riadah ni masih baru, jadi pokok-pokok yang ditanam di sekelilingnya masih lagi kecil. So, kalau lewat pagi tu agak panas. Tapi aku yakin, bila pokok-pokok ni dah membesar dan merimbun, mesti bertambah cantik kawasan tasik ni. Harap-harap depa taman pokok yang elok la. Kadang-kadang aku dok perati, entah apa-apa spesis pokok la yang ditanam. Kalau tanam jenis macam kat Tasik Cyberjaya tu pun cantik, terutamanya bila pokok-pokok tu berbunga lebat.

Anyway, aku mengharapkan warga Cyberjaya dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang telah disediakan dan dapat menjaganya dengan baik termasuklah kebersihan. Setiap kali aku morning walk kat sini, ada je sampah ditinggalkan. Haizzz..

Tolonglah amalkan sikap yang lebih bertanggungjawab terhadap harta-harta awam ni. Kalau korang makan dan minum tu, tak jumpa tong sampah, please la bawa balik dan buang di rumah je okay! Till then, jumpa di post akan datang.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.