Sharing is caring

Tahniah & Happy 60th Birthday Malaysia!

Last week on Wednesday, 30th August 2017.. aku berkesempatan untuk hadir ke upacara penutup Sukan SEA ke-29 di Stadium Bukit Jalil. Majlis sempena Hari Merdeka pun diadakan serentak selepas upacara penutup.

Awesome view!

Percaya atau tidak.. seingat aku ini adalah kali kedua aku pergi ke stadium untuk acara sambutan Hari Merdeka. Kali pertama semasa tahun 1988 (masa aku darjah 4) di Stadium Larkin. Masa tu Johor Bahru menjadi tuan rumah untuk sambutan Hari Kebangsaan peringkat nasional. Gileeeerrrr lama kan???

My mini family & I

Anyway, pengalaman menyaksikan sendiri acara ni di stadium memang sangat berbeza jika tengok kat depan TV. Feel dia lain macam. Meremang je bulu roma sebab semangat patriotisme atau cintakan negara ni meluap-luap bila kat sini. Senang cakap ko bangga menjadi anak Malaysia. Apa lagi bila tengok semua bangsa tak kira agama bersama-sama meraikan kejayaan negara.

Lagu-lagu yang dimainkan semasa konsert Negaraku tu pula memanglah makanan kami.. lagu-lagu masa sekolah. Memang sakan la aku and the geng melalak kat situ. Uncle Chinese yang duduk sebelah kami ni dok bantai gelak tengok Lyss, Ajie, Maksu beriya menyanyi dan menari bagai ikut lagu. Ada tu dia pun join sekali. Hahaha.

Uncle paling kiri tu la. Tergelak dia tengok kami.

Cuma satu je komen aku, alangkah bagusnya jika seleksi lagu-lagu tu turut diselitkan lagu dari bangsa lain.. maybe catchy Chinese and Indian songs so that takde la depa dok terkulat-kulat tatau nak nyanyi apa. Maybe tak kena dengan concept yang diketengahkan but in future rasanya perlu diambil-kira. Malaysia afterall is not about Malay only right? We also have Chinese, Indian and other races as part of our big multi-racial family. Betul tak?

What a night! Really enjoyed ourselves.

Apapun.. we really enjoyed that night and sekali lagi tahniah Malaysia dan Selamat Hari Kemerdekaan. Semoga kita kekal bersatu, aman dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Dah 60 tahun pun.. should be matured enough dalam menangani dan menyelesaikan setiap isu.

Till then.. enjoy the video! **Video tu panjang.. sejam lebih ya.**



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.