Short trip dengan Cik Scabbers. Cuma sempat cover Merapi, Candi Prambanan, Borobudur, Jalan Malioborro & Keraton (tu pun bahagian luar je). Cuaca hujan jadi malas nak berjalan. Sampai je airport, Adit, tour guide kami terus angkut pergi ke kawasan yg terjejas dek letusan Gunung Merapi pd tahun 2010. Memang teruk kesannya… mcm padak jarak padang tekukur. Antara batu2 yg menimpa semasa ledakan berlaku adalah sebesar kereta! Mengerikan! Syukur Alhamdulillah Malaysia bebas dari bencana seperti ni. Selepas melawat kawasan Merapi, kami dibawa ke Candi Prambanan. Candi Hindu yg dibina sekitar abad ke-9. Dah puas pusing2 dan ambil gambar, kami naik tram ke Candi Sewu yg juga terletak dalam kompleks yg sama. Candi Sewu (atau seribu dalam bahasa Jawa) ni juga terkenal dengan legenda Loro Jonggrang dan lebih tua dari Candi Prambanan. Kemudian, kami ke Ratu Boko yg terletak di atas bukit – binaan peninggalan Kerajaan Mataram Kuno pada abad ke-8. Dah penat berjalan2, Adit bawa kami makan di Restoran Bu Lies. Kami try nasi gudeg krecek komplit dengan es tape ketan.. dlm erti kata lain nasi + ayam rendang + telur pindang + tauhu + tempe + kulit lembu dengan air tapai pulut.
Sebelah malamnya, kami ke Alun-Alun Selatan, yg berdekatan dengan Keraton. Meriah kawasan ni dengan beca yg dihiasi dengan mcm2 jenis lampu. Kat sini, Adit ajak kami test “kelurusan” hati masing2 dengan cara menutup mata dan jalan merentasi dua pokok besar yg ada kat situ. Katanya kalau berjaya lepas, org itu hatinya lurus. Aku dan Cik Scabbers try dua kali.. endup berpusing ntah merata2 tempat. Nampak sgt hatinya pencong!! Hahaha.. Then kami ke Jalan Malioborro, tempat membeli-belah yg terkenal kat Yogja ni. Mcm2 produk tempatan dijual terutamanya batik, cenderamata dll. Aku sempat beli jubah batik utk umi dan few souvenirs utk dibawa pulang. Oh! Tak lupa.. Bakpia! Kuih yg terkenal kat Yogja ni. Sedap dimakan panas2… lagi2 yg berperisa keju.
Pada hari kedua, kami ke Candi Borobudur yg terletak di Jawa Tengah. Bila masuk sini, pelancong luar akan diberi kain batik utk dipakai semasa masuk. Terasa kagum melihat ukiran pada dinding2 candi di sini. Sgt detail! Dah habis berpusing, singgah masjid sebentar utk solat Jumaat. Then singgah makan kat Restoran Padang. Memandangkan hari hujan, maka niat utk pergi ke Istana Air Taman Sari dibatalkan. Adit ajak kami pergi tgk kraf.. tapi sebab hujan dan penat, kami decide balik bilik saje. Malamnya pula, kami dinner di Bebek Goreng H. Slamet. Mmg terbaik itik gorengnya. Rangup di luar, lembut di dalam, makan dengan ulam dan sambal, cukup puas hati! Siap tapau utk makan kat bilik lagi. Hehe.. Sebelum balik bilik, singgah sekejap kat area Prawirotaman dan Malioborro utk last shopping sebelum balik keesokan harinya. Wajib datang lagi Yogja ni.. Rindu Bebek Goreng saya!!!
Kalau kau pegi lagi, kirim bawakan pulang bebek goreng for me eh.
ntah zaman bila la nak pegi lagi ni.. rindu bebek goreng yg lazat itu..