Sharing is caring

Pengenalan

Hi all.. I just came back from Ho Chi Minh 4 days ago. First of all, tak sangka pulak this trip turned out to be interesting. Aku ingatkan Ho Chi Minh atau Saigon ni tak menarik sangat. But, I was totally WRONG!!! Thanks to cik Scabs kerana invite aku join trip ni sekali sempena menyambut birthdaynya yang ke-35 itu… hahaha. Oh by the way, trip ni juga disertai oleh Farah dan Rahmat, ex-colleague aku masa kat IMU dulu. So, dalam post ni aku nak kongsikan pengalaman, itinerari trip aku ke Ho Chi Minh selama 3H2M ni.

Flight kami seawal 7 pagi (setelah di-reschedule oleh Air Asia, ikutkan jam 9 lebih). Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam setengah je. Aku ingatkan lama. Bila dok leka melayan videoclips kat tab.. tahu-tahu dah sampai. So bila selesai urusan imigration, kami terus ambil teksi ke hotel. Ambil kat booth yang di dalam airport. Tambang teksi dari airport ke Hotel Mini Saigon 6 yang kami pilih ni adalah 174,000 dong (lebih kurang RM26.00). Dan first impression aku tentang Saigon ialah trafiknya sangat gila!!! Dan motorsikal adalah merupakan pengangkutan utamanya.

Motorsikal adalah pengangkutan utama di Ho Chi Minh, Vietnam.
Motorsikal adalah pengangkutan utama di sini
Jalan-jalan di Ho Chi Minh, Vietnam.
Jalan-jalan di Ho Chi Minh
Trafik yang sentiasa sibuk di Ho Chi Minh, Vietnam.
Traffic yang senantiasa sibuk
Bangunan yang tertinggi kat Saigon ni mirip Menara TM di Ho Chi Minh, Vietnam.
Bangunan yang tertinggi kat Saigon ni mirip Menara TM
Skil mengangkut barang yang hebat di Ho Chi Minh, Vietnam.
Skil mengangkut barang yang hebat di Saigon
Wayar elektrik berselirat camni adalah pemandangan biasa di Ho Chi Minh, Vietnam.
Wayar elektrik berselirat camni adalah pemandangan biasa

Anyway, kami sampai awal di hotel ni, iaitu kira-kira jam 10.30 pagi. Daripada 3 bilik yang kami booked, cuma satu je available. So temporary kami checkin satu bilik dulu, letak barang dan keluar semula untuk mengisi perut. Lapar wehhh!!

Hotel murah di Ho Chi Minh

Oh! Sebelum tu mari aku ceritakan tentang hotel yang kami stay ni. Kami stay di Hotel Mini Saigon 6, yang terletak di Bui Vien Street. Secara keseluruhan, hotel ni selesa, affordable dan dekat dengan tempat-tempat untuk shopping di Ho Chi Minh ni. Harga bilik lebih kurang RM63.00. Okay la kan, ada air-cond, hot shower semua. Tapi yang paling aku suka tentang hotel ni adalah sebab ia terletak di Bui Vien yang mana kawasan tumpuan para pelancong. Bersepah-sepah diorang kat sini. Unlike area Nguyen An Ninh (NAN)  a.k.a Malaysian Street yang penuh dengan pelancong-pelancong Malaysia. Rasa cam kat Malaysia pulak. Dan dari Bui Vien nak ke Ben Thanh ni takde la jauh mana. Jalan kaki dalam 10 minit je.

Hotel Mini Saigon 6 di Ho Chi Minh, Vietnam.
Saigon Mini 6 Hotel
Hotel Mini Saigon 6 di Ho Chi Minh, Vietnam.
Small lobby
Hotel Mini Saigon 6 di Ho Chi Minh, Vietnam.
Bilik yang selesa

Lunch “pho” di Restoren Basiroh

Untuk lunch, kami berjalan kaki ke area Malaysian street tu yang terletak di area Ben Thanh (tempat shopping utama di Saigon). Macam aku mentioned tadi, nak ke sini dari hotel lebih kurang 10 minit je. So sampai kat area ni, kami memilih untuk makan di Basiroh (sebelah Restoran Kampung Melayu). Kata Farah yang dah buat survey dulu, restoran Basiroh ni lebih murah.

Aku, Scabs dan Farah memilih untuk mencuba “pho” (disebut fe) iaitu Vietnamese beef noodle. Rahmat pulak bantai nasi ngan lauk-lauk yang ada. Memang sedap “pho” kat sini apatah lagi kalau diletak dengan daun-daun selasih, cili potong dan diperah jus limau. Yummyyy!!! Harga “pho” kat sini ialah 60,000 dong (dalam RM9.00 lebih) dan air teh-o limau ais 15,000 dong (lebih kurang RM2.30). Nasi aku tak sure la pulak berapa harganya. Tapi orang kata kat Vietnam ni harga makanan mahal sikit. So kalau jenis yang kuat makan tu, better bawa kudap-kudapan dari Malaysia. Tapi aku tak bawa pun, Kenyang kot makan “pho” tu lunch ngan dinner.

Jalan-jalan di Ho Chi Minh, Vietnam.
On the way ke Malaysian street untuk lunch
Rakyat tempatan beriadah di Ho Chi Minh, Vietnam.
Antara taman-taman dalam bandaraya ni
Restoren Basiroh di Ho Chi Minh, Vietnam.
Basiroh, tempat makan kami sepanjang berada di sini
Pho yang dijual di Restoren Basiroh di Ho Chi Minh, Vietnam.
Pho or Vietnamese Beef Noodle… YUMMYYY!!!
Restoren Basiroh di Ho Chi Minh, Vietnam.
Ini Rahmat punya menu
Mangga segar di Ho Chi Minh, Vietnam.
Mango yang dijual di tepi jalan

Shopping di Ben Thanh Market

Kami ke sini selepas selesai lunch di Basiroh. Market ni yang terletak bersebelahan dengan Nguyen An Ninh ni. Dalam ni penuh dengan beratus kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan antaranya kain-kain ela, baju, kasut, beg, bagasi, kraftangan, batu permata dan macam-macam lagi. Memang heaven kalau nak menghabiskan duit kat sini. Peniaga kat sini pulak tahu kalau kita ni orang Malaysia. Ada yang boleh bercakap bahasa Melayu, dan ayat-ayat seperti “Mari abang, mari kakak, tengok dulu.. murah-murah..” memang akan kedengaran sepanjang jalan. Dan bersedia juga untuk ditarik oleh mereka-mereka ni untuk tengok barang-barang jualan mereka. Tapi actually barang-barang kat sini especially kain adalah sedikit mahal berbanding dengan kat area Chinatown.

Pusat membeli-belah, Ben Thanh Market di Ho Chi Minh, Vietnam.
Ben Thanh Market
Pusat membeli-belah, Ben Thanh Market di Ho Chi Minh, Vietnam.
Di dalam Ben Thanh Market
Pusat membeli-belah, Ben Thanh Market di Ho Chi Minh, Vietnam.
Macam-macam produk dijual di sini
Pusat membeli-belah, Ben Thanh Market di Ho Chi Minh, Vietnam.
Jangan lupa beli itu biji teratai.. sedap untuk kudap-kudapan
Pusat membeli-belah, Ben Thanh Market di Ho Chi Minh, Vietnam.
Datang sini cari apa lagi.. kain la…

Tempah baju/suit siap 1 hari

Kat dalam pasar ni juga ada disediakan perkhidmatan menempah baju/suit yang boleh siap dalam masa sehari. Cepatkan? Aku yang pada mulanya memang tak plan nak tempah suit, terjebak juga. Mulanya just tengok Farah dan Rahmat ambil ukuran untuk buat baju, then belek-belek design dalam iPad tokeh tu… aku pi tanya suit panjang macam jubah ada tak? Sekali dia tunjuk contoh design dan aku berkenan pulak.

Harga upah jahit termasuk kain adalah RM340.00. Memang murah la kot banding kat KL sebab ni jenis suit panjang macam kurta bersekali dengan seluar. Kalau just suit biasa tu ngan seluar dalam RM200 lebih la. Dah tu dia hantar ke hotel pulak keesokkan harinya dan bila cuba.. memang aku suka lah!!! Kualiti tip top, selesa dan jahitan memang kemas. Pendek kata, berbaloi dengan harga yang dibayar. Thanks abang botak seksi! Hehehe.. Kalau korang nak try buat dengan abang ni, boleh try usha kedainya yang bernombor 416-418, 466 atau layari Facebooknya di sini. Wah! Siap promote lagi.. hehe.

Memborong kain di  Ben Thanh Market di Ho Chi Minh, Vietnam.
Memula usha je… sekali terbuat plak
Memborong kain dan menempah baju di  Ben Thanh Market di Ho Chi Minh, Vietnam.
Abang botak yang hebat!
Suit siap sehari di Ho Chi Minh, Vietnam.
Ni bajunya yang dah siap.

Selesai menjelajah Ben Thanh Market ni, kami berjalan pulang ke hotel untuk check-in bilik yang selebihnya selain untuk mandi dan merehatkan diri. Mana taknya, panas gile kot kat Saigon ni. Setiap kali keluar mesti bermandi peluh. Selepas puas berehat kami keluar semula ke Cho Binh Tay Market di area Chinatown.

Panas terik cuaca di Ho Chi Minh, Vietnam.
Iklan teh botol.. panas okayyyy Saigon!

Cho Binh Tay Market @Chinatown

Dari hotel kami nak ke sini lebih kurang 20 minit dengan menaiki teksi. Tambang teksi lebih kurang 100,000 dong (dalam RM15.00 camtu). Senario kat sini pun sama seperti di Ben Thanh. Penuh dengan kain-kain, topi, kasut, beg, baju dan macam-macam lagi. Dan bila diorang cam kita ni orang Malaysia, siap la dia mengayat dengan bahasa Melayu. Tarik menarik tangan jangan cerita lah. Rasa rimas pun ada. Tapi kadang-kadang tu rezeki gak sebab yang tarik tu boleh bagi offer yang memang murah.

Aktiviti memborong kain

Macam yang Scabs dan Farah kena ni. Memang memborong la diorang kat this one shop.. macam balik Malaysia nak buka kedai kain pula. Mana taknya, harga yang diorang dapat lebih murah banding kat Ben Thanh. Kalau tak silap bezanya dalam RM5 jugak lah untuk satu kain. So aku tumpanglah beli sekali kain cotton untuk Umi dan adik-adik perempuan aku.

Dalam pada Scabs dengan Farah bershopping kain, aku ngan Rahmat dok berborak dengan anak tokeh kedai tu iaitu John dan Teoh. John ni boleh berbahasa Inggeris sebab dia mengajar bahasa ni di sekolah. Teoh boleh la sikit. Macam-macam berborak dengan diorang. Dari hal budaya sampai lah ke bab kawin semua.. Hahaha. And si  Teoh ni cakap style aku cam Korean???? Hahaha.. Celah mana ntah. πŸ˜›

Lebih murah dari Ben Thanh

Anyway, dua kali kami datang ke kedai ni untuk beli kain. Second time pada keesokkan harinya iaitu selepas aktiviti Mekong River Cruise dengan membawa our Malaysian friends, Ismat dan wifenya, both Sabahan yang kami kenal masa pegi Mekong ni. Memang wife Ismat kata lebih murah kalau dibandingkan dengan yang dia beli di Ben Thanh. So kalau korang nak pegi kedai auntie ni, pi la usha-usha kedai yang ada sorang mamat ni rambut berkarat pakai spec. Nombor kedai.. minta maaf aku tak ingat. Hehehe.. Selain tu kalau nak beli bagasi kat sini pun okay. Murah. Beza gile ngan harga kat KL.

Cho Binh Tay Market @Chinatown, di Ho Chi Minh, Vietnam.
Binh Tay Market di Chinatown
Cho Binh Tay Market @Chinatown, di Ho Chi Minh, Vietnam.
Ditarik tangan masuk ke kedai ni
Cho Binh Tay Market @Chinatown, di Ho Chi Minh, Vietnam.
Nak murah gi kedai auntie ni.. camkan muka-muka mereka πŸ˜›
Cho Binh Tay Market @Chinatown, di Ho Chi Minh, Vietnam.
Lautan topi yang pelbagai

Surprise birthday celebration

Pada malam ni aku tak keluar, tapi ada message Farah cakap nak buat surprise kat Scabs memandangkan 11 April birthday dia. So masa Farah keluar pergi massage dengan Scabs (Rahmat dah terbungkang di bilik ya..) aku senyap-senyap keluar pegi cari bakery untuk beli kek. Yang ada kek kecil je.. Time tu dah pukul 10 lebih.. kedai nak tutup dah.

Anyway, area Bui Vien ni memang banyak bar dan nightlife kat sini memang happening. Manusia memang bersepah-sepah. So on the way pergi cari kedai kek tu, aku sempat “diterkam” oleh awek Vietnam yang ketika tu tengah berborak-borak di luar bar dengan kengkawan dia. Terperanjat aku setannnn!!!! Nasib baik la kau comel kan.. tak jadi nak marah, dan aku senyum je. Dia pulak gelak-gelak ngan kengkawan dia. Sepanjang jalan, aku tersenyum mengingatkan insiden tu. Hahaha.. Bodoh la. Balik memang aku ikut jalan lain. Trauma kalau terserempak lagi. Hahaha. So bila sampai hotel, aku text Farah suruh dia turun sekali. Bilik Scabs masa tu dah gelap. Dah nak tidur barangkali. So Farah pun bawalah kek ciput tu dan ketuk pintu bilik Scabs macam nak pecah cakap room service. Room service apa tengah malam buta. Hahaha. So dapat la surpisekan Scabs walaupun dia cam mamai-mamai lagi. Haha. **Happy birthday Scabbs!!**

Sambut birthday di Ho Chi Minh, Vietnam.
Kek Scabs yang kecik comel je..
Sambut birthday di Ho Chi Minh, Vietnam.
Paper-cut birthday card.. sempat beli jenis camni untuk Scabs.. walaupun terkantoi sekejap

So lepas selesai celebrate birthdaynya serba ringkas, maka baliklah ke bilik untuk tidur dan menunggu hari berikutnya untuk aktiviti yang lain. πŸ˜€

Bui Vien Street

Bui Vien Street adalah kawasan di mana terletaknya hotel kami. Di kawasan ni terdapat banyak hotel, butik-butik baju moden, spa dan massage centre selain daripada bar/coffee house. Area ni memang menjadi tumpuan pelancong asing/barat dan night life di sini memang happening. Kalau malam tu, sepanjang jalan ni penuh dengan mereka ni yang duduk minum dan bersosialan. Penuh yang memang penuh dan tak terasa kat Vietnam. So kalau nak bawa family stay sini, kurang la sikit. Better di Malaysian street tu. Kalau orang-orang bujang cam saya, okay la. Walaupun hakikatnya waktu malam tak keluar pun.. dok membuta dalam bilik. The girls pulak yang keluar berjalan. Hahaha.

Bui Vien Street di Ho Chi Minh, Vietnam.
Bui Vien. ahh.. miss this street!
Bui Vien Street di Ho Chi Minh, Vietnam.
Duduk tepi lorong menikmati fruit juice

Lagi satu kami rasa best kat area ni sebab ada this one stall auntie yang jual fresh fruit shake. Dengan harga 20,000 dong (RM3.00) segelas besar, anda boleh menikmati fruit shake/blended yang segar dan lazat. Pilihan buah adalah pelbagai antaranya avocado, markissa, mango dan macam-macam lagi. Kami setiap kali pergi keluar dari Bui Vien ni dan balik mesti beli air ni. Tu agaknya yang tak lapar sangat sebab dok bedal air ni. So kalau korang gi area ni, singgah la di gerai auntie ni yang juga telah menjadi mak angkat Scabs.. 😜

Gerai air buah favorite di Bui Vien Street, Ho Chi Minh, Vietnam.
Kedai auntie – fruit shake favorite
Gerai air buah favorite di Bui Vien Street, Ho Chi Minh, Vietnam.
My favorite – Avocado shake

Nguyen An Ninh Street @Malaysian Street

This is a Malaysian Town! Selain daripada signboard yang berbahasa Melayu, di sini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual baju kurung, tudung, telekong dan lain-lain. Restoran makanan halal pun banyak terdapat di sini. Dan semestinya lah kawasan ni menjadi tumpuan warga Malaysia untuk stay dan membeli-belah (salah satu sebab adalah ia bersebelahan dengan Ben Thanh). Tapi bagi aku, aku lebih suka stay Bui Vien, lebih membuatkan aku rasa seperti melancong! Otherwise, rasa cam kat Malaysia je.😜

Pemandangan jalan di Ho Chi Minh, Vietnam.
Nguyen An Ninh atau Malaysian Town/Street
Pemandangan jalan dengan signage kat kedai di Nguyen An Ninh ni banyak dalam bahasa Melayu di Ho Chi Minh, Vietnam.
Signage kat kedai di Nguyen An Ninh ni banyak dalam bahasa Melayu

Cerita seterusnya aku sambung kat Part 2. See ya!

Perkongsian trip terkini aku pada 2024 di bandar pesisir pantai di Vietnam ~ Nha Trang.

English summary:

This 3-day 2-night Ho Chi Minh City travel guide offers a detailed budget and itinerary, recommended affordable hotel, a self-guided tour to top attractions, a full-day Mekong Delta tour, must-try halal food spots, popular shopping destinations like Ben Thanh Market and essential travel tipsβ€”perfect for first-time travelers exploring Vietnam on a budget.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.