Sharing is caring

Post kali ni, aku nak share resepi ringkas yang aku buat semasa MCO 2.0 ni. Memandangkan aku malas nak keluar rumah sebab kes kat area condo aku ni tengah banyak, so aku masak menggunakan bahan-bahan yang ada dalam fridge kat rumah ni je. Nak keluar pergi beli barang dapur pun aku malas. Jadi, resepi kali ni ialah masak lemak cili api versi darurat menggunakan ayam, daging burger dan bebola daging. Mudah dan ringkas nak menyediakannya. Selamat mencuba!

Di bawah ni aku sertakan secara ringkas resepi masak lemak cili api darurat aku.

Masak Lemak Darurat (hidangan 2-4 orang.. ikut saiz perut.)
Bahan-bahan:

  • 2 keping daging ayam (mana-mana bahagian pun boleh)
  • 2 keping daging burger
  • 10 atau lebih biji bebola daging
  • 1 kotak kecil santan segera
  • 3-4 butir bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (ditumbuk kasar)
  • setengah biji bawang besar (ditumbuk kasar)
  • 6 biji cili padi (ikut tahap kepedasan, ditumbuk kasar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • serbuk kunyit
  • serbuk blackpepper Ajishio & serbuk bawang putih (optional)
  • 2 keping asam gelugor
  • sedikit nampla (sos ikan)
  • 1 kiub perisa ayam/daging/ikan bilis
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1-2 mangkuk kecil air

Cara memasak:

  • Lumur ayam, daging burger dan bebola daging dengan serbuk kunyit. Tambahkan sedikit blackpepper Ajishio dan serbuk bawang putih (jika mahu).
  • Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yang ditumbuk kasar sehingga wangi.
  • Kemudian, masukkan cili api dan serai.
  • Masukkan ayam, daging burger dan bebola daging. Gaul rata.
  • Selepas tu, masukkan 1-2 mangkuk kecil air (kalau nak pekat, 1 mangkuk dah memadai). Biarkan mendidih seketika.
  • Kemudian, masukkan asam gelugor dan kiub perisa.
  • Masukkan santan dan gaul rata.
  • Masukkan sedikit nampla dan garam secukup rasa.
  • Akhir sekali, masukkan hirisan daun kunyit. Siap!!!

Nota:

  • Kalau korang malas, boleh kisar sekali bawang putih, bawang besar dan cili api bersama santai. Masak terus dalam periuk tanpa perlu menumis.
  • Bahan-bahan isinya korang boleh guna apa saja. Nak guna daging lembu, isi ikan, sotong, udang atau sosej pun boleh. Ikut je la apa yang ada dalam fridge kan. Kalau ayam, aku suka bahagian yang bertulang sikit. Thigh dan wings favorite aku. Chicken breast aku kureng sebenarnya. Tapi kalau nak bahagian yang sihat, boleh je guna.
  • Asam gelugor boleh diganti dengan air asam jawa atau apa saja buah-buahan yang masam seperti belimbing buluh atau mangga.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.