Sharing is caring




Assalamualaikum semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. Walaupun dah lewat beberapa hari, tapi kita masih dalam mood berhari raya kan?

Alhamdulillah tahun ni raya aku sedikit istimewa. Walaupun sebelum ni aku ada katakan, yang hari raya sekarang ni dah tak berapa bermakna sangat, tapi still tahun ni tetap istimewa untuk aku. Pertamanya, tahun ni aku dapat berhari raya bersama keluarga aku selepas 2 tahun aku tak balik beraya. Keduanya, first time aku dapat berjumpa dengan anak buah aku yang ke-5 dan adik ipar aku yang kedua. Dan selebihnya, dapat berkumpul bersama ahli keluarga yang lain pergi bercuti bersama keluarga di Kuala Selangor.

Kami beraya di JB hanya sehari pada hari raya pertama. Seusai solat Aidilfitri di Masjid Wadi Hassan, kami terus menziarahi pusara arwah nenek dan adik-beradik kami, Salim dan Ali. Lepas tu, menziarahi adik arwah nenek aku dan the only bapa saudara Umi aku yang masih ada. Alhamdulillah, dapat berjumpa dengan mereka setelah bertahun tak jumpa.

Aku balik semula ke Cyberjaya pada hari raya kedua dengan menaiki flight. Family aku menyusul kemudian. Aku booked semalam AirBNB di area kondo aku ni untuk keselesaan mereka. Kalau nak sumbat semua dalam studio unit aku ni, memang tak muat la. Stay semalam di sini sebelum ke homestay pada hari raya ketiga.

The next day, sebelum bergerak ke Kuala Selangor, kami tapau nasi Arab di Safaa Restaurant, Cyberjaya dan menikmati makan tengahari ala piknik di Tasik Putrajaya. Tikar apa pun takde, belasah je pakai car boot cover. Hahaha…

Anyway, thanks kepada adik aku, Fatimah, yang gigih mencari homestay di sekitar Selangor ni di mana kebanyakkannya dah fully booked disebabkan cuti perayaan. Dapat yang satu ni pun dah syukur walaupun hanya semalam.

Bercerita pasal homestay ni, tempat yang aku maksudkan ialah di Zee Homestay Kuala Selangor.

📍Zee Homestay Kuala Selangor

Berikut adalah sedikit info mengenai Zee Homestay ni:

  • Tempat : Lorong Yu 2, Kg Sg Yu, Kuala Selangor. ( berhampiran kedai roti canai pelangi dan pasar ikan Sg Yu)
  • Harga: RM600 (weekend / school holiday/ public holiday), RM500 ( weekdays)
  • Jenis bilik : Studio room ( 2 queen bed). Boleh muat 2 toto di ruang hadapan katil (Toto tidak disediakan)
  • Bilangan bilik : 2 bilik + 1 dapur
  • Sesuai untuk 4 dewasa bagi setiap bilik
  • Kedalaman swimming pool : kanak2 (2 1/2 kaki), dewasa (3 1/2 kaki)
  • Check in : 2.30 petang, check out : 12.00 tengahari
  • Bayaran booking : RM100 (akan di refund semula selepas check out)
  • Kemudahan: kolam renang, kelengkapan memasak & bbq, air Coway, wifi, Netflix
  • Lokasi berhampiran: Pasar Nelayan Kg Sg Yu (3 minit), Roti Canai Pelangi (2 minit), Soto Pasir Penambang (5 minit), Cendol Borhan (5 minit), Jeti skymirror (10 minit), Bukit Melawati Kuala Selangor & Taman Alam (15 minit), Pasaraya Bestmart (10 minit), Mcd, pizzahut, KFC, Sushi King  (15 minit), Lotus (17 minit), Hospital tanjung karang baru (15 minit), kawasan sawah (20 minit), pekan Tanjung Karang (20 minit), pekan Sekinchan (30 minit)
  • Untuk maklumat lanjut boleh wasap di wasap.my/60133993710

Frankly, sekitar homestay ni takde apa sangat. Di depannya terdapat ladang kelapa sawit. Tapi suasananya tenang, terutamanya pada waktu pagi dan senja. Memang sangat relaks. Dan the best part, ada pool. So, kalau korang ada anak kecil, memang diorang ni akan enjoy la berendam kat sini macam anak buah aku. Sampai dah kecut pun tak nak keluar-keluar.

Untuk aktiviti, nothing much pun. Just spend time dengan family je la. Malamnya kami buat BBQ. Perkakas disediakan cuma kena bawa arang je la. Dapur mereka pun lengkap. So, senang nak memasak. Dan yang penting, ada wifi dan Netflix.

Keesokan harinya, sebelum balik, kami singgah di sawah padi di Sekinchan. Takde la jauh mana pun. Dalam setengah jam macam tu la kot. Saja ambil-ambil angin dan bergambar kenangan. Aku pernah ke sini dulu.. tahun 2017 kot. Tapi masa tu padi dah sedikit menguning. La ni masa pergi padi masih hijau.

Balik semula di Cyberjaya, aku booked sekali lagi kondo 3 bilik di area rumah aku ni. Kali ni aku booked melalui Booking.com. Sebelum ni guna AirBNB. Suprisingly, booked guna Booking.com ni lagi murah! Aku booked kat AirBNB, 3 bedroom apartment dengan harga RM423. Yang aku booked kat Booking.com ni, 3 bedroom juga harganya RM 217 je! Banyak gila beza ya! Aku tak sure la kalau tarikh yang aku pilih tu mempengaruhi harganya tapi still beza banyak. So, next time kalau aku nak book untuk family, aku akan book guna Booking.com ni je.

Last night sebelum masing-masing balik, aku bawa mereka semua dinner di Aldar Lounge, restoran Arab favorite aku di Cyberjaya ni. Layanan dari Aldar memang sentiasa istimewa. Tu yang aku rasa special sikit tu. Aku memilih menu pizza, grill chicken, mixed grill, Greek salad, kunafa mereka yang famous tu dan Adeni tea. Aldar siap belanja kami hummus with lamb dengan red tea. Thanks Aldar!

Anway, cuti raya ni pun aku berkesempatan membawa anak buah aku menaiki MRT ke Muzium Negara. Diorang dah lama teringin sangat nak naik train. Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku bawa. Seronok tengok 3 beradik ni teruja naik MRT. Apalagi bila nak pergi ke Muzium Negara, melihat pameran bersejarah di dalamnya. Tapi last-last tu muka masing-masing monyok juga sebab keletihan berjalan. Hahaha. Thanks to Shezz juga sebab teman aku ke sana. Kiranya Daris dapat kawan baru la dari Terengganu.

Demikianlah serba sedikit catatan Hari Raya aku pada tahun ni. Mudah-mudahan dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun depan, dengan perancangan aktiviti yang lebih menarik. Insyallah..

Till then, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Jangan lupa like dan subscribe Youtube Channel aku eh. Hehehe.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.