Last few weeks, selesai aku berpiknik di Taman Tasik Cyberjaya dengan Fatin sekeluarga dan Fariha, aku decided macam malas nak balik rumah dulu. Memang takde plan langsung. Aku just drive je. Mula-mula masuk Putrajaya, then terus ke Dengkil. So, bila dah masuk Dengkil tu, aku rasa macam okay juga kalau pergi Badan Lalang untuk lunch. Pekena ikan bakar ke apa.. dalam kepada dok ingat tu je la.

So, bila dah sampai area Bagan Lalang, sebelum memasuki kawasan pantai, aku lalu jalan ni dan ternampak kawasan jeti. Aku ingatkan ada kedai makan ke apa. Jadi, aku pun singgahlah kat situ. Maka, terjadilah kisah yang akan aku paparkan dalam blog kali ni.

Jeti Sirip Biru, Bagan Lalang, itulah lokasi riadah main redah aku kali ni. Terletak di Sungai Sepang yang menjadi sempadan Selangor dan Negeri Sembilan.

Banyak aktiviti korang boleg buat di sini. Boleh bermalam di rumah rakit, buat aktiviti memancing, river cruise dan lain-lain.

Pertama sekali yang menariknya Jeti Sirip Biru ni ialah terdapat gerai menjual fresh oyster (tiram). Even Abang Zaidi, owner tempat ni pun beritahu kisah oyster ni viral selepas Zarina Anju tu datang makan kat sini. So, aku pun mengambil kesempatan untuk try lah.

Seketul RM15. Memang fresh!! Isi besar, kenyal & cukup dengan hanya perahan lemon untuk menikmatinya.

Tak boleh makan banyak-banyak. Bahaya! Hahahaa.. Lagipun seketul 15 hengget hawau. Dapat rasa seketul dua pun jadilah. Lainlah kau orang kayangan…

Selepas pekena tiram yang segar tu, aku dok fikir apa nak dibuat. So, aku tanya abang Zaidi boleh ke kalau nak river cruise. Dia kata boleh tapi kena tunggu jam 2.00 petang sebab time aku datang tu staff dia dok busy uruskan orang check-out rumah rakit. Lagipun cuaca tak berapa elok, angin dengan arus tengah kuat.

Sementara menunggu tu la aku dok lepak berborak dengan dia sebab sebelum ni aku memang tak tahu langsung kewujudan tempay ni. Kalau pantai Bagan Lalang tu few times juga aku dah pergi.

Berborak punya berborak, mata aku terpandang pokok yang menjalar kat entrance ni. Curious boleh makan ke tak. Abang Zaidi bagitau, tu namanya pokok buah lakum. First time aku dengar. Dia kata boleh makan tapi gatal la sikit kat tekak tu. Rasa dia masam-masam manis. Lebih kepada masam. Kalau korang tanya aku, rasanya sebiji macam buah rambai. Buah yang dah masak tu rupanya pulak macam blueberries. Buah ni katanya dijadikan umpan untuk menangkap ikan sungai macam patin. Okay.. dapat satu ilmu baru kat sini.

Lebih kurang jam 1.00 tengahari, aku pun dibawa menaiki river cruise. Memandangkan waktu tu takde siapa nak join, so aku belasah je sorang-sorang. Melayanglah RM150…. nak makan angin punya pasal. Sewa satu bot kat sini RM150 untuk maksimum 8 orang.

Trip lebih kurang 45 minit – 1 jam. Aktiviti river cruise ni sepanjang Sungai Sepang sehinggalah ke muara di kawasan Jimah Power Plant ni. Kalau ikutkan dia nak bawa jauh lagi tapi sebab cuaca tak mengizinkan, so kami patah balik je.

Aku turut dibawa melihat rumah rakit. Korang boleh stay sini juga. Pakejnya boleh rujuk pada Facebook Jeti Sirip Biru ni:
https://www.facebook.com/siripbirucrew/

Semasa river cruise tu, aku dibawa melawat ke sangkar ikan. Aku difahamkan, korang boleh memberi makan ikan dan memancing di sini. Then, Kalau dapat ikan dan nak bawa balik boleh je tapi korang kena timbang dan bayar dahulu. Harganya aku tak sure. Tak tanya detail pun.

Antara spesis yang diternak di sini ialah jenahak, siakap dan kerapu.

Lagi satu, kalau nak berkayak di sini pun boleh juga. Tapi yang ni bukan under Sirip Biru la. Pakej ni ditawarkan oleh Hikers.Climber dan naik di Jeti Pak Din.

Pakej ni berharga RM120 seorang untuk 4 jam aktiviti termasuk lunch.

Kalau korang berminat, detail dan pakej boleh refer pada link Instagram di bawah:
https://www.instagram.com/hikers.climber/

So, tu je la aktiviti main redah yang aku nak share kali ni. Thanks kepada abang Zaidi, owner Sirip Biru sebab melayan aku berbual sementara menunggu nak naik river cruise tu. Insyallah, next time aku akan ke sini dengan rakan-rakan lain, nak try bermalam kat rumah rakit tu pulak sebab macam menarik je.

Dan, on the way balik ke Cyberjaya, aku singgah membeli buah naga sebab dekat area Bagan Lalang/Sg Pelek ni terdapat banyak ladang buah naga. Tak sure mahal ke murah.. tapi aku assume murah la berbanding kalau kau beli di Jaya Grocer tu. Untuk yang bersaiz besar 5 biji RM20. Kalau saiz kecil sikit 7 biji RM20. Okay la kan?

Okay… till then. Jumpa di next post. Kalau ada apa-apa comment/feedback, silalah taip dalam ruangan komen di bawah. Take care and stay safe!






Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.