Sharing is caring

Lately ni aku sangat teruja dengan makanan Korea. Seperti sedia maklum, aku ni memang hantu makan dan suka mencuba pelbagai jenis makanan (yang halal la kan… of coz! ). Dan makanan Korea telah aku cuba masa study dulu iaitu di Seoul Bulgogi. Apatah lagi sejak balik dari South Korea haritu, selera aku semakin menjadi-jadi. Nasib baik la aku tak duduk kat area Ampang rumah Mezah. Kalau tak… memang bankrap jadinya!

Ini sedap! Kimchi topokki @Sweetree Ampang
Stir fried kimchi with chicken @Haeun Khon, Amcorp Mall
Jjambong… tapi yang ni aku tak taste sangat lah…
Sebenarnya aku gila Korean food ni bukanlah disebabkan kegilaan terhadap muzik Kpop atau dramanya (walaupun KBS ch. 391 menjadi channel utama aku kat rumah). Tapi salah satu sebab utamanya adalah nilai khasiat dalam makanan tersebut. Contohnya, seperti kimchi yang tersenarai sebagai salah satu “super food” di antara makanan di dunia.

Selain daripada kimchi, aku juga telah memasukkan soya ke dalam diet aku sekarang. Bukan setakat soft tofu sahaja, malah bahan utama dalam masakan Korea iaitu “doenjang” atau fermented soybean paste juga tidak ketinggalan. “Doenjang” ni macam teochew yang dalam masakan Cina tu, tapi takde la semasin teochew. Boleh dibeli kat Tesco atau mana-mana pasaraya. Tapi kalau kat area Ampang tu memang heaven! Banyak gile Korean mart kat situ.

Antara khasiat “doenjang” ialah anti-kanser, menguatkan fungsi limpa, membantu sistem penghadaman, merendahkan tekanan darah dan pelbagai lagi. Selain tu, ia turut membantu mengurangkan ketidakserataan selain mencantikkan kulit. No wonder la kulit orang-orang Korea ni halus-halus dan cantik-cantik belaka. Jellleeessss!!

Dah masuk list barangan dapur – doenjang, gochujang, kimchi & tofu
Home-made doenjang jjigae dengan ikan bakar & chonggak kimchi
Selain tu, tak dilupakan juga “gochujang” iaitu Korean chilli paste yang diperbuat daripada campuran cili, beras pulut, soya dan garam. Bagi aku paste ni versatile. Boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Nak buat ayam goreng sambal pun boleh, buat stir fried dengan seafood pun sedap. Nak cicah camtu je dengan ikan bakar pun lazat. Tapi aku selalu letakkan paste ni dalam “doenjang jjigae” iaitu stew/soup yang menggunakan paste soya. Ini bagi menambah kelazatan serta kepedasan pada stew tersebut. Memang sedap bila makan nasi, pekena dengan ikan bakar, jjigae ni dan kimchi. Terasa sangat di bumi Korea… hehehe.

So, aku harap masih belum terlambat untuk mendapatkan kulit yang halus-mulus dengan memakan soya ni dan menukar diet aku kepada Korean menu. Dan yang paling penting, hopefully ia membantu menghindarkan penyakit-penyakit merbahaya sekarang ni yang banyak berpunca daripada pemakanan. Dah la aku ni pemalas nak bersenam kan… 😛

Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.