Road Trip 4H3M ke Baling, Kedah
Pengenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pembaca di luar sana. Terima kasih kerana sudi singgah di “rumah online” aku ni. Jadi, kali ni aku nak share satu lagi road trip 4H3M ke Baling, Kedah bersama member aku, Wan dan Nad. Ini merupakan road trip kedua kami pada tahun ni selepas ke Kuala Kangsar pada bulan lepas. Dan ini merupakan kali pertama aku ke sini.

Tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti. Insyallah.
Ikutkan hati, memang berat juga aku nak pergi sebab kerja tengah berlambak. Tapi at the moment, some of my part dah settle, so okay la sikit. Tu pun aku angkut juga macbook aku dan sambung buat pada waktu malam.
Oh! Tak lupa, thanks to abang Wan kerana sudi tumpangkan aku selama 3 malam di terataknya yang cantik tu. Rasa macam tidur kat hotel!
Okay, ayuh aku ceritakan pengalaman aku dalam road trip 4H3M ke Baling, Kedah ni.
Bajet 4H3M ke Baling
Bajet road trip 4H3M ke Baling, Kedah ni tak berapa banyak. Seperti biasa, Wan dengan Nad memang akan menolak kalau aku nak bayar kos minyak dan tol sebab alasannya some of the meal aku dah bayarkan. Geram betul aku. Next trip, next trip kata. Next trip depa buat perangai sama lagi. Anyway, kos tempat bermalam pun takde since abang Wan tumpangkan kami di rumahnya.
Itinerari 4H3M ke Baling
Kami dah listkan beberapa tempat untuk dilawati di Baling ni, antaranya Lubuk Pedati, Galeri Rundingan Baling dan beberapa lokasi tempat makan.
Cuma, kalau ikutkan perancangan, on the third tu cadangnya nak ke Betong, Thailand. Aku dah buat itinerary. Tapi disebabkan kos yang dikenakan tu agak mahal, so kami cancel je. Terlalu mahal jika dibandingkan dengan kos sewa van semasa ke Hatyai atau ke Phatthalung sebelum ni. Takpe la. Mungkin next time.
Tapi, trip ke Betong ni digantikan dengan day trip yang tak dirancang ke Kuala Kedah, Alor Setar dan Kuala Perlis! Memang random gila.
Hari pertama: Cyberjaya – Baling
Kalau diikutkan Wan, dia nak bertolak pada Jumaat malam tu, tapi aku kata tak boleh sebab aku nak kena habiskan kerja dulu. So, kami ubah ke esok pagi selepas subuh. Katanya! Sekali dia muncul dekat jam 9.45 pagi gara-gara anak bulunya buat hal. Biasalah kalau dah membela kucing ni. Nak kena prepare itu ni. Satgi kebuluran pula kan kena tinggal beberapa hari.
So, selepas dia ambil aku di rumah, lokasi pertama yang kami singgah ialah di kedai makan dulu untuk brunch sebelum meneruskan perjalanan.
Brunch di Anisah Warung Ayam Penyet
Warung ayam penyet ni terletak di Kampung Melayu Subang dan sangat terkenal di kalangan staf-staf airport di sini. Pemiliknya aku rasa memang asli Indonesia. So, makanan kat sini memang authentic. Wan dan Nad order ayam penyet. Memang bau sambalnya semerbak dan aku rasa mesti sedap. Ayamnya pun nampak menyelerakan.
Aku sekadar order soto ayam sahaja sebab aku dah kenyang makan di rumah sementara menunggu mereka sampai. Sambal sotonya bukan jenis sambal kicap Johor tu. Ia jenis sambal cili merah yang bercuka dan korang boleh tambah kicap manis juga. Boleh tahan sedap.
Selain makanan tersebut, mereka juga menyediakan tapai ubi dan tapai pulut, mini murtabak, nasi impit dalam daun pisang, roti goreng berintikan carbonara dan lain-lain.
Selesai makan, kami terus menyambung perjalanan ke Baling.

Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong yang telah dikepung oleh rakyat kerana tabiatnya yang gemar memakan darah manusia. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling
Kami sampai di Baling sekitar jam 4.30 petang. Alhamdulillah, perjalanannya lancar dan takde jam. Setelah meletakkan barang di rumah abang Wan, kami keluar semula pergi ke Econsave untuk membeli beberapa barang keperluan dan seterusnya ke lokasi untuk makan malam.
Dinner di Warung Pokok Getah Pak Din
Wan bawa kami dinner di kedai makan yang terletak di dalam kebun getah. In fact, aku boleh tengok di depan mata rupa sebenar getah sekerap dan torehan pada batang pokok getah tu. Dulu dok tengok dalam buku teks je kan.
Pilihan makanan kat sini boleh tahan banyak. Dan rasanya pun sedap juga. Aku order nasi goreng chicken chop, Wan order chicken chop, Nad pula try nasi goreng cili kering manakala Fahmi dok bedal mihun goreng.
Suasanya kat sini tenang dan santai. Bila malam ada la lampu-lampu dipasangkan. Nampak la estetiknya. Nyamuk pula Alhamdulillah tak menggila. Ada la sekor dua yang dok kiss lengan aku.
Selesai makan, kami terus balik sebab nak lepak mana pun tatau. Lagipun esok whole day nak keluar. So, better rehat cukup-cukup.


Hari kedua: Jalan-jalan di Baling, Kedah
Lokasi pertama pada hari kedua ni semestinyalah kedai makan untuk breakfast dan pilihan Wan dan Nad ialah di Warung Ngarai.
Breakfast di Warung Ngarai
Warung Ngarai ni terletak di Kampung Bukit. Ia antara kedai makan yang terkenal juga di Baling ni. Tempatnya agak estetik. Gen Z mesti suka! Hahaha. So, kat sini aku order lontong dan roti titab serta air mocha. Wan dan Nad, mereka dok order nasi lemak dan roti titab juga. Okay la makanannya. Hargapun standard je. Idok le semurah harga warung kampung.
Tapi tempatnya menarik. Banyak pemandangan hijau. Dining with a view lah konsepnya. Habis makan, kami terus ke Lubuk Pedati.


Pemandangan indah di Lubuk Pedati
Ini merupakan lokasi yang paling aku teringin nak pergi dalam road trip 4H3M ke Baling ni. View bukit batu kapur di sini memang sangat cantik. Tambahan pula, terdapat sungai yang jernih mengalir di hadapannya. Lubuk Pedati ni terletak di kaki Gunung Baling di Kampung Pantai Pulai.
Di sini terdapat sebuah jambatan gantung yang dibina oleh penduduk kampung. Korang boleh merasai pengalaman menyeberang sungai dengan menaiki jambatan ni. Vibenya sebiji macam yang aku lalui di Polumpung Melangkap di Kota Belud, Sabah. Cuma masa aku pergi ke sana tu, jambatannya lebih teruk dengan kayu-kayu yang telah reput.
Jambatan ni boleh menampung 8-10 orang pada satu masa dan korang dilarang melompat di atasnya. Nak naik jambatan ni percuma je. Tapi pada tiang di hujung jambatan ada disediakan QR code. Korang boleh buang sumbangan so that penduduk di sini boleh gunakannya untuk menyelenggara kawasan ni.
Bagi yang nak mandi, boleh je mandi kat sini. Dan ada beberapa gerai menjual makanan di tepi sungai ni.
Tak jauh dari lokasi jambatan ni, terdapat sebuah kawasan rehat yang disediakan oleh penduduk kampung. Kalau nak lepak di situ, korang kena bayar RM5. QR code disediakan. Kami dok lepak kat situ makan jagung dan rojak. Kalau ada extra baju, memang aku dah terjun dah dalam sungai tu. Airnya pun boleh tahan sejuk. Cuaca pulak masa ni memang tengah panas.
Setelah beberapa ketika berehat dan menghirup udara segar di sini, kami bertolak ke lokasi seterusnya iaitu Galeri Rundingan Baling.



Galeri Rundingan Baling
Galeri ni terletak di kawasan Sekolah Kebangsaan Tunku Putra, di Kampung Banggol Lada. Ia merupakan lokasi bersejarah di mana di sinilah berlakunya Rundingan Baling pada tahun 1955 di antara Tunku Abdul Rahman dan wakil Parti Komunis Malaya iaitu Chin Peng. Kalau korang nak tahu tentang kisah komunis di Malaysia, inilah tempatnya.
Di galeri ni disediakan infografik, melodrama semasa rundingan diadakan. Beberapa barangan seperti kerusi, kipas, buku tentang komunisme juga dipamerkan.
Aku at one point boleh rasa sebak pula bila mengenangkan generasi terdahulu berjuang untuk memerdekakan negara. Bukan senang ya. Kita sekarang ni mungkin tak rasa sebab segalanya mudah untuk kita. Jadi, hargailah kemerdekaan dan keharmonian yang kita ada ni. Dah 2026, jangan terlalu racist, taksub dan segala macam prasangka negatif. Banyakkan bergaul dengan orang di sekeliling kita. Sebab bila kita travel ke luar negara, baru kita sedar, betapa untungnya kita dilahirkan di bumi bertuah Malaysia. Tu dia, acik kau berkobar-kobar semangat patriotismenya sempena bulan kemerdekaan! Tapi, percayalah, tiada negara lain seindah negara kita. Sumber: Trust Me Bro!

Menyejukkan badan di Sungai Angkat Ulu Legong
Memandangkankan trip kami ni tiada perancangan yang jelas, so.. lokasi ni pun kami main redah je. Lokasi healing orang-orang kampung kat sini. Tiada kemudahan tandas dan tempat persalinan… aku rasa la. Hanya ada beberapa wakaf je yang boleh korang lepak secara percuma.
Sungainya cetek. Sesuai untuk membawa anak kecil mandi dan main pasir. Tempatnya juga tenang. Airnya bersih dan jernih. Jadi la nak lepak seketika untuk menyedut udara segar.

Lunch di Seri Mahani Nasi Berlauk
Kami lunch di sini selepas balik dari Sungai Angkat. Sampai dah agak lewat, so takde lauk sangat. Tapi lauk yang aku ambil ni memang sedap. Pekena ikan keli bakar, sambal belacan, ikan masin dan ulaman termasuk petai, memang aku rasa menyesal la sebab ambil nasi sikit je.
Selepas makan, kami terus balik ke rumah untuk rehat.

Dinner di Dapoq Mak
Kami dinner di sini. Bila dah tak tahu nak makan apa, end up aku order nasi lemak je. Aku suka nasi lemaknya sebab dia letak halba. Kalau nasi lemak letak halba ni memang aku suka sebab personally aku rasa ni lah aroma sebenar nasi lemak. Nad pula makan Korean ramyeon cheese which is sedap juga. Creamy dan pedas. Wan pula makan chicken chop dan Fahmi makan roti bakar je. Patut la slim…
Sambil makan kami dok berbincang mana nak pergi esok since our Betong trip tu cancel. Macam-macam cadangan lokasi yang keluar. Nak pi island hoping kat Yan la, pi Gunung Jerai dengan sebagainya. Dan end up kami ke Kuala Kedah.

Hari ketiga: Day trip ke Kuala Kedah & Kuala Perlis
Hari ketiga dalam road trip 4H3M ke Baling ni ialah di lokasi last minute yang dipersetujui iaitu Kuala Kedah.
Breakfast di Timba Cafe
Sebelum bertolak ke Kuala Kedah, kami singgah breakfast di sini dulu. Aku just order nasi lemak dengan daging masak kicap which is sooo good! Kenyang sampai ke tengahari! Yang lain dok order capati dengan kari ayam, big breakfast dan lain-lain.

Mengimbau sejarah pahit di Kota Kuala Kedah
Kami sampai di Kota Kuala Kedah sekitar jam 10.30 pagi. Tak ramai orang pun. Sayang, muziumnya tutup sebab tengah renovate. Yang tinggal cuma gerbang kota sahaja. Tapak istana semua dah musnah. Di sinilah berlakunya penentangan hebat Tunku Kudin bersama pasukannya menentang tentera Siam. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh dengar ceramah Prof. Abdul Mu’ati di sini. Banyak fakta menarik yang kita boleh pelajari.
Di sini juga terdapat beberapa meriam katak puru yang dibina sendiri oleh orang Melayu.
Kami juga sempat berbual dengan pasangan dari Shah Alam iaitu John dan Jessie. Nad sempat lagi promote channel aku kat mereka. Bagus Nad! Hahaha..
Selesai lawatan kami di kota bersejarah ni, kami ke lokasi seterusnya iaitu Pekan Rabu.


Shopping di Pekan Rabu
Kalau tak silap aku, ini merupakan kali kedua aku ke Pekan Rabu selepas beberapa belas atau puluh tahun. Can’t remember. So, bila dah singgah sini sempat la membeli serba sikit ole-ole kat sini antaranya kuih-kuih. Tak beli banyak pun. Just kuih bahulu yang panas-panas dan kuih putu kacang. Nak beli perhiasan itu ini, rumah aku dah takde tempat nak letak.

Star Parade Alor Setar
Singgah sini sat. Shopping mall lama yang dah sendu tapi ada SSF di dalamnya. Nak bagi segar abang Wan yang kepenatan. Dia kan suka ID. Lagipun Wan dengan Nad nak masuk rumah baru mereka. So, boleh la abang dia advise apa yang patut dibeli, nak hias dan sebagainya. Oh, by the way, kat sini banyak betul jual baju wanita. Maybe korang yang perempuan suka kot. Harga aku tengok not bad juga.

Muzium Diraja Kedah
Ni pun last minute singgah. Boleh la kalau korang nak tahu serba sedikit tentang sejarah Kesultanan Kedah. Perlu diingat ya. Kesultanan Kedah is the only one kesultanan yang susur-galurnya asli sejak ribuan tahun dulu. Dan kat sini juga dipamerkan barangan peribadi milik Sultan Kedah dahulu. In fact, ini sebenarnya ialah istana yang mereka tinggal sebelum dijadikan muzium.
Lokasi muzium yang masuk secara percuma ini terletak bersebelahan dengan Masjid Zahir dan Dataran Alor Setar.

Lunch Ikan Bakar di Nyiru Klasik
This is totally random! Wan tetiba naik sewel dia sanggup nak drive ke Kuala Perlis semata-mata nak lunch ikan bakar. Aku main ikut je la. So, kami singgah makan kat sini. Orang pun tak ramai, so tenang la sikit nak order. Kami dok order ikan siakap bakar lemak, ikan siakap bakar petai, sotong goreng tepung dan sambal udang. Aku tambah pula mentarang bakar sebab aku sangat curious nak tahu rasanya macam mana.
Makanan kat sini memang sedap dan servisnya super pantas. Ke sebab tak ramai orang. Tapi cepat gila la. Mentarang tu rasanya exactly macam pepahat atau kupang. Sedap tapi maybe aku takkan order dah sebab jenuh nak membersihkan bahagian hitamnya tu. Kalau jenis boleh telan terus macam makan oyster tu mungkin aku suka.
Harga kat sini pun not bad. Semua yang kami makan tu termasuk 5 nasi putih dan air sirap satu jug ialah RM 217. Kalau kat KL ni mungkin lagi mahal la kot. Ikan siakapnya pun bersaiz besar.



Masjid Al Hussain, Kuala Perlis
Singgah solat jamak di sini sebelum balik ke Baling. One thing yang kami perasan, ruang solat lelaki dan wanitanya open, tak seperti di masjid lain. Dan satu je yang sayang kat sini. Pantai di sekitar masjid ni kotor dengan sampah-sarap yang hanyut masa air surut. Memang eye-sore sungguh la. Sayang…
So, selesai solat, kami terus balik ke Baling. Dah tak singgah mana-mana dah.

Hari keempat: Baling – Cyberjaya
Last day di Baling. So, lepas siap berkemas kami singgah breakfast dulu gerai Mak Siti D’Bendang.
Mak Siti D’Bendang
Masa kami datang ada sorang dua je. Lepas kami datang, tetiba penuh orang terutamanya mereka yang bawa lori. Orang kata orang aura positif selalu camni. Tiberrr.. aku main-main je tau. Sat gi ada pula yang ingat aku cakap serious.
Anyway yang aku suka makan kat sini ialah dia ada jual lauk kari yang dimasak bersama batang atau umbut pisang. Aku selalu dengar kalau orang-orang kampung kat utara ni selalu buat hidangan ni masa kenduri tapi aku tak pernah rasa. So, ni memang first time makan dan aku suka. Rasanya sedap dan lembut. Macam rasa sayur batang keladi. Kena pula makan ni dengan sambal dan ikan kering. Memang sedap.
So, lepas makan, kami singgah di Econsave. Aku dok beli ole-ole sikit untuk kawan-kawan dan office. Beli biskut yang masa zaman kanak-kanak yang dijual dalam tin besar. Puas nak makan. Sudahnya kereta Wan penuh dengan barang-barang aku je. Hahaha…
On the way balik tu, kami singgah di Kuala Kangsar untuk late lunch. Hari pun tengah hujan lebat. So, kami order fast food je dan makan dalam kereta.
Dan Alhamdulillah, sekitar jam 8.00 lebih malam kami selamat sampai di Cyberjaya.

Penutup
Maka, demikianlah sedikit coretan aku tentang road trip 4H3M ke Baling, Kedah ni. Semoga bermanfaat bagi sesiapa yang nak pergi ke sana. Ada banyak lagi tempat menarik cuma kami takde masa nak pergi.
Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.
Thanks kepada abang Wan, Fahmi, for the hospitality. Insyallah, kalau ada rezeki ke Baling lagi, aku akan pastikan Betong, Thailand juga masuk dalam itinerary akan datang. Thanks for dropping by and see you next time. Assalamualaikum!

English summary:
This 4D3N road trip to Baling, Kedah explores some of the area’s most interesting nature, food and historical attractions, from Warung Pokok Getah Pak Din and Warung Ngarai to the scenic Lubuk Pedati suspension bridge, Galeri Rundingan Baling and the peaceful Sungai Angkat Ulu Legong. The journey continues to historic Kota Kuala Kedah and Pekan Rabu in Alor Setar before an impromptu trip to Kuala Perlis for ikan bakar at Nyiru Klasik. It is a relaxed Malaysian travel experience combining local food, nature, heritage and the history of Malaysia during the Merdeka season.

Leave a Comment