Sharing is caring

Tak tahu nak buat apa di hujung minggu? Try beriadah kat sini di Pusat Rekreasi Air Putrajaya, berhampiran dengan Putrajaya Wetland Park. Macam-macam aktiviti korang boleh buat kat sini. Berpiknik, jogging, sewa basikal, berkayak, naik canoe ataupun bot mengelilingi tasik kat sini.

Terdapat pelbagai jenis bot yang disediakan. Paddle boat ataupun elektrik boat dengan pelbagai saiz. Yang kami naik ni small one… boleh masuk 4 orang dengan harga RM50 semalam 30 minit. Okay la tu untuk orang-orang yang malas nak mendayung membakar lemak. Hahaha..

Best juga sesekali naik bot kat tasik ni. Suasananya sangat tenang. But kalau korang nak pergi.. better pergi awal pagi ataupun lewat petang. Kalau jam 10 pagi ke atas tu dah start panas. Kat sini juga terdapat sebuah kafe. So bolehlah korang nak breakfast kat sini sebelum atau selepas beriadah.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.