G2G Animal Garden MAEPS: Tempat Best Bawa Keluarga Lihat Capybara & Haiwan Comel
Pengenalan
Kalau korang tengah cari tempat menarik untuk bawa family dan anak-anak untuk aktiviti luar, G2G Animal Garden MAEPS di Serdang memang pilihan yang tak mengecewakan. Suasananya bukan macam zoo biasa. Di sini, pengunjung boleh berinteraksi terus dengan haiwan, menyentuh, memberi makan dan mengambil gambar dari jarak dekat.

Tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.
Anak buah aku teringin sangat nak tengok capybara, haiwan comel yang tengah viral dekat media sosial tu. Bila sampai, memang tak menyesal langsung. Bukan capybara je ada, tapi pelbagai haiwan menarik lain yang buat seisi keluarga seronok dari mula sampai habis.
Waktu Operasi
G2G Animal Garden dibuka setiap hari kecuali Selasa.
- Isnin, Rabu – Jumaat: 10.00 pagi – 6.00 petang
- Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9.30 pagi – 6.00 petang
Kalau nak elak orang ramai, datanglah waktu pagi hari biasa. Tapi kalau datang hujung minggu pun suasananya meriah dan penuh dengan aktiviti.
Harga Tiket
Harga tiket masuk masih berpatutan untuk seisi keluarga:
- Dewasa (MyKad): RM29
- Kanak-kanak & Warga Emas (MyKad): RM24
Kadang-kadang mereka buat promosi bermusim atau pakej kumpulan, jadi boleh semak di kaunter bila sampai. Tiket termasuk akses ke semua zon haiwan dan aktiviti umum dalam taman.
Korang boleh beli tiket di sini: https://www.trip.com/t/L8yzVIwwnR2




Apa Yang Menarik
Di G2G Animal Garden, ada lebih 80 jenis haiwan dari pelbagai spesies — dari yang jinak sampai yang eksotik. Antara tarikan utama mestilah capybara, haiwan pengerat terbesar di dunia yang terkenal dengan sifatnya yang tenang dan jinak.
Selain tu, ada juga alpaca, meerkat, rusa, kambing comel, seladang, burung-burung berwarna-warni, serta pelbagai reptilia seperti ular dan kura-kura.
Tempat ini dibahagikan kepada beberapa zon seperti taman arnab, rumah reptilia, zon ternakan, dan kawasan burung. Setiap kawasan ada konsep tersendiri yang sesuai untuk kanak-kanak belajar tentang haiwan dengan cara yang menyeronokkan.


Aktiviti & Interaksi Haiwan
Aktiviti utama di sini mestilah memberi makan haiwan. Korang boleh beli sebekas makanan yang dijual di dalam taman, tapi harganya mahal nak mampuiii! RM10 untuk satu bekas rumput kering dan beberapa hirisan lobak merah. Walaupun mahal sedikit, pengalaman memberi makan capybara, kambing-kambing comel serta rusa dengan tangan sendiri memang tak ternilai, terutama bagi anak-anak kecil. Umi aku pula, dihulurnya bekas makanan kat unta, sekelip mata habis sebekas! Hahahaha…
Selain itu, pengunjung boleh pegang dan bergambar dengan beberapa haiwan jinak seperti arnab, kambing dan alpaca. Ada juga sesi pembelajaran interaktif di mana staf taman akan kongsi fakta menarik tentang haiwan, seperti tabiat makan, habitat asal dan cara penjagaan mereka.
Kalau datang waktu hujung minggu, biasanya ada aktiviti tambahan seperti menunggang pony, sesi bergambar khas atau mini pertunjukan haiwan. Semua ini menjadikan lawatan ke sini lebih berbaloi dan menyeronokkan.


Binatang Yang Ada & Fakta Menarik
Antara haiwan paling popular di sini termasuk:
- Capybara: Haiwan dari Amerika Selatan ini terkenal dengan sifat penyayang dan tenang. Ramai yang suka bergambar dengannya sebab nampak sangat “chill”.
- Alpaca: Dikenali dengan bulu tebal dan muka yang comel — memang antara tarikan utama untuk gambar keluarga.
- Meerkat: Si kecil lincah yang suka berdiri tegak sambil berjaga-jaga. Tapi awas, binatang ni boleh memggigit tangan korang!
- Seladang: Haiwan tempatan yang besar dan gagah, jarang dapat tengok dari dekat.
- Rusa & kambing comel: Sesuai untuk anak kecil belajar berani menyentuh dan memberi makan haiwan.
- Burung & reptilia: Termasuk burung merak, burung kakak tua, ular, dan kura-kura — semuanya menambah variasi pengalaman dalam satu taman.
Selain haiwan, ada juga kedai cenderamata yang jual plush haiwan comel dan mainan kecil sebagai kenangan sebelum balik.


Kenapa Korang Patut Datang ke Sini?
G2G Animal Garden bukan sekadar tempat hiburan, tapi juga tempat pembelajaran interaktif untuk kanak-kanak. Anak-anak boleh belajar tentang pelbagai jenis haiwan, memahami cara penjagaan dan menghargai alam sekitar dengan lebih baik.
Tempat ini juga mesra keluarga, dengan kawasan yang luas, bersih, dan selamat untuk kanak-kanak. Ia sesuai dijadikan destinasi hujung minggu, family day atau aktiviti cuti sekolah.


Penutup
Secara keseluruhannya, G2G Animal Garden MAEPS memang destinasi terbaik untuk keluarga yang nak lari sekejap dari hiruk-pikuk bandar. Pengalaman berinteraksi dengan haiwan, suasana hijau yang mendamaikan, dan peluang belajar sesuatu yang baru — semua ini menjadikan lawatan ke sini sangat berbaloi.
Kalau anak-anak suka haiwan atau teringin nak tengok capybara depan mata, inilah tempatnya. Bawa kamera, bawa tenaga, dan sediakan masa yang cukup sebab pasti susah nak balik bila dah mula seronok!
Anyway, bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.
Till then, jumpa di post travel akan datang. Terima kasih sudi singgah blog aku ni! Muackkkkkssss!!!
English summary:
G2G Animal Garden MAEPS Serdang is a family-friendly petting zoo in Selangor where visitors can get up close with over 80 species of animals including capybaras, alpacas, meerkats, deer, goats, birds, and reptiles. It’s one of the best outdoor attractions near Kuala Lumpur for kids and families to learn, explore, and interact with animals through feeding sessions and fun educational activities. With affordable tickets, a relaxing green environment, and plenty of photo spots, it’s a must-visit destination for anyone looking for a unique animal experience in Malaysia.

Leave a Comment