Sharing is caring

Assalamualaikum dan hello semua.

Sedar tak sedar, kita dah nak memasuki ambang tahun baru 2019. Sekejap betul masa berlalu.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog ni di luar sana. Terima kasih kerana sudi singgah membaca tulisan dan perkongsian yang tak seberapanya ni. Aku harap pengalaman dan info yang aku share di sini sedikit sebanyak memberi manfaat buat korang semua. Terima kasih di atas komen dan email yang diberikan. Ia sangat bermakna buat aku sebenarnya.

2018 aku tinggalkan dengan seribu kenangan. Suka duka, jatuh bangun, kehilangan dan kehadiran serta bermacam lagi pahit manis hidup sebagai seorang manusia. Alhamdulillah, setiap yang berlaku itu sudah tentu ada hikmahnya. Dan aku selalu mengharapkan yang terbaik dalam hidup ini.

Mudah-mudahan tahun 2019 ini memberi sinar yang lebih baik, dipanjangkan usia, rezeki yang lebih luas, kesihatan yang bagus serta peluang yang lebih untuk menjelajah segenap pelusuk bumi Allah Taa’a ini.

Dan semoga kita sentiasa bahagia, dijauhkan dari bahaya dan bencana serta sentiasa di kelilingi oleh insan-insan yang terbaik buat diri kita.. Insyallah.

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan korang semua. Dan jangan lupa, singgahlah ke channel Youtube aku @omaralattas, subscribe dan like video-video tersebut ya. Sempat promote lagi!.. hahaha.

Till then.. SELAMAT TAHUN BARU 2019!!!

Lots of love;
Omar Al-Attas
30 Disember 2018
Cyberjaya, Selangor



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.