Sharing is caring

Nota: Untuk makluman, restoran ini tidak lagi beroperasi di NeoCyber, Cyberjaya.

Berita baik kepada penggemar Nasi Padang di Cyberjaya! Kalau korang suka sajian ala Minang ni, boleh la try masakan yang lazat ni di Restoran Bawang di NeoCyber, Cyberjaya yang sebelumnya dikenali sebagai Mafioso Shellaut (dan masih lagi beroperasi dan menghidangkan masakan shellout).

Pilihan pauk-pauk yang pelbagai dan enak!

Restoran Bawang ni kalau tak silap baru juga beroperasi dan pilihan lauk-pauknya diletakkan di bahagian luar restoran. Kecik je tempatnya tapi pilihan lauk boleh tahan banyak dan sedap-sedap belaka. Info yang aku dapat dari sorang makcik bawang (sorry Zana! hahahaha) yang sempat menginterview the owner/tukang masaknya… katanya beliau memang ke Padang, Indonesia dan belajar dengan tukang masak sana. No wonder lah rasanya lauk-pauknya memang sedap terutamanya masak lemak, rendang dan sambal-sambalnya.

First time ke sana (kebetulan tengah buat laundry kat dobi sebelah), aku try this pucuk ubi goreng/rendang dengan ikan keli sambal. Sumpah sedap weh! Dua-dua sambal hijo dengan biasa tu pun terbaik untuk membuka selera. Dan hari ni pulak, aku tapau rendang paru dan ayam sambalnya. Ya ampun.. cukup puas hati!

Ikan keli sambal dengan pucuk ubi tu sumpah sedap!

So, kepada sesiapa yang nak try masakan Padang yang lazat di Cyberjaya, bolehlah singgah di Restoran Bawang ni. Alamat dan map seperti di bawah. Selamat mencuba!

Address: Lot 86G, Biz Avenue 2, Neocyber, Lingkaran Cyber Point Barat, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.