Sharing is caring

Minggu lepas adalah minggu yang sangat hectic dari segi kerja dan juga social life. Berulang-alik ke PJ, Kajang dan Ampang dengan selambanya. Selain dari menghilangkan kebosanan hidup keseorangan di rumah.

Awal minggu dimulakan dengan launching event produk syarikat untuk wanita itu yang diadakan di DoubleTree Hilton, Ampang. Yang mana malam sebelumnya aku tumpang bermalam di rumah Encik Vampire demi mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk ke lokasi tersebut. Faham-faham je la KL kan.. dah la kena ada kat sana pagi to make sure video aku tu okay. Setiap kali event, aku mesti nervous, takut je kalau tetiba av buat hal. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku berada di majlis pelancaran tu dari pagi tolong setup apa yang patut hinggalah ke petang sampai habis majlis dari kemas dewan sampai la menangkap ikan-ikan “props” di dalam balang.  Seronok tolong mereka yang terlibat tu buat kerja. Sebagai client utama aku, memang aku takkan miss apa-apa acara/majlis yang diorang anjurkan. Selain memberi sokongan, aku dah rasa diorang part of my life pun.

Neelofa dengan lipstick terbaru Avon, UCR Brilliance
Habis event dalam jam 6 lebih tu terus pergi ke rumah Rubie, last minit call kata nak buat makan-makan. Memang ngam la timing sebab aku tersangkut 2 jam dalam traffic jam gara-gara pulang time peak hour plus hari pula hujan lebat. Lepak rumah Rubie, makan-makan sampai mata lebam then terus balik rumah.

Saya bz mengupload pic event tu selain meregisterkan account twitter utk yayang saya yg ketinggalan zaman itu
Esoknya lepas habis kerja, aku fetch Scabbers dinner kat Q-Thai yang dekat dengan rumah Mezah. Selain tujuan utama nak suruh dia ajarkan jalan macamana nak ke rumah dia. Seriously aku memang tak ingat! So bila dah tunjukkan tu.. dekat giler rupanya ngan rumah Mezah. Sorry la nak.. pakcik baru tahu… 😛 Oh! By the way, makan bbq kat Q-Thai ni 2 hari berturut-turut ya.. Sebab aku rasa sedap kuah tomyamnya selain dari harganya yang murah (RM27 per person, makan sampai pengsan!). Lepas dinner tu melepak kat Dene ngan Mezah and the gang. Tengah lepak-lepak, tup-tup dapat berita si artis tu kakinya terpeleot masa 1st show teaternya. Kasehan. So, malam tu jugak mencari tukang urut untuk buat apa yang patut nak memulihkan kakinya. Ada 4 malam lagi tu shownya. Malam tu Mezah jadi nenek merbok, tumbuk halia ngan bawang putih untuk balut kakinya yang cedera tu. Tak kurang pun sebenarnya dengan mengurut tu. The next day dapat tahu dia pergi klinik dan Alhamdulillah, bertambah elok. Muscle or ligamen koyak kot. Macam aku kena dulu masa tergelincir tangga kat Gua Tempurung. Sakit wooo.. Apapun, aku memang respect kat retis ni.. Kuat semangat dan gigih. Kalau aku dengan sakit camtu, tak tahu la macamana nak fokus.

Main amik je.. apa pun tatau! Hahaha
Kasehan! Cedera di hari pertama show…
Anyway, the next day plak, date ngan mat saleh celup si Aike yang tahun ni balik beraya di Malaysia. Last aku jumpa dia 4 tahun yang lepas. Dia ni ex-coursemate aku masa study architecture kat UTM dulu. Now dah bermastautin di Texas, US. Dah lama tak jumpa, macam-macam cerita keluar. Nak makan pun, dalam banyak-banyak benda, nasi lemak ngan cendol yang dicarinya. Tapi bukanlah yang terbaik pun sebab kat One Utama je kot. Kalau ada extra time tu leh gak bawak makan kat luar. Lepas makan, sempat layan karok 2 jam kat Neway. Aku dah masuk 4 bulan tak berkaraoke. Tapi seriously sakit hati pergi kat Neway ni. Lagu aku nak semua takde! Sikit gila lagu Melayu. Memang tak la kan aku nak pergi sini lagi.

Nasi lemak juga menjadi pilihan!
Hari esoknya, di Ampang lagi. Q-Thai untuk kali kedua. This time Mezah join skali. Pastu melepak kat Dene lagi sampai kul 3 pagi. Then Mezah angkut aku, Lokman ngan Shafek pergi kedai magazine kat Bukit Bintang yang bukak 24 jam tu. Sempat sambar beberapa buah buku yang murah harganya. Then pusing-pusing KL sampai dinihari. Balik rumah Mezah terus blackout! Sedar at 7 a.m, mandi dan terus siap, tengok si Vampire terbungkang lagi. So aku pun sambung tido. At 10 am kejut gak mamat ni sebab dah janji nak breakfast sama pagi tu. Kesian okay tengok pontianak kena bangun pagi! Hahaha… Azab!!!!

Q-Thai lagii.. Dan orang itu pakai baju terbalik ya… 😛
Hari Sabtu tu plak, Scabs ajak pergi rumah Dahlia. So aku pun join la. Luckily Amir, ex-IMU colleague kami yang drive. Both of us memang tak tahu macamana nak pergi rumah Dahlia kat Sungai Buloh tu.

Sunday nite plak, kami pergi ke teater “Kawan-Kawan Yang Kita Suka” kat DBP. Aku ajak Scabbers skali. Aike pun aku ajak juga but last minute cancel sebab dia kena pergi somewhere memandangkan the next day tu dia dah nak balik US. And since Shafek berlakon skali, so why not support kawan-kawan kan… Rasanya berapa kali je aku tengok teater. Tapi seriously this teater jalan ceritanya memang menarik. Endingnya ada scene yang membuatkan aku sebak.. tapi control la kan.. Mezah bagitau front row kami, yang pompuan2 menangis okayyy! Yess lah.. sangat berjaya! Anyway, congrats to Shafek dan semua team KKYKS. Dan yang penting, thanks to Mezah sebab ajak aku tengok teater ni. Tak sia-sia pergi.

Kenapa aku bantut???!
Demikian coretan aktiviti aku sepanjang minggu lepas. Penat tapi I had lots of fun! Terima kasih kengkawan!

p/s: This week pun bz gaks.. ada janji dicapati dengan makhluk yg dah nak ke UK tu. Mau pegi ke Pustaka P. Ramlee katanya…

Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.