Al-Diafah Middle Eastern Cuisine

Aku tak sure camne idea nak makan kat sini bleh timbul. Maybe sebab few times lalu area Sri Petaling ni dan melihat facade kedainya yang gah itu, membuatkan hatiku meruntun untuk mencubanya **jadah bahasa aku neh!** Maka pergilah kami bertiga Bie, Nisha dan aku untuk mencuba apa yang menarik kat sini. Owh! By the way, makanan Arab antara makanan feveret aku.

Al-Diafah ni letaknya di Sri Petaling, KL. Sederet dengan Maybank dan opposite Hotel Sri Petaling. Masuk je kaki dalam restoran ni, biji mata memang terpukau dengan interiornya. Biasalah Arab punya deco.. kalau tak over memang tak sah! Kitorang pilih seat dekat dengan balcony kononnya nak menikmati udara segar di malam hari. Duduk-duduk je kitorang dijamu dengan teh dan kurma.

Kalau tak jumpa gak restorannya.. tatau la nak cakap
Deconya yang meriah bagai.
Sampai-sampai, dijamu dengan teh + kurma.
Kat sini aku order Al-Diafah Original Coffee. Dua cawan kecik ni dah cukup nak buat mata terbeliak sampai pagi.. gile pekat. Bak kata Tompel dalam Ahmad Albab… “Kopinya pekat! Hitam! Melekat!!!”. Nisha pulak order Milk Tea – juga didatangkan dalam bekas yang sama saiznya. Dan Bie order Mango Juice yang sangat menyegarkan.
Al-Diafah Original Coffee.
Selain tu, untuk makan.. seperti biasa aku order my feveret Lebanese salad; Tabouleh dan Mixed Grill – ada chicken, lamb, chicken kebab & lamb kebab juga. Ingatkan nak makan dua orang.. lupa plak Bie tak makan kambeng. So aku bedal sorang je la. Nisha pilih Mendy Rice with BBQ Chicken. Berasnya panjang-panjang dan nasinya wangi sekali. Ayamnya plak, rempah yang dimarinate rasa sampai ke tulang, isinya tak kering dan sangat empuk. Bie yang kononnya diet, hanya order Chicken Sandwich bersekali dengan acar timun dan roti Arab + fries. Aku takdan nak merasa pasal dah terlalu kenyang. Tapi makanannya itu nampak sodap!
Tabouleh – daun parsley + daun pudina + tomato + bawang yang dicincang halus… diperah jus lemon berserta minyak zaitun dan dicampur dgn couscous (iaitu sejenis gandum yang berbiji).
Mixed Grill.
Mendy Rice with BBQ Chicken.
Chicken Sandwich.
So kesimpulannya, setakat makanan yang kitorang order tu boleh tahan harganya dan sedap. Sangat mengenyangkan okayyyy! Tapi mungkin ada sedikit tawar.. biasalah tekak Arab bukan cam tekak Melayu kan. So pepandailah nak adjust.. 😛

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

0 comments On Al-Diafah Middle Eastern Cuisine

  • Oh aku da lama nak try makanan kat sini. Sampai skang tak pegi2 lagi. Nampak cam sedap jek. Hmmm… but then semua gambar makanan kau amik nampak sedap!

  • jihan…ofis kitorang biler ada staff baru masuk or resign akan datang sini…so dah bosan…tapi food dier okla…

    omar, biler nak dtg lagi? weekdays lunch hour blehla kita dating… ;p ajak jihan sekali….

  • jihan: aku kau kalau nak makan restoran arab adalah utk santapan zahir dan batin kan? hehehe

    liza: ni kena plan ngan jihan nih. weekdays mmg takdan la rasanya makcik tu.

  • Dulu kite tau Liza pegi sini makan, tapi sampai da bosan? Ohmyyyy sungguh jeles!

    Weekdays bleh, tapi either pukul 7am or 7pm. Hehehe..

Leave a Reply to Nur Jihan Cancel Reply

Your email address will not be published.

Site Footer