Penawar rabun mata?
Pada minggu lepas, aku singgah di kedai cermin mata di Cyberjaya untuk membuat pemeriksaan mata setelah aku rasa cermin mata aku sedikit kabur bila digunakan. Aku beranggapan mungkin “power”nya naik lagi. Nampak gaya, kena buat cermin mata baru lagi la ni… 💸💸💸
Setelah membuat pemeriksaan, staf kedai tersebut bertanya pada aku.
“Abang ada makan apa-apa supplement ke?”
Aku macam rasa pelik sikit dengan pertanyaan dia. Rupanya, dia bagitau “power” spec aku dah turun. Agak banyak juga la, dari seratus lebih ke 50 untuk kedua-dua belah mata. Dalam hati aku, macam mana boleh turun eh?
Bila aku share di media sosial, beberapa rakan memberi maklum balas. Ada yang mengusik berkata semakin “muda” (harapan je la.. hahaha) dan ada juga yang bertanya tips atau apa-apa doa yang aku amalkan sehingga “power” cermin mata aku semakin turun.
Hakikatnya, gaya hidup aku sama sahaja dari bertahun-tahun dulu. Hendak dikatakan terlalu sihat, tak juga. Aku makan seperti biasa dan supplement seperti vitamin C, fish oil dan garlic oil itu memang aku ambil setiap hari. Tapi sepanjang pengambilan supplement tersebut, rabun dekat aku sama sahaja. Nak kata tidur cukup, mungkin juga la. Selalunya lepas Isya’ aku dah berpindah alam dan bangun awal sekitar 4.30 atau 5.00 pagi. Macam biasa je kot..
Cuma kalau ada aktiviti yang terbaru yang aku buat, satu ni je.
Tapi terlebih dahulu, aku ingin tekankan. Aku sebenarnya tidak suka untuk berkongsi setiap amal ibadah dan yang seangkatan dengannya sebab bagi aku amal ibadah itu bersifat “personal” dan biarlah itu antara aku dengan Allah. Aku tidak perlukan justifikasi daripada sesiapapun. Sebab aku sangat takut jika syaithan menyuntik perasaan ujub, riak dan takabbur di dalam hati aku, pasti sia-sia sahaja amalan yang dibuat.
Tetapi, apabila aku fikir balik, kalau benda yang baik dan bermanfaat, elok juga kalau dikongsi bersama. Betul tak?
So, berbalik kepada pertanyaan beberapa kawan aku itu, apa yang aku lakukan ialah dengan kembali membaca Al-Quran, yang mana telah terlalu lama aku tinggalkan. Aku akan pastikan setiap hari aku membaca sekurang-kurangnya satu muka surat Al-Quran. Kalau tidak sempat, aku akan baca separuh muka surat. Dan jika masa betul-betul tidak mengizinkan pada waktu pagi sebelum pergi kerja pada hari tersebut, aku akan baca surah-surah dari dua muka surat terakhir kitab suci itu. Dalam erti kata lain, setiap hari aku “wajib” membuka dan membaca Al-Quran. Kalau hari cuti, aku akan baca lebih sedikit, tapi selalunya maksimum satu ke dua muka surat sahaja. Bacaan aku bukan terlalu lancar, tersangkut-sangkut juga. Jadi bagi menyemak bacaan, aku install juga aplikasi iQuran versi penuh bagi membolehkan aku download dan dengar audio bacaan Al-Quran, selain daripada mempunyai terjemahan ke bahasa Melayu.
Dan seusai membaca, jangan sekadar diakhiri dengan ucapan “sadaqallahul aadzim”. Mohonlah pada Allah agar hati kita ini sentiasa dekat dengan Al-Quran dan berdoa moga-moga akhlak kita juga sebaik Al-Quran. Minta pada Allah agar Al-Quran ini menjadi peneman kita di alam barzakh dan di hari akhirat nanti.
Jadi, demikianlah jawapan aku kepada yang bertanya tempoh hari. Maybe bersangkut paut juga. Entah lerr.. Wallualam. Cubalah.
Tetapi, dalam apapun ibadah yang kita lakukan, jangan terlalu meletakkan kehendak atau tujuan. Utamakan untuk mendapat keredhaan Allah. Insyallah, jika Allah redha pada hamba-Nya, semua urusan kita dipermudahkan. Sentiasa bersangka baik pada Allah itulah kunci utamanya.
Semoga amal ibadah kita diterima Allah dan Dia mengizinkan kita untuk menjadi hamba-Nya yang baik hari demi hari sehinggalah kita kembali kepada-Nya. Insyallah
Leave a Comment