Hello guys! Apa khabar? Lama betul rasanya aku tak update post camni. Selalu aku just post Youtube video je kan. Anyway, last Friday, aku ajak the girls untuk teman aku makan burger selepas kerja. Dah lama tak lepak makan lepas waktu kerja. Most of the time, aku masak untuk dinner sebab memang malas nak keluar.
Restoran pilihan aku kali ni ialah Burger & Taco di Tamarind Square. Sebabnya, aku dah banyak kali nampak post pasal restoran ni di Twitter Cyberjaya Info. So, kena pergi juga.
Restoran ni menyediakan 2 jenis hidangan iaitu burger dan taco selain daripada side dishes yang lain. Since daripada hari tu aku mengidam nak makan burger, makanya aku pilih burger daging lembu yang paling mahal kat sini! Hahahaha. Pening juga nak pilih sebab semuanya nampak sedap dan menarik. Last sekali, aku pilih Fat Heifer burger dengan 2 keping beef patty.
Korang ada pilihan sama ada untuk pilih ala carte atau make it a set dengan menambah RM 6.90 untuk air dan fries.
So, kepada korang yang mengidam nak makan burger yang sedap di Cyberjaya ni, mungkin boleh try makan di Burger & Taco ni. Detail restoran boleh refer di bawah ni. Till then, selamat mencuba!
Address: E2-04-3A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Hours: 12 pm – 9 pm (Tuesday – Sunday), Monday (closed)
Website: burgerandtaco.com
Tel: +6012-776 0154
Leave a Comment