Nota: Untuk makluman, restoran ini tidak lagi beroperasi di CBD2, Cyberjata.
Penggemar asam pedas, boleh try kat sini pula. Ada pelbagai jenis asam pedas disediakan; asam pedas telur ikan, ikan jenahak, tenggiri, pari, asam pedas tetel dan asam pedas kambing.
Selain asam pedas, terdapat juga lauk-pauk lain dan menu istimewa antaranya mee udang, mee ketam dan laim-lain.
So far, aku dah try asam pedas kambing dengan ikan jenahak. Memang sedap! Kuahnya ada sedikit rasa berempah which is tu signature asam pedas Melaka. Sebab kalau asam pedas Johor lain sedikit rasanya. lebih banyak letak daun kesum.
Apapun yang penting harganya sangat berpatutan. So, kepada korang yang menjadi destinasi untuk makan tengahari di Cyberjaya, mungkin boleh try kat sini. Selamat mencuba!
Leave a Comment