Sharing is caring

Perhatikan situasi gambar di atas.

Kali ni aku nak membebel sikit ya. Aku tergerak untuk share pasal perkara ni sebab ia berlaku di depan mata aku sendiri 2 minggu yang lalu semasa aku dan Syai berpiknik di Taman Saujana Hijau, Putrajaya.

It was early in the morning, around 8.40 a.m like that. So, apabila kitorang sampai di kawasan lapang berlatar belakangkan pohon-pohon pine (spot ni memang cantik!), kitorang pun bentanglah tikar dan mengeluarkan bekalan sarapan yang dibawa. Dalam sibuk menyusun, aku terpandang… rupanya di depan kitorang ada seorang kakak tengah set up table siap dengan tiang berlangsir, gelas dan bunga bagai.. untuk 2 orang. Masa tu dalam hati berbisik… wahhhhh.. kemain romantik sekali nak breakfast!

Tiba-tiba terfikir. Eh! Dah set up beriya bagai ni.. mesti ada special occasion.. aku cakap kat Syai. Kot la couple ni nak buat pre-wedding shoot ke.. atau nak sambut birthday or maybe the guy nak propose the girl ke apa. So.. bila tengok balik lokasi kitorang yang betul-betul di hadapan set ni.. rasa bersalah pula. Yelah.. dalam 5-7 meter je. Macam mana kalau diorang nak berbual romantik atau nak ber photoshoot later? Sah-sah la mengganggu kan? Dan Syai pun setuju dengan pendapat aku.

Makanya, kitorang pun kemas balik makanan, angkat tikar dan alihkan ke kedudukan lebih kurang 50-70 meter dari lokasi set tu. So, kalau the couple tu nak berbual atau maybe photographer diorang nak ambil angle, takde la terbatas disebabkan kehadiran kitorang ni. Then, both of us duduk la kat situ menikmati sarapan sambil sesekali melihat kakak tu menyiapkan set mejanya.

Bila kakak (a planner mungkin..) tu dah siap menghias dan beredar, and minutes after that, kitorang nampak this one group Malay family datang and buat setup untuk birthday party (maybe) exactly on the same first spot kitorang tadi. Memang meriahlah setupnya, dengan belon, food bagai.. memang cantik. Tapi beb.. korang nak berparty bagai.. siap dengan budak-budak kecil lagi.. tak nampak ke depan korang tu orang dah set table?

Faham ni public area. Sukati la nak duduk mana pun. Tapi kawasan ni luas kot. Kat area belakang kitorang duduk tu pun banyak lagi space. At least fikir logik la. Cuba bayangkan that couple nak berbual ke.. atau photographer nak shoot ke. Dengan budak kecil berlari-lari? Tak selesa kan? Common sense kot.

And to make things worst, then datang 3 orang makcik (yang sorangnya bertudung labuh) maybe tengah dok morning walk aku rasa, lalu kat kawasan ni. Bila diorang nampak table set tu, terus pergi dekat nak tengok. Aku ingatkan setakat nak tengok je la. Tapi tidak ya. Siap duduk, pegang barang-barang atas meja tu, angkat pasu bunga bagai untuk berposing! Bukan reti posing sekali pastu berambus. Tapi banyak kali. Kejap duduk kerusi sebelah situ.. kejap sebelah sini. Aku dok perati je and rasa macam nak menjerit like.. “WOII!! TU BUKAN BARANG KO LA SETAN!!!” Serious mendidih aku rasa. Aku malas nak pergi tegur sebab bila tengah marah, aku takut nanti mulut jahat aku ni termaki derang tu.

WHY???? Korang ni takde otak ke untuk fikir? Bodoh sangat ke sampai tak faham yang Islam pun turut mengajar untuk menghormati hak orang lain? Selamba je diorang ni buat macam barang sendiri. Sebagai orang Melayu, serious aku malu. Malu sebab orang kita yang sepatutnya beradab tapi sayangnya tak sebegitu. Lagi teruk.. yang membuatnya orang tua yang patut menjadi contoh. I don’t know la maybe diorang ni baru keluar dari hutan ceruk mana entah sampai jakun semacam.

Then, after awhile tu.. datang this one couple dengan yang perempuannya dah siap bermake-up bagai. Aku rasa tu la couple for that table set. Dan nampak jelas both of them macam tak happy. Most probably sebab depan biji mata diorang tu ada family tengah sibuk nak berparty. And the guy kelihatan calling someone (I guess dia call kakak yang sediakan table set tu lah kot). Kepoh tak kitorang??? Hahahaha… Tapi kesian lah kan?

Ke manakah perginya common sense kita dalam hidup bermasyarakat ya? Macam dah takde. Seolah-olah kita hidup dalam kepompong kita sendiri. Sedih kan?

Lepas dah habis sarapan tu, kitorang pun blah. Pergi berjalan to the other side of that park. Luas hawau taman ni. Dan bila kitorang balik dan lalu kawasan piknik tu tadi, kitorang dapati yang table set tadi dah berubah dan dialihkan ke spot yang kami duduk sebelum tu. Kesian diorang. Datang awal dok siapkan.. tapi diorang pulak terpaksa beralih tempat. Manusia.. manusia…

So, aku nak ingatkan kita semua termasuk diri aku sendiri, kita ni hidup bermasyarakat. Kena la ada give and take. Kena juga hidup macam orang bertamadun. Bukan hidup macam dalam dunia binatang… main sondol je. Lagi-lagilah sebagai seorang Muslim, kena hormati hak orang.

Malaysia kan dah baru. Mentaliti kita pun kenalah baru. Jadilah masyarakat yang saling hormat menghormat, memahami dan bertimbang rasa antara satu dengan lain. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri dan tidak sensitif dengan persekitaran. Sebab kita kena sentiasa ingat, hidup ni ibarat roda. Ada masa kita buat kat orang, ada masa akan kena pada diri kita sendiri. Apapun yang kita nak buat, kena letakkan diri kita di dalam situasi orang lain. Apa kita rasa kalau orang buat camtu pada kita. So, if you do that, Insyallah kita boleh berfikir secara rasional dan membuat keputusan yang lebih matang.

Okay… itu sajalah yang aku nak kongsi pada kali ni. Fikir-fikirkan dan moga bermanfaat.

Till then.. tata!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.