Sharing is caring

Nota: Untuk makluman, restoran ini tidak lagi beroperasi di D’Pulze Cyberjaya.

Hello semua!

Berita baik untuk kaki makan di area Cyberjaya dan kawasan yang sewaktu dengannya. Bagi yang pernah ke Vietnam dan merindui masakan di sana… atau bagi anda yang suka mencuba pelbagai jenis hidangan, bolehlah datang ke PhoStreet di D’Pulze, Cyberjaya. Restoran yang menghidang authentic Vietnam street food ni baru sahaja beroperasi sekitar Januari 2019.

So, untuk lunch pada hari ni, aku ajak colleague aku, Jay dan El untuk join sama. PhoStreet di D’Pulze ni terletak bersebelahan dengan Subway (satu level dengan Jaya Grocer). Beribu kali masuk D’Pulze tapi aku tak ingat ni level berapa!! Hahaha.. ampunkan saya.

PhorStreet @D’Pulze, Cyberjaya

Okay, bercerita tentang menu, terdapat pelbagai hidangan dan minuman yang korang boleh order di sini. Untuk permulaan, aku order Vietnam national food (mengikut pandangan aku) iaitu pho (sebutannya “fe”) atau beef noodle. Menariknya beef noodle Vietnam ni ialah beef brothnya yang sangat rich (sangat terasa kelembuannya!) dan sepatutnya dihidangkan bersama daun selasih (basil). Cumanya, hidangan kat sini takde daun selasihnya. Cuma hirisan daun sup dan daun bawang sahaja. Kalau di Vietnam.. amik kau.. selambak dia bagi kau daun ni!

Ni pho kat Basiroh, HCM City. Selambak daun-daun kat tepi tu dia bagi

Pho yang aku pilih ni atau nama di dalam menunya iaitu Pho Beef Combination mengandungi kombinasi hirisan daging lembu, bebola daging lembu, urat dan perut. Kalau korang memang penggemar gabungan sebegini macam aku.. memanglah heaven! Tambah pulak kalau daging semua tu lembut. Memang aku suka. Pantang tok nenek aku makan daging tapi liat macam selipar jepun! Anyway, kalau korang tak makan internal part ni, jangan risau. Ada juga pho dengan hirisan daging sahaja dan banyak lagi hidangan lain yang korang boleh cuba.

Pho beef combination

Jay pulak order Dry Rice Vermicelli with Turmeric Chicken manakala El pulak try Dry Vermicelli with Grilled Beef. Both nampak menarik dan sedap. Tapi pada pendapat Jay, hidangan beef lagi sedap. Yeaahhh… itulah istimewanya hidangan daging lembu Vietnam ni. Brothnya memang berasa.

Dry rice vermicelli with turmeric chicken. Jay dah tak sabar nak makan!
Dry rice vermicelli with grilled beef

Selain main dishes yang kami order tu, aku dan El juga mencuba Vietnamese Spring Rolls dan berkulit transparent dengan beberapa ketulan udang tu. Juga antara hidangan Vietnam yang terkenal. Intinya mengandungi beberapa ekor udang, rice vermicelli dan sayuran seperti dain sup. Dicicah pula dengan sos kacang. Sedap beb!

Fresh summer rolls with prawn and fresh herbs

Dari segi minuman pula, aku just try Home-Brewed Red Date with Wolfberries. Nyaman tekak bila meneguknya. Lebih-lebih lagi bila kau pegi letak selambak cili padi potong dalam pho kau tu!

Home-brewed Red Date with Wolfberries

Banyak lagi hidangan kat sini. Takdan nak cuba semua. Nampak semuanya menarik. Dari segi harga maybe reasonable dan maybe abit pricey. But bagi aku asalkan sedap.. I’m okay with it. Jangan kau bayar mahal-mahal tapi rasa kelaut! Pho yang aku makan tu berharga RM19.90, spring rolls tu kalau tak silap RM8.90 (untuk 2 keping) dan air red date tu RM7.90. Jay punya Turmeric Chicken RM15.90 dan El punya Grilled Beef berharga RM18.90. Dari segi portion.. cukup mengenyangkan untuk makan seorang.

Adakah aku akan makan di sini lagi? Yaa.. semestinya sebab ada banyak lagi hidangan yang aku belum cuba dan makanan sedap dan harganya boleh tahan dan servisnya juga cepat.

So, bagi sesiapa di luar sana yang nak try makan masakan Vietnam, bolehlah datang ke sini.

Address:
D’Pulze Shopping Mall, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Operating hours: 10am – 10pm



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.