Joging & syukur
Kalau diikutkan hati, lepas subuh nak je aku sambung tarik selimut. Tapi itulah, nikmat menyedut oksigen yang baru dilepaskan oleh pokok-pokok ketika sang mentari mula memancarkan sinarannya di pagi hari memang tidak ternilai. Kepuasannya melebihi rasa nikmat berselubung di atas katil. Serius, aku rasa fresh giler setiap kali lepas joging di pagi hari.
Walau bagaimanapun, hakikatnya, aku sentiasa menunggu masa untuk berjoging kerana aku tak nak terlepas slot zikir aku. Berzikir? Yup… berzikir sebab aku belum lagi jenis yang mampu duduk lama di atas sejadah. Jadi, bagi aku berjoging adalah masa untuk aku laksanakan amalan ni. Ye la, kalau masa lain aku sibuk nak berborak la, naik kereta sibuk nak melalak, lepas tu sibuk makan.. makan lagi dan makan lagi. So, joging ialah masa yang terbaik untuk aku. Tambahan pula, bila aku berjoging, aku menghirup udara segar, melihat awan dan tumbuhan, mendengar bunyi kicauan burung, melihat orang-orang di sekeliling, ia secara tak langsung membuatkan aku berfikir dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan. Nikmat sihat tubuh badan, nikmat mampu melangkah dengan kaki sendiri dan banyak lagi nikmat yang tak terhitung. Ia mendidik aku untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan tidak terlalu mengeluh di atas segala ujian, rintangan hidup, beban kerja dan sebagainya. Sebab, kalau kita perhatikan di sekeliling kita, mungkin ada di antara mereka yang nasibnya tidak sebaik kita. Allah pun dah janji, jika kita bersyukur, Dia akan tambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita. Jadi, bersyukurlah.
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih.
Surah Ibrahim, ayat 7
Dulu, aku pernah berjoging sambil mendengar muzik. Biasalah, stok lagu aku semestinya lagu-lagu Arab jenis goyang gerudi, Kpop, English pop songs dan sebagainya. Volume pula semaksima yang boleh sampai aku tak dengar apa pun di sekeliling. Dan disebabkan ni jugalah, dua kali aku dikejar dan hampir dicakar oleh monyet semasa berjoging di Taman Tasik Cyberjaya. Bahaya juga sebenarnya kalau kita tak sedar dengan keadaan sekeliling. So, aku mengambil keputusan untuk tidak lagi mendengar muzik dan gantikan dengan membaca apa yang patut. Aku rasa itu yang lebih baik untuk aku.
Dari segi pilihan bacaan, ada banyak je korang boleh baca sambil berjoging tu. Tapi aku personally suka kalimah Subhanallahi wa bihamdihi, subhanallah eladzim (سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم). Maksud dan kelebihan kalimah ni korang boleh Google sendiri. Kalimahnya pun kena dengan pace joging aku. Tapi ikut la korang nak baca apapun, berselawat pun boleh. Aku pernah try calculate berapa banyak zikir yang aku boleh dapat dengan 6 km joging dari rumah ke Tasik Cyberjaya tu, boleh cecah 1000 kali. Banyak kan tanpa kita sedari? Tapi la ni aku tak bawa la tasbih digital tu bila joging. Takut nanti setan suntik perasaan ujub/riak dalam diri. Ke longkang semua amalan. Aku just try sekali tu je untuk buat kiraan.
Anyway, okay ke kalau pakaian kita tak semenggah masa joging tapi nak berzikir? Well, pada aku, apapun amal yang kita buat, biar Allah saja yang tentukan; diterima ataupun tak. Bukan urusan manusia yang nak tentukan. If they wanna judge you, let them be. Kalau diterima, Alhamdulillah. Kalau tak diterima pun, Alhamdulillah. Yang paling utama, kita jangan sekali berburuk sangka pada Allah. Just do whatever good deeds you wanna do and keep on praying to be a better person. Biar yang atas sana tentukan. Siapa tahu, pada satu detik dan saat nanti, Allah terima amalan dan doa kita. We never know.
Apapun dalam hidup, kita tentu mahukan perubahan yang lebih baik seiring dengan usia. Kalau nak berubah sekelip mata tu agak mustahil lah. Kot la tetiba aku berserban dan berjubah, mesti ada yang pelik tanya “nak pi Halloween party kat mana tu?”. Tak ke haru. Hahaha… Perlahan-lahan berkayuh kata orang. Berpuluh tahun Allah dah bagi usia aku dok huhahuha tak ingat dunia. So, bersyukurlah Allah kurnia lagi saki-baki usia untuk aku melihat balik dalam diri ni. Adakah aku terus-menerus nak mengusung dosa sampai ke liang lahad? Kena selalu tanya soalan tu pada diri sendiri supaya kita sentiasa beringat.
Eh.. tersasar pula aku type pasal joging ni. Hahahaha. Tapi tu lah, itu yang aku rasa di akhir-akhir ni. Aku jarang nak share pasal amal ibadah whatsoever sebab bagi aku ia terlalu personal. Itu cuma antara aku dengan Allah. Aku tak perlukan justifikasi daripada sesiapa pun untuk menilai amal ibadah aku. Tapi, aku harap perkongsian aku ni sedikit sebanyak memberi manfaat kepada korang di luar sana.
Semoga kita semua diberikan kesihatan tubuh badan, kebahagiaan dunia akhirat dan sama-sama diberikan pengakhiran yang terbaik daripada Allah Taala. Insyallah…
Sharing is caring.
Sincerely,
Omaq
Leave a Comment