Sapu tangan Baba
Dulu, semasa aku berada di awal alam persekolahan, sekitar Darjah 1 dan 2, selain Walid, nenek aku, Baba kerap memberi aku duit belanja sekolah. Jumlah yang diberikan ialah 30 sen sehari. Semasa tahun 1985 dan 1986, dengan hanya 30 sen, aku boleh membeli sepiring mee goreng atau nasi lemak dan segelas air sirap. Memang jauh berbeza dengan harga sekarang ya!
Baba mempunyai cara yang tersendiri ketika memberikan aku duit sekolah. Dia akan meletakkan duit syiling berjumlah 30 sen itu pada hujung sapu tangan dan kemudian menyimpulkannya. Dan sapu tangan tersebut akan dimasukkan ke dalam poket seluar aku.
Alasannya berbuat demikian? Supaya duit syiling tersebut tidak keciciran. Sweet kan Baba aku?
Sapu tangan juga diberikan supaya aku boleh menggunakannya untuk mengelap peluh di muka. Tapi, aku ada cara paling mudah untuk mengelap muka โ menggunakan lengan baju sekolah! Rasanya semasa kecil, memang tabiat kita semua seperti itu, kan? Daripada putih bersih baju ketika pergi sekolah, waktu balik sekolah je automatik bertukar menjadi kelabu berkerak! Jenuh la Umi aku menyental bahagian itu untuk menghilangkan daki dan kotoran.
Biasalah, semasa kecil, kurang berdisiplin sikit…
Mr.Omar, as usual nice stories from you. Pandai you bercerita. Kelakar juga (this is the nicest part).
Thank you for your kind words, Ms/Mrs. Tan. ๐๐
You’re welcome. Also, warm regards to you.