Sharing is caring

THIS IS NOT AN AUTHENTIC THAI GREEN CURRY RECIPE!
Ini green curry versi aku sendiri tapi seriously memang sedap. Bukan nak puji diri sendiri tapi memang sedap weh! Tak tipu. Try la.. nanti komen okay ke tak. Hehe.. Di bawah ni aku sertakan secara ringkas resepi green curry beef aku.

Green Curry Beef (hidangan 2-4 orang.. ikut saiz perut.)
Bahan-bahan dikisar:

  • Segenggam daun selasih biasa atau selasih Thai (Thai basil)
  • 5-6 batang ketumbar (ambil bahagian batang dan pangkal akar – make sure cuci bersih)
  • 2 helai daun limau
  • 10-12 batang cili padi hijau
  • 2 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar (atau 4-5 biji bawang merah)
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia

Bahan-bahan lain:

  • 500-600 gm daging lembu (dipotong kiub)
  • Segenggam daun selasih biasa atau selasih Thai (Thai basil)
  • Segenggam daun pudina
  • 1 packet terung pipit
  • 1 kotak kecil santan segera
  • 1 sudu teh serbuk belacan
  • 1 sudu teh Ajishio black pepper
  • Serbuk jintan manis, jintan putih & ketumbar – semua setengah sudu teh sahaja
  • 1 ketul kiub perisa daging
  • 2 keping asam gelugor
  • Nampla atau sos ikan secukup rasa

Cara memasak:

  • Rebus daging sehingga empuk. **Lihat nota kaki kalau korang guna bahagian daging yang cepat empuk**.
  • Kisar bahan-bahan kisar bersama santan.
  • Apabila daging telah empuk dan air rebusan semakin kering, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masak sehingga santan mendidih.
  • Kemudian, masukkan serbuk belacan, lada hitam, serbuk jintan dan ketumbar, kiub daging dan asam gelugor. Gaul rata.
  • Apabila kuah hampir pekat, masukkan nampla secukup rasa. Tak perlu masukkan garam.
  • Kemudian, masukkan terung pipit dan biarkan ia masak.
  • Akhir sekali, masukkan daun selasih dan daun pudina. Siap!

Nota:

  • Kalau korang menggunakan bahagian daging yang cepat empuk, tak perlu rebus terlebih dahulu. Just masak santan yang dikisar tu sehingga mendidih, kemudian masukkan daging tersebut. Cara yang sama kalau korang masak menggunakan ayam.
  • Boleh juga kalau nak masukkan buah tomato hijau atau terung biasa. Tapi personally aku lagi suka guna terung pipit ni.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.