Taman Botani Perdana Kuala Lumpur
Pengenalan
Assalamualaikum dan hello semua! Bertemu kita pada kali ini dalam blog santai pada hujung minggu aku di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur.
Korang buat apa masa cuti 3 hari birthday Agong yang lepas? Aku tak pergi ke mana-mana pun. Fatin ada ajak pi A’Famosa Safari kat Melaka tu tapi aku takdan nak join. Tengah puasa Zulhijjah. So, melepek je kat rumah sebab malas nak keluar. Nanti penat dan haus, payah la pula.

Tapi, sebelum tu. Silalah support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.
Anyway, bila dah 2 hari terperap kat rumah, rasa rimas pula. Kena juga la keluar menghirup udara segar. Aku pun ajak Barak morning walk kat Cyberjaya. So, bila dia ambil aku kat rumah, aku tanya nak walk kat mana? Dia suggest Taman Tasik Cyberjaya dan aku macam mehhhhhh??? Tasik Cyber je? Lepas tu dia ajak walk kat tasik area rumah dia, Cyberjaya Lakeside tu. Aku macam okay la kot.
Shezz pula dok pi mandi sungai dengan jiran-jirannya. On the way tu, aku saje kacau dia cakap jom pi mandi air terjun sebab cuaca pun tengah panas. Dia macam okay pula nak pergi. Dalam kepala aku takde lokasi lain la terbayang cuma Sungai Lopo je sebab tu antara paling dekat. Tapi bila dok fikir macam terkejut je tetiba nak pergi dengan tak bawa baju, bekal dan lain-lain, aku cakap better pergi next time la kot. Boleh plan properly.
Tapi sebab jiwa bergolak nak jalan jauh sikit, aku randomly ajak dia pi morning walk kat Taman Botani Perdana kat KL tu. Memang impromptu je. Sudahnya, dia park kereta kat rumah dia, then kami naik Grab ke MRT Cyberjaya Utara.
Cara Ke Taman Botani Perdana
Dari MRT Cyberjaya Utara, kami turun di TRX dan kemudiannya mengambil MRT ke arah Kwasa Damansara dan turun di Stesen Muzium Negara.
Dari stesen Muzium Negara nak ke Taman Botani Perdana ni dekat je. Ada laluan pejalan kaki di sebelah kanan muzium, melalui bangunan Jabatan Muzium Malaysia. Terus je dan lalu underpass tunnel yang menghubungkan ke taman berkenaan. Tak jauh pun, dalam few meters je.



Taman Botani Perdana, yang dahulunya dikenali sebagai Taman Tasik Perdana atau Lake Gardens, merupakan taman rekreasi tertua di Kuala Lumpur. Ia mula dibangunkan pada tahun 1888 oleh pegawai kolonial British, Alfred Venning, yang ketika tu merupakan Bendahari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada asalnya, kawasan ini adalah ladang kopi dan hutan sekunder, namun diubah menjadi taman berlandskap ala Inggeris sebagai ruang santai untuk para pegawai British. Terletak di tengah-tengah ibu kota, taman ini meliputi keluasan lebih 90 hektar, menjadikannya antara ruang hijau terbesar di Kuala Lumpur.
Kami sampai di sini pun dah menghampiri jam 10.00 pagi. Matahari dah terpacak kat atas kepala. Ye la.. nama pun tak plan. Kalau plan betul-betul, memang kami gerak awal pagi.
Walaupun dah tiba agak lewat, pengunjung kat sini tetap ramai. Kena pula time cuti sekolah. Memang ramai la yang bawa family beriadah, berpiknik dan sebagainya. Bukan orang tempatan je, pengunjung luar negara pun ramai kat sini.
Aku kagum juga sebenarnya sebab walaupun beberapa dah pergi ke sini, aku masih lagi teruja melihat keindahan landskap dan pemandangan di sekitar taman ni. Ada some spot, bila ambil gambar sebiji rasa macam di oversea. Cantik!






Apa Yang Menarik di Sini?
Antara tarikan utama di taman ini termasuklah Taman Orkid, Taman Herba, Taman Bunga Raya, Taman Rusa dan Sunken Garden. Ia juga berdekatan dengan beberapa destinasi menarik lain seperti Taman Burung Kuala Lumpur, Taman Rusa dan Kancil, serta Muzium Kesenian Islam Malaysia.
Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan
Pada tahun 2011, nama taman ini ditukar kepada Taman Botani Perdana sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula dan penekanan kepada elemen botani serta konservasi tumbuhan. Hari ini, taman ini menjadi lokasi popular untuk riadah, fotografi, pelancongan dan aktiviti keluarga di tengah-tengah kesibukan kota.
Anyway, kami spend masa lebih kurang sejam kat taman ni. Dapat la almost 4 km brisk walk. Sebelum balik tu, singgah la kejap kat Taman Rusa. Tapi rusanya takde. Kandang rusa tu depa tengah buat maintenance kot sebab nampak ada pokok yang tumbang kat dalamnya. Tak sure la bila zaman siap maintenancenya tu.






Tips Melawat Taman Botani Perdana KL
- Datang awal pagi atau lewat petang — Suasana lebih nyaman, pencahayaan pun cantik untuk bergambar. Elakkan tengah hari kerana cuaca agak panas.
- Pakai kasut yang selesa — Kawasan taman ini luas dan korang mungkin akan banyak berjalan.
- Bawa air minuman sendiri — Tiada banyak kedai di dalam taman, jadi pastikan korang kekal terhidrasi.
- Bawa kamera atau telefon dengan bateri penuh — Banyak spot menarik dan Instagrammable!
- Gunakan sunblock dan topi — Untuk melindungi kulit dari cahaya matahari, terutamanya jika korang berkunjung waktu siang.
- Hormati alam sekitar — Jangan buang sampah merata dan elakkan ganggu flora dan fauna yang ada.
Lokasi, Waktu Operasi & Bayaran Masuk
Taman Botani Perdana terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, berhampiran Tasik Perdana dan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Ia mudah diakses dengan kereta, Grab, atau pengangkutan awam.
- Waktu Operasi: Setiap hari dari 7.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Bayaran Masuk: Percuma! Anda boleh menikmati keindahan taman ini tanpa sebarang bayaran. Hanya bawa semangat untuk berjalan-jalan dan bergambar!
Kesimpulan: Kenapa Korang Patut Singgah Sini
Taman Botani Perdana adalah satu destinasi yang sesuai untuk semua — sama ada anda ingin lari sekejap dari kesibukan kota, bergambar cantik untuk media sosial, atau sekadar berjalan santai bersama keluarga. Kawasan hijau yang luas, suasana tenang, dan pemandangan yang cantik menjadikan taman ini antara tempat terbaik untuk dilawati di Kuala Lumpur — dan yang paling menarik, ia percuma! Jadi, kalau korang ada masa terluang, pastikan Taman Botani ini masuk dalam senarai “must-visit” okay!
Anyway, selesai brisk walk, sebelum ke stesen MRT, aku ajak Barak masuk ke Muzium Negara. Dah alang-alang sampai sini. Better la masuk. Lagipun dia tak pernah sampai lagi ke muzium dan Taman Botani ni. Harga tiket pun murah je. RM 2 untuk dewasa. Aku nak masuk sebab just nakkan aircond je! Hahahahaha.. Panas weh, berpeluh-peluh.
Apa je yang ada kat Muzium Negara tu. Pameran yang sama je. Cuma kat luar tu ada pameran tokoh-tokoh seni kraftangan di Malaysia dan di dalam ruangan pameran pun diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Sesuai la untuk aktiviti cuti sekolah. Cuma yang menarik perhatian aku ialah ramai rakyat Malaysia yang berbilang kaum datang melihat pameran bersejarah kat muzium. Pelbagai peringkat usia which is pada aku memang sangat bagus. Kita kena tahu sejarah negara kita ni kerana dengan itu kita boleh belajar untuk menghargai kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang membentuk negara bernama Malaysia ni. Tak gitu?



Anyway, lepas lawatan sambil belajar bersama Omaq, kami terus naik MRT ke Bukit Bintang. Dah macam tempat wajib kalau nak ke KL. Tujuannya ialah tak lain dan tak bukan aku nak urut kaki dan badan. Sebab dah macam lamaaaaa gila aku tak urut badan. Barak pula nak lunch. Dan memandangkan aku puasa, so dia pi lunch, aku pi massage. Takde la membazir masa kan? Aku pi massage kat tempat biasa, Level 1 ke 2.. aku tak ingat la. Harganya slighty cheaper dari kat Cyberjaya ni. So, okay la. Setengah jam foot massage dan 1 jam body massage, total RM 135 camtu.
Habis semua urusan, kami singgah sat kat Fahrenheit88. Mana lagi nak pi kalau kat sini, Brands Outlet lah. Aku suka gila beli seluar kat sini sebab murah, berkualiti dan selesa. Dah tak boleh dah la nak pakai seluar ketat-ketat. Rasa macam buang tebiat je. Hahahaha… And then, terus balik semua ke Cyberjaya. Kira berbaloi juga la keluar. Jauh betul kan nak sedut udara segar? Dan yang penting, total steps lebih 12k! Tahniah Omaq!



So, tu je la aktiviti mingguan aku. Jadi la kan? Mana boleh nak main tengok je kengkawan aku dok pi sungai, mandi pantai segala bagai. Kita pun nak juga! Hahahaha.. Okaylah, thanks sudi singgah baca. Jumpa lagi. Daaaaa…
Leave a Comment