
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pembaca di luar sana. Terima kasih kerana sudi singgah di rumah aku di alam maya ni. Dah lama aku tak tulis benda-benda random ni. Selalu pasal travel je kan?
Tapi kali ni aku nak share something yang menggembirakan aku. My Youtube channel baru sahaja mencecah 25,000 subscribers!!! Alhamdulillah… Lama betul aku nak sampai ke sini. Aku start channel aku pada 2011. Tapi masa tu lebih kepada random clips anak saudara aku yang pertama, Ali dan ada beberapa lagu lama yang aku share. Vlogging aku first buat pada tahun 2017 semasa winter trip aku ke Iran. Actually, aku agak terkilan juga sebab banyak trip-trip aku sebelum tu aku tak buat vlog. Just record short clips je. Rugi betul rasanya. Tapi takpe lah.
Jauh lagi journey aku nak ke 100,000 subscribers tu. Baru achieve 1/4 je. Tak tahu la entah sempat ke tak aku nak sampai ke sana. Aku selalu jokingly cakap dengan Jay, officemate dan one of my close friends. Aku cakap katakanlah aku dapat silver button tu bila aku dah selamat 7 kaki kat dalam tanah, kau letak lah silver button tu kat nisan aku. Boleh juga aku tengok dari bawah, hey.. aku berjaya! Hahahaha.. 😅😅
Anyway, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang selalu support channel aku, dan blog ini juga. Tak kiralah yang lama atau yang baru terjumpa. Aku tak expect pun akan ada orang yang baca sangat coretan aku ni, not even my family or close friends.
Tapi aku nak rakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup aku, yang share my journey dalam vlog-vlog yang lalu atau yang akan datang. People come and go in our life. Tapi kenangan tu tetap akan terpahat selamanya.
Sebenarnya, one of the reasons aku suka buat vlog ni selain daripada nak ada passive income ialah aku memang nak share pengalaman aku dengan orang terutamanya tempat-tempat yang aku lawati. Selain tu, aku nak juga rakamkan kenangan aku dengan korang terutamanya my family and friends. Who knows one day bila aku dah takde, korang boleh tengok balik vlog-vlog aku ni. Aku selalu juga tengok balik vlog-vlog lama aku especially kalau aku rindukan ahli keluarga aku yang dah takde especially arwah adik dan nenek aku. Terubat juga rindu, kadang-kadang gelak, tak sedar air mata meleleh. Hahaha.. drama betul!
Apapun, deep inside my heart, aku hargai setiap perjalanan aku dengan korang. Aku hargai setiap yang tengok, yang baca, yang komen atau apa sahaja interaksi antara kita. Walaupun maybe ada antara kita dah tidak berhubungan, lost contact dan sebagainya, setiap perjalanan kita akan tetap aku ingat sampai bila-bila.
Thanks for being part of my journey. Semoga kita semua berjaya dalam setiap apa yang kita buat, dan bahagia dalam setiap apa yang kita pilih di dalam hidup ni.
Jumpa lagi dalam post akan datang, dan doakan aku berjaya mencapai cita-cita aku untuk 100,000 subscribers pula.
Bagi yang belum subscribe, bolehlah klik link di sini.
Sayang korang semua. Take care! ❤️❤️❤️
OMAR AL-ATTAS
September 2026
Cyberjaya

Leave a Comment