Hi semua! Dalam vlog kali ini aku kongsikan aktiviti morning walk aku dengan Barak di sekitar Cyberjaya Lakeside dan Tasik Putrajaya. Tak plan pun nak buat 1 loop tapi kami just jalan slow-slow je. Kira Barak cipta rekod la first time buat walk sejauh 10 km! Few days lepas tu, dia demam! Sadis betul. Sama je macam member office, Jay, masa walk dulu. Pun demam juga. Hahaha.
Oh, masa tengah walk ni, kami terserempak Tun M dan rombongannya sedang berbasikal. Tapi kali ni, Tun Siti Hasmah tiada bersama. Seingat aku, ini merupakan kali ketiga atau keempat, aku terserempak dengan mereka di Tasik Putrajaya ni. Yelah, Yayasan Kepimpinan Perdana pun terletak di kawasan ni. Selalunya, selepas cycling, Tun M akan breakfast di kawasan pelantar di hadapan bangunan Yayasan.
Anyway, Alhamdulillah, di sebelah petangnya aku berkesempatan untuk pergi ke Masjid Ibnu Mas’ud yang terletak di Jalan Damai, Kuala Lumpur. Kalau ikutkan hati aku, aku memang malas nak drive jauh-jauh ni. Sebab tu aku jarang keluar dari Cyberjaya. Paling jauh pun setakat Putrajaya atau ke Bagan Lalang.
Tapi bila difikirkan balik, rugi pula rasanya kalau tak pergi ke majlis ilmu ni. Apa lagi bila ada kehadiran para ulamak dan orang alim. Kena la juga sesekali ambil barakah mereka, so that hidup kita ni tak lari sangat dari landasan.. ye tak? Tambahan pula, dapat berbuka puasa sunat Zulhijah secara berjemaah pun seronok juga.
Majlis di Masjid Ibnu Mas’ud ni diadakan pada 1 Zulhijjah 1445H ini ialah majlis haul Syeikh Abu Bakar bin Salim R.A., seorang ulamak besar di Inat, Yemen. Syeikh Abu Bakar bin Salim R.A. dilahirkan di Kota Tarim, Hadramaut, Yemen pada 13 Jamadil Akhir tahun 919H. Beliau dilahirkan kembar dengan saudara kembarnya iaitu Agil bin Salim (leluhur keluarga Al-Attas).
Majlis ini dihadiri oleh para ulamak dari pelbagai negara iaitu Yemen, Indonesia, Singapura dan Malaysia sendiri. Selain daripada bacaan qasidah, diselitkan juga tausiah yang disampaikan antaranya oleh Habib Husain Al-Haddar, Habib Hasan Al-Attas (Imam Masjid Ba’alwi Singapura), Habib Fahmy Saggaf, Habib Abdurrahman Al-Musawa dan ramai lagi.
Aku takdan nak record semua tausiah yang diberikan sebab segan! Hahaha. Tapi dapat la record sikit untuk dikongsikan bersama di sini.
Selesai majlis, kami dijamu dengan nasi biryani dalam dulang. Sedulang tu kongsi 4 orang lebih kurang. Since aku pi sorang je, so aku ajak adik-adik yang ada kat sini join sekali. Walid of course la makan dengan para habaib tu. Aku makan sikit je la sebab tengok depa lagi berselera nak makan. Biryani kambing panas-panas. Memang la syok kan?
So, dah selesai makan tu, aku call Walid tapi dia tak angkat. Aku assume dia tengah busy la kot dengan habib-habib tu. Sedang molek aku nak keluar dari parking, Walid call ajak aku masuk semula jumpa habib-habib tu. Hahahahaha.. lemah lutut! Tapi pi je la kan. Bukannya selalu jumpa. Lagi pun, kita ambil barakah para orang alim ni. Walid memang dari aku kecil-kecil dulu selalu angkut aku pi majlis ta’alim jumpa orang-orang alim. Biar siuman sikit hidup katanya. Hehehe..
So, tu je la aktiviti aku semasa weekend awal Zulhijjah hari tu. Sehingga bertemu lagi dalam post yang akan datang. Till then, tata titi tutu!
Leave a Comment