Beanieplex & Villagepeople
Hari ni merupakan Hari Berkabung Negara sempena menghormati mangsa nahas tragedi MH17 yang berlaku sebulan yang lalu. **Alfatihah buat mereka yang beragama Islam**
Anyway, hari ni aku nak cerita sikit pasal experience aku menonton cinema di Beanieplex TGV ni. Ini merupakan pengalaman pertama, so aku cam jakun sikit lah. #villagepeople katanya.
But, first of all, aku nak mengzahirkan rasa tak puas hati aku dengan kualiti online services TGV. Punyalah hauk!!! Aku nak register tak boleh.. nak purchase tiket lagi la tak boleh. Bikin stress je. Baik tak payah ada online system kan?
So, berbalik pada pengalaman tengok movie kat sini, semalam aku try tengok cerita Lucy pada jam 11.45 pm. Kira mid-night show la ni kan. Movie not bad lah. Overall aku suka tengok cara cam ni. Takde lah bosan duduk je kan. Kat sini nak baring boleh… nak duduk pun boleh. But bagi aku, kalau ada disediakan selimut dengan extra small bantal-bantal lagi best! Kan? Sebab kat dalam tu aircond dah la sejuk. And dapat peluk bantal cover perut buncit tu memang tambah selesa. Hahaha.
Okay, lepas ni nak try Gold Class dengan Premium Class kat GSC pulak. Tatau camne rasanya. Tapi kat sini mahal sikit. Aku tanya semalam untuk Gold Class RM60.00 seorang. Yang Beanieplex aku tengok semalam cuma RM23.00 seorang. Kira okay la tu kan? Apapun kalau tengok berdua worth la. Kalau setakat pergi tengok seorang diri memang sangat loser rasanya.
And kepada TGV.. tolong lah check online system korang. Teruk bebenor rasanya.
Leave a Comment