Pengenalan
Pertama kali, untuk makluman, ini ialah trip pada tahun 2022. Aku tak ingat langsung nak share sebab busy sangat. Sudahnya terlupa. Tapi, vlog aku dah lama upload. So, aku share je dalam blog ni.
Tapi, sebelum tu. Silalah support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.
Trip kali ni agak istimewa sebab aku bawa Umi dan adik ke Hatyai — ini adalah kali pertama mereka menjejak kaki ke Thailand, dan kebetulan juga sempena sambutan birthday Umi. Perjalanan kami bermula dari KL Sentral, menaiki tren ETS ke Padang Besar, sebelum menyambung perjalanan dengan tren SRT ke Hatyai. Ini adalah antara cara paling mudah dan bajet untuk ke Hatyai dari Malaysia.
Penginapan di Hotel Berdekatan Lee Gardens
Indra Hotel (standard double room)
Sampai je, kami terus check-in di Indra Hotel, yang terletak betul-betul bersebelahan Lee Gardens Plaza — memang mudah nak akses ke mana-mana. Cuma, di hadapan hotel ni terdapat bar, jadi kalau waktu malam tu, memang agak bising. Aku pilih hotel ni sebab antara yang masih available di kawasan Hatyai Downtown waktu tu.



Makan Malam Halal & Urut di Michael Massage
Petang tu hujan lebat, jadi rancangan asal untuk makan di night market Hatyai terpaksa dibatalkan. Kami tukar plan dan makan malam di Hamid Restaurant, salah satu restoran makanan halal di Hatyai yang agak popular. Disebabkan hujan masih belum reda, kami ambil peluang untuk berehat dan urut kaki di Michael Massage — tempat urut kegemaran aku setiap kali datang Hatyai. Owner dia orang Malaysia, memang selesa.
Hari Kedua: Dimsum Halal, Kim Yong Market & Khlong Hae
Masuk hari kedua, pagi-pagi aku bawa umi dan adik sarapan di Dimsum Chabura — antara dimsum halal terkenal di Hatyai. Lepas tu kami ke Kim Yong Market untuk beli kacang gajus, snek tempatan dan ole-ole. Untuk lunch, kami ke Khlong Hae Halal Seafood Buffet — antara buffet halal paling best di Hatyai, sangat berbaloi. Sebelum balik hotel, sempat singgah sekejap di Khlong Hae Floating Market — sekadar nak rasa suasana. Malam tu, makan sekali lagi di Hamid Restaurant dan sempat shopping sekitar Lee Gardens Night Market.









Hari Ketiga: Songkhla Day Trip & Masakan Thai Muslim
Pagi ketiga, kami breakfast di Khaled Restaurant, juga terkenal dengan makanan halal Thai. Lepas tu kami singgah semula ke Kim Yong Market untuk beli barang tambahan. Kami kemudian sewa tuk-tuk untuk ke Songkhla — syukur sangat jumpa semula Uncle Yaw, pemandu tuk-tuk yang pernah bawa aku dulu.
Tempat yang kami lawat termasuk:
- Hatyai Cable Car
- Samila Beach yang terkenal dengan golden mermaid staue
- SeaVerse Cafe & Restaurant (kami tak makan, hanya bergambar)
- Masjid Songkhla
Untuk makan tengah hari, kami singgah di Kaitod Meena — nasi khaomok dan pulut ayam goreng dia memang terbaik! Malam tu pula, kami ronda dan makan di Lee Gardens Night Market, pengalaman malam yang meriah dan mesra pelancong Muslim.









Hari Terakhir: Sarapan, Wang Kelian & Balik ke KL
Hari terakhir, kami breakfast awal di kedai halal depan stesen tren Hatyai sebelum naik semula tren SRT ke Padang Besar. Sampai di sempadan, aku contact Abang Feruz untuk bawa kami buat short trip ke Wang Kelian — pemandangan sangat cantik, walaupun cuaca panas terik.
Sebelum naik ETS balik ke KL, kami lunch di Restoran Tok Mek, restoran nasi campur yang sedap di Padang Besar. Abang Feruz yang kenalkan tempat ni masa trip aku sebelum ni. Sayang sikit sebab tak dapat makan ulam bunga cheroit sebab takde stok masa tu.



So, that’s about it. Trip ini walaupun ringkas, tapi penuh kenangan — lebih bermakna sebab dapat raikan hari lahir Umi sambil bawa dia travel ke destinasi luar negara yang baru. Insyallah, kalau ada rezeki lagi, aku nak bawa dia ke tempat lain pula.
Till next post, tata titi tutu!
Leave a Comment