Hello warga net! Apa khabar semuanya? Kali ni, aku nak kongsi resepi dah terlalu lama aku tak merasa iaitu betik masak air. First of all, bagi generasi muda-muda la ni… yes.. betik boleh dimasak dan dibuat lauk. Seingat aku, last aku makan lauk ni lebih kurang 20-30 tahun lepas kot.. tak ingat lah tapi memang lama tak merasa.
Lauk ni aku boleh katakan agak susah jugalah kita nak jumpa kalau pi makan kat kedai-kedai nasi campur ni. Lauk orang lama dan orang kampung dulu. Simple je nak buat lauk ni. Apa yang penting, korang kena dapatkan betik muda yang masih keras lagi. Dulu masa kecil-kecil, pokok betik bersepah-sepah belakang rumah. Senang nak dapat. Tapi sekarang ni, kena cari kat pasar atau mart lah. Tu pun jarang nak jumpa betik muda. Anyway, jangan pula korang guna betik yang dah masak. Memang tak menjadi lah nanti.
So, jom kita tengok apa bahan-bahannya.
Betik Masak Air (4 orang makan)
Bahan-bahan:
- 500 gm betik muda
- *3 sudu besar udang kering (direndam air panas dan toskan)
- 3 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 helai daun kunyit (disiat-siat)
- sedikit daun selasih
- garam secukup rasa
- air lebih kurang 1.5 liter
Cara memasak:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, udang kering dan lada hitam.
- Isikan air dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk tersebut.
- Bila kuah dah mendidih, masukkan betik. Biarkan seketika.
- Kemudian, masukkan garam secukup rasa, daun kunyit dan daun selasih.
- Biarkan sehingga betik empuk. Then sedia untuk dihidang.
Leave a Comment