Sharing is caring

Restoran Nasi Kukus Famosa ni antara restoran masakan Melayu yang baru dibuka pada awal 2018. Terletak di CBD2 Cyberjaya (opposite Centrus), restoran ni antara favorite spot aku during lunch time.

The best part is Famosa ni buka pada weekend (Sabtu & Ahad), so senanglah nak mencari makanan Melayu time-time ni sebab kebanyakan restoran nasi campur di Cyberjaya ni tutup masa weekend. Cuma restoran ni tutup pada hari Jumaat je.

Dari segi menu, masakan di sini memang sedap-sedap belaka dan favorite aku semestinya asam pedas ikan pari dan ayam goreng berempah. Portion ayamnya cukup besar. Mengah juga kalau nak menghabiskan. Dan dari segi harga, quite reasonable. Yang penting sedap. Tempat makan pun selesa. During lunch time tu pun ada dijual pencuci mulut seperti pengat pisang, bubur pulut hitam dan lain-lain. Kalau korang datang CBD2 ni.. boleh la singgah makan kat sini.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.