Sharing is caring

Assalamualaikum semua.

Sebelum  aku bercerita dengan lebih lanjut tentang trip aku pada hari ke-4 ni, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat di mana jua anda berada. Okay, jom sambung cerita.

Baca —> New Zealand Part I

Day 4: Rotorua – Tongariro National Park

Pada hari ke-4 ini, kami akan menuju ke Tongariro National Park yang terletak 183 km di selatan Rotorua. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. So, lepas breakfast dan kemas barang-barang semua, spray perfume apa yang patut (almaklumlah kami kan memasak), kami pun mengucapkan selamat tinggal pada Marilyn, owner motel yang sangat peramah.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Tongariro, on the way tu kami singgah di Rotorua Islamic Centre yang terletak di 21 Tarewa Rd. Kami disambut mesra oleh warga Muslim di sana yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pemastautin. Some of them ada dari India dan Turki. Yang orang Turki ni adalah pemilik restoran halal di sini yang selalu membantu mengumpulkan dana untuk Islamic centre ni. And some of them are lecturers and doctor di sini. Dalam group ni pun ada 2 orang warga tempatan kaum Maori yang baru memeluk Islam few months ago. Alhamdulillah dapat bertukar-tukar pendapat dengan mereka ni. Tak lupa juga kami disajikan dengan jamuan ringan.

Selesai meramah-mesra dengan mereka, kami meneruskan perjalanan semula. Selepas lebih kurang 75 km, kami singgah di Huka Falls yang terletak di Huka Falls Rd.

Huka Falls

Huka Falls merupakan sebahagian daripada Waikato River iaitu sungai yang terpanjang di New Zealand. Sungai ini bermula dari Lake Taupo, tasik yang terbesar di negara ini. Aku kagum sebab ni first time tengok secara live sungai yang berwarna jernih kebiruan. Arus di sini sangat kuat dan merbahaya. Tapi kat sini ada satu spot yang dipanggil “Ice Blue Snow White” di mana airnya sangat cantik, berwarna putih kebiruan. Selepas puas bergambar dan membeli fridge magnet (benda wajib beli time travel! hahaha) kami teruskan perjalanan lagi.

Lake Taupo

Dan lebih kurang 6 km selepas Huka Falls, kami berhenti lagi di bandar Taupo di mana terletaknya tasik terbesar di New Zealand ni iaitu Lake Taupo. Kami berhenti di one of the lookout spot yang menghadap tasik tersebut yang berlatar belakangkan gunung berapi. So, lepak sini kejap for our quick lunch (dah siap tapau masa kat motel tadi).

Selesai lunch, perjalanan diteruskan lagi dan selepas lebih 95 km kami sampai di Whakapapa melalui Turangi, Lake Rotopounamu dan Lake Rotoaira.

Sampai di Tongariro National Park ni dalam cuaca hujan. So, nampak gaya memang tak ke mana lah. Just lepak kat hotel je. Lagipun sampai dan lewat dan kami stay sini hanya semalam. Takleh nak buat apa sangat. Park ni pun terletak di tengah-tengah national park. Nak ke town pun agak jauh. Oh! By the way, di sini kami stay di The Park Hotel Ruapehu dan ia terletak di National Park Village, 15 km selepas Whakapapa.

Apa yang menariknya di lodge ni adalah ia terletak menghadap Mount Ruapehu. Pemandangan yang sangat cantik. This is actually an active volcano yang kali terakhir meletus pada tahun 2007. Dan ada lagi satu lagi gunung berapi yang juga aktif di sini iaitu Mount Tongariro (last meletus November 2012). Kalau banyak masa antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah native bush walk, volcanic and waterfalls view.

Dan disebabkan tiada aktiviti malam hari, makanya kami tidur awal dan esoknya akan ke next destination iaitu Wellington.

Day 5: Tongariro National Park – Wellington

Destinasi pada hari ini adalah ke Wellington yang terletak lebih kurang 338 km yang mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih. Kami checkout hotel sekitar jam 9.30 pagi. Perjalanan melalui beberapa bandar antaranya Ohakune yang terkenal sebagai ski town, Waiouru iaitu National Army Training Base di mana di sini terdapat sebuah muzium yang berkaitan dengan World War I and II. Tak singgah pun. Just passed by je.

Perjalanan kami diteruskan lagi melewati bandar Bulls dan Sanson, dan sampai di Foxton (lebih kurang 38 km selepas Sanson) kami berhenti untuk mengisi minyak dan menapau Fillet-O-Fish kat McDonalds. Actually bandar Foxton ni terkenal dengan warisan Dutch disebabkan selepas Perang Dunia Kedua, ramai pendatang Belanda tinggal di kawasan ni. Buktinya, terdapat sebuah Dutch windmill yang besar di sini. Sayang, tak dan nak berhenti. Kalau ikutkan hati aku, nak je stop sekejap snap2 gambar kan. Anyway, after few kilometers from Foxton, kami berhenti di rest area tepi highway untuk menikmati lunch yang ditapau tadi. Lapar gile ya! Duduk makan bawah pokok yang redup memang sangat layan. Hehe.

Melewati bandar Pararaparaumu dan Kapiti Coast, kami sampai di Wellington sekitar jam 2.30 petang. Di Wellington ni, kami stay di Halswell Lodge Motel & Hotel, 2 bedroom apartment. Oh! Kat sini ada free wifi ya tapi 50MB je la. Jadilah kan.. hahaha.

Lepas check-in dan letak barang, sementara Kak Hanim dan famili berehat, aku merayap sorang-sorang di sekitar Wellington ni untuk mengambil gambar. Tak jalan jauh mana pun sebab still penat lagi.

Lepas derang rest lebih kurang 3 jam lebih, around 6.00 pm kami pusing-pusing sekitar Wellington. Tapi sebab utama keluar adalah untuk mencari tempat memulangkan kereta sewa ni because esoknya kami akan ke Picton di South Island dengan menaiki ferry.

So, bila dah jumpa tempat nak pulangkan kereta tu, kami berjalanlah di sekitar town ni, antaranya melihat bangunan-bangunan bersejarah yang antara lain Supreme Court of New Zealand dan National Parliament House.

Selain tu, sempat juga kami singgah di Lady Norwood Rose Garden yang menempatkan pelbagai spesis bunga ros, yang besar-besa dan pelbagai warna. Those yang suka rose, I bet dia akan suka gile tempat ni. Macam-macam spesis bunga ros yang jarang kita tengok ada kat sini. Kak Hanim suka la. Dia kan suka bunga-bunga pink camni. Lepas tu, tidak dilupakan juga bergambar dengan aksi ala-ala filem Hindustan. Almaklum.. bunga penuh kat sekeliling. Hehee.

We spent like 45 minutes kat garden ni sebelum menikmati angin senja di Clyde Quay Wharf, kawasan waterfront di sini. Jalan-jalan kejap, snap few gambar then terus balik hotel. Hahahaha.. menarik kan!!! 😛

Anyway, sedikit trivia berkenaan Wellington ni:

  • Ia merupakan capital city of New Zealand, bandaraya ketiga terbesar selepas Auckland dan Christchurch.
  • Pusat pemerintahan kerajaan dan menempatkan bangunan parlimen negara ini yang digelar “The Beehive” – bangunan yang berbentuk sarang lebah.
  • Terkenal sebagai “Windy Wellington” kerana bandaraya ini sangat berangin disebabkan ia “terperangkap” dengan pelabuhan yang berbentuk seperti mangkuk, dan menerima angin dari Selat Cook, Tasman Sea dan Pacific Ocean.
  • Lonely Planet Best in Travel 2011 meletakkan Wellington pada tempat yang ke-4 dalam Top 10 Cities to Visit in 2011.

Picton was originally intended to be NZ’s capital. This was going to be in place of our now nation’s capital Wellington at the end of the century. The reason that it was not made capital was that the North Island feared that the South Island would form their own country due to their abundance in mineral resources.

Day 6: Wellington – Picton – Christchurch

Hari ni bangun awal gile disebabkan (1) nak pulangkan kereta, (2) nak mengejar naik ferry untuk ke Picton dan (3) aku bersiap memang lama gile! Hahaha.. So bila dah ready semuanya, kami checkout awal. Just drop key je. Bukan ada orang pun jaga kaunter. So, bila dah selesai urusan memulangkan kereta, kami ke Bluebridge Ferry Terminal untuk check-in luggage dan dapatkan boarding pass. 6.30 pagi dah tercongok kat situ. So around 8.00 pagi barulah boleh board ferry.

Perjalanan dari Wellington ke Picton dengan menaiki ferry ni lebih kurang 3 jam setengah. Tapi tak terasa sangat sebab ferrynya besar, banyak kelengkapan dan selesa. Bosan duduk sahaja kita boleh layan movie. Tak pun boleh beli coffee dan cookies (sangat sedap ya!!) untuk dimakan sambil melayan perasaan. Ataupun kita boleh naik ke observation deck untuk melihat pemandangan di luar. Tapi aku boleh tahan sekejap je la kat atas ni sebab bau bahan apinya sangat kuat. Gile pening kalau duduk lama-lama atas ni.

Selepas 3 jam lebih perjalanan, kami sampailah di Picton. Dari sini, kami menaiki shuttle bus yang disediakan  untuk ke ferry terminal bagi tujuan mengambil luggage. So, bila dah ambil luggage, aku dengan Abang Dzul ke Omega Rentals untuk mengambil kereta sewa di sini. Depan terminal je. Dan, bila dah selesai urusan kereta sewa, kami memulakan perjalanan ke Christchurch yang akan mengambil masa selama 4 jam setengah. Cuacanya pulak mendung dan kadang-kadang hujan renyai. So, viewnya kuranglah menarik.

Sepanjang perjalanan, kami dijamukan dengan pemandangan ladang ternakan dan vineyard. Perjalanan ni merentasi beberapa bandar antara Blenheim, Seddon, Ward dan Kekerengu. Selepas lebih kurang 35 km dari Kekerengu, kami singgah di Ohau yang menghadap Pacific Coast. Di Ohau ni kami berhenti melihat sekumpulan seal yang bertenggek di atas batu-batu di sini. Lokasi ni dinamakan Ohau Stream Walkway. Dan kat sini juga ada satu caravan menjual fresh crayfish iaitu Nins Bin Crayfish. Ingatkan nak berhenti tapi laju sangat drive keretanya dan malas nak u-turn, maka terlepaslah peluang nak menikmati fresh crayfish itu. Takde rezeki la kan.

Few kilometers selepas Ohau terdapat seaside holiday town yang dikenali sebagai Kaikoura. Paling famous kat sini adalah crayfish. In fact, Kaikoura in the Maori language translates as meal of crayfish. Kaikoura pada masa awalnya merupakan whale hunting town dan pada hari ini ia merupakan hot spot untuk whale watching. Selain whale, kat sini pun actually kita boleh melihat seal dan dolphins. Ada disediakan pakej-pakej tersebut tapi memang takdenya lah kami nak buat kan. Mengejar masa kaedahnya.

And on the way ni, kami berhenti sebentar menapau Fish & Chip di sebuah kedai di tepi jalan ni. One thing yang best Fish & Chip kat sini ialah rasa ikannya yang segar dan chipnya yang besar dan crispy. Dan-dan aku teringat dan teringin nak makan benda ni kan! Puasa-puasa camni lah. Selera tak tentu hala.

Lepas tapau tu, kami memang tak singgah mana dah. Terus pegi straight ke hotel yang telah di-booked iaitu Vita Nova Motel yang terletak di Riccarton Road.

Sampai hotel, lepak, masak dan rehat. Malam memang tak keluar ke mana. Kalau tak tengok news pasal MH370, aku dok sibuk online upload pic kat IG dan yang paling penting chat dengan orang jauh tu. Rindu ya! Hahaha. So, jumpa di post akan datang. Aku akan ceritakan pulak perjalanan kami keesokkan harinya ke Franz Josef.

Till, then selamat berhujung minggu dan selamat berbuka puasa petang nanti.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.