Sharing is caring

Semalam lepas balik meeting, perut memang tengah tahap kelaparan yang amat sangat. Apatah lagi bila stuck dalam jem kat tengah-tengah KL. Aku twit Scabbers ajak makan kat Satay Willy kat area Ramal Food Junction, Kajang. Kebetulan dia pun baru nak gerak balik dari Menara itu. So memandang pergerakan trafik macam siput babi kepenatan selepas romen, makanya dia gerak dulu tunggu aku kat KFC lepas Tol. Sg. Besi. Sampai-sampai kat tepi tengok makcik ni tengah sibuk menangkap gambar sunset bagai. Suka sangat dengan sunset. Aku bagitau dia aku nak balik rumah dulu sebab ada emergency. Nak terberak! Gila lama aku tahan dari jem kat KL tadi. Sadis okay!!! Masuk rumah je aku terus berlari ke toilet – tutup pintu bilik, pintu toilet tak mahu sebarang bunyian luar biasa terdengar sampai ke luar! Hahaha.. So bila settle, siap-siap mandi semua, baru kitorang gerak. 

Sampai kat sana, umat manusia tak ramai sangat mungkin sebab baru lepas hujan. So lepas dapat tempat duduk, aku pun pergi order Satay Willy 16 cucuk je (8 ayam, 8 daging). Secucuk 70 sen. So total RM11.20. Then Scabs order Burger Bakar Abang Burn – ayam untuknya dan aku minta daging. Satu RM7.50. So bila satay sampai, kitorang ngap lah satay ni dulu. Satay ayam perfect! Tapi yang daging ni tak macam masa first aku makan 2 minggu haritu yang mana dagingnya lembut, empuk. Ni macam liat sikit… but still okay lah.

Satay Willy

Lepas dah habis makan satay, kitorang dok tunggu punya tunggu burger tak sampai-sampai. Tapi takde la kisah sangat sebab perut still kenyang baru lepas makan satay kan. Tapi bila dah lama tu, tertanya la juga apsal lama sangat. So bila Scabs pergi tanya rupanya diorang dah panggil tapi silap nombor. Ceh!!! Patut la tunggu lama.. So bila burgernya sampai dia dah sejuk. Rasanya okay la gak but aku rasa if panas-panas lepas bakar lagi best dan juicy. Scabs pulak dia minta burger ayam dapatnya burger daging. Hahaha.. no complaint. Makan je.

Burger Bakar Abang Burn
Seriously memang kenyang sangat lepas makan burger ni. Dan aku tak pernah nampak muka Scabs yang kekenyangan dan bila dah terlalu kenyang kita dapat saksikan kesengalan dia. Seawal dari makan satay lagi. Ntah bila ntah aku sebut nama Dahlia… Hahaha.

So overall, makan kat sini sedap dan puas hati. Aku dah try Satay Willy, Burger Bakar dan Flaming Pan Carbonara. Mee Udang Port Weld aku dah try jugak tapi mengecewakan sebab udangnya kecil-kecil, tak padan dengan harga special yang aku minta RM15 semangkuk. Kalau kat Kuala Sepetang tu, udangnya memang bapak besar!!! Oh! By the way, masa kitorang dah nak beredar, umat manusia dah ramai kat sini. Luckily datang awal!

Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.