Sharing is caring

Assalam dan hello gais… Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin buat semua pembaca yang sudi singgah di blog aku ni. Terima kasih kerana luangkan masa korang membaca catatan yang tak seberapa ni. Semoga COVID-19 ni cepat berakhir dan diharapkan kita dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Insyallah…

Tahun ni bagi aku memang banyak sangat bezanya. Selain daripada tak boleh nak balik JB beraya, macam-macam dugaan yang berlaku sebenarnya. Kita ambil sajalah ini sebagai sebahagian daripada dugaan Allah.

Kiranya ini first time aku beraya di Cyberjaya. For sure bukan aku sorang je. Ramai lagi di luar sana yang tak dapat balik beraya di kampung ekoran daripada PKP ni. Tapi Alhamdulillah, bila ada kawan-kawan rapat yang mengalami nasib yang sama, kita ambil peluang untuk sambut beraya bersama. So, tahun ni, aku tetap juga memasak untuk hari raya, cumanya tak boleh nak ajak ramai la. Alhamdulillah, semuanya lancar. Thanks to sohabat aku yang setia iaitu Jay, yang banyak membantu aku. Kalau tak… memang huru-hara aku nak handle sorang-sorang. Hahaha…

Apapun… Selamat Hari Raya lagi sekali aku ucapkan dan semoga Aidilfitri korang tetap meriah walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga yang tersayang. Till then… take care and stay safe!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.