Selamat berhujung minggu.
Diam tak diam, dah pertengahan April 2018 dah. Bahang pilihanraya dah makin terasa. Banyak sangat isu which is malas aku nak komen. Buat serabut je. Cuma yang aku tahu, Insyallah sampai masa mengundi, tahulah aku nak memangkah yang mana.
Anyway, la ni pun aku dah start stay di Cyberjaya. Boleh dikatakan start awal tahun hari tu. Lepas renovate mana yang perlu, bawa masuk basic furniture.. okaylah untuk stay. Bedroom aku tak siap apa lagi. Just settlekan living area dulu. Kitchen cabinet ni pun, Insyallah lepas raya baru aku nak buat refacing. Just guna je yang developer dah bagi ni. Cuma aku nak tukar finishing dia ikut yang aku suka.. iaitu white glossy lamination. Baru la kena dengan concept aku – all white! Hahaha. Fridge pun tarak. Tu pun aku nak mencari yang warna putih juga.
So far, aku suka duduk kat Cyberjaya ni. Of course aku rindu gak kat Bangsar tu. Almost 4 tahun lebih duduk kat sana. Lazimnya, weekend aku akan balik sana. Kemas-kemas apa yang patut. Tapi the best part duduk Cyberjaya ni, dekat gile aku nak pi keje. 3 minit drive je. Selalunya kalau dari Bangsar tu aku ambil masa dalam 30-40 minit nak sampai office.
Lagi satu, aku suka stay sini maybe sebab since belajar kat MMU lagi aku dah suka area ni. Siap berangan nak stay sini one day. Alhamdulillah… cita-cita belasan tahun dulu menjadi kenyataan. Walaupun kecil (aku ambil 1 bedroom studio unit), tapi I just loveeee this place sebab dari dulu aku tak suka duduk rumah besar-besar. Aku suka compact space yang selesa, senang nak kemas.
Selalunya, balik kerja, aku melepek kat sofa, layan TV sambil melihat pemandangan luar. Since, aku beli corner unit, so viewnya luas disebabkan floor to ceiling window.
Apapun, banyak lagi tak settle kat rumah ni. Hopefully, aku dapat siapkan dalam tahun ni. Wish me luck! Hahaha.
Leave a Comment