I have a dream…
Semua orang ada impian dalam hidup masing-masing. Ada yang ingin menjadi kaya-raya, travel ke serata pelosok dunia, mempunyai rumah besar, kereta mewah dan pelbagai lagi yang kalau nak disenaraikan.. sampai bila pun takkan pernah habis.
Tapi bagi aku… aku cuma mahukan a simple life. Dan yang paling penting ialah dapat merealisasikan hobi aku sebagai sumber pendapatan. Dalam erti kata lain, hobi aku adalah pekerjaan aku. I do what I really love doing actually. Dan sekarang ni aku lebih suka menghasilkan Youtube vlog berkongsi pengalaman travel, masakan dan some of my activities kat Cyberjaya ni.
Dan impian sebenar aku adalah untuk menjadi fulltime Youtuber. Tapi memandangkan channel aku masih belum mampu menjana pendapatan yang boleh menampung kos kehidupan aku sepenuhnya sekarang ni, maka aku terpaksalah melupakan seketika hasrat aku tu dan membuat bila time free je. View video-video aku pun ciput je. Tapi itu tidak pernah melemahkan semangat aku sebabnya aku memang suka membuat benda-benda ni. Perjalanan aku masih jauh lagi. Mungkin terlalu jauh. Untuk mencapai subscribers ratusan ribu (apatah lagi jutaan subscribers) dan views yang tinggi bukan sesuatu yang mudah. Aku mengambil masa yang panjang untuk mencapai subscribers yang ada sekarang sejak aku create akaun ni pada 2011.
Pertamanya, I’m nobody… bukan celebrity, instafamous, influencer, bekerjaya hebat, hidup dalam dunia glamor atau sebagainya. Dan aku juga bukan jenis bijak berkata-kata, ilmuwan atau insan hebat dalam segenap sudut. Aku hanya salah seorang di antara jutaan manusia yang suka berkongsi video di Youtube tu. Keduanya, video aku biasa-biasa je. Kalau menarik pun bagi aku adalah video pasal travel. Since nak travel oversea pun sesekali je dalam setahun, so nothing much yang aku boleh kongsi sangat. Nak buat atau komen/react video-video viral, aku memang tak reti. Aku ni pemalu gile sebenarnya. I don’t really know how to talk in front of the camera dan my vocabulary pun teruk gile. Tapi one thing for sure, aku memang suka share pengalaman atau info yang aku rasa berguna untuk dikongsi dengan rakan-rakan di luar sana. Lagilah pasal food. Itu memang paling aku suka.

Dan kalau dapat menjadi fulltime Youtuber, aku sentiasa mengimpikan untuk travel serata pelosok Malaysia (dan dunia juga), berkongsi resepi masakan. And of course, buat outdoor cooking lah. Aku bukanlah pakar memasak… tapi aku memang suka memasak. Aku suka try pelbagai resepi dan mencipta resepi ikut citarasa aku. Aku sentiasa terinspirasi apabila menonton rancangan outdoor cooking terutamanya Peter Kuruvita dan Angelo Georgalli (The Game Chef). Best giler rasanya kalau dapat memasak di tepi pantai ataupun di kawasan gunung-ganang. Let’s say, kalau travel ke kawasan pesisiran pantai, boleh singgah membeli fresh seafood, and then stop somewhere kat pantai tu untuk memasak. Seronok kan?
Selain tu, aku pun suka berangan juga, kalau ada mini van/SUV yang kecil just untuk buat travel/roadtrip ni. Boleh sumbat perkakasan atau alatan masakan, mini table dan sebagainya. Takdelah sampai tahap nak menjadi camper van sebab aku tak rasa aku akan selesa tidur dalam kenderaan macam tu. I need a proper bed! Hahahaha…
But.. I dunno lah.. impian hanya tinggal impian. Tapi Insyallah aku akan cuba untuk merealisasikan impian aku ni. Walaupun masih terlalu jauh lagi perkembangan channel Youtube aku ni, tapi aku bersyukur dengan apa yang aku dah ada setakat ni. Alhamdulillah, new subscribers sentiasa ada pada setiap hari. Average aku dapat 400-500 new subscribers dalam sebulan. Walau bagaimanapun, jumlah subscribers yang tinggi bukan menjamin akan menjana pendapatan pada channel aku. Sebab kalau tengok pada data, view yang tinggi adalah banyak dari non-subscribers sebenarnya.
Namun begitu, aku sangat bersyukur kerana ada yang sudi untuk subscribe dan menonton video-video aku. Lagi-lagilah pada yang tak skip ad tu. Tu la yang paling aku sayang sebab dengan tidak skip ad, ia akan menjana pendapatan melalui iklan kat channel aku.
Doakan impian aku tercapai ya guys.. cepat atau lambat tak kisahlah. Insyallah panjang umur, ada rezeki, takkan ke mana kan. Aku yakin pada tu. Cuma kita kena berusahalah.
And to those yang dah subscribe channel dan menonton video-video aku, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Terima kasih atas feedback dan komen yang diberikan. Terima kasih juga sebab ada yang turn on bell notifications. Terharunya aku! Your support means alot to me. Aku juga berharap, one day… there will be someone yang willing to share this dream with me. Nak roadtrip, memasak bagai… kena la ada tukang record juga! Kan??? Hahahahaha. Dan aku juga doakan semoga impian korang juga akan tercapai. Insyallah.
Till then, have a great day ya!

Leave a Comment