Sharing is caring

Sejak kebelakangan ni, aku banyak berfikir pasal masa depan. Apa yang akan aku buat pada masa akan datang? Jauh di lubuk hati, aku terfikir aku takkan selamanya tinggal di Cyberjaya ni. Aku teringin menghabiskan sisa-sisa usia aku di sebuah rumah kecil yang dikelilingi dengan alam semula jadi. Bukan di bandar yang sibuk dan sesak dengan manusia. Mungkin di kawasan perkampungan yang terpencil sedikit, barangkali? Untuk kehidupan yang macam ni, term yang biasa digunakan ialah off-grid living.

Image by Robert Jones from Pixabay
Memandangkan berangan ni adalah percuma, maka aku akan teruskan aktiviti ni sebanyak mungkin, mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan dengan rumah idaman aku ni. Mana tahu kalau ada rezeki suatu hari nanti, impian aku ni tercapai. Jadi, untuk post yang berkaitan dengan angan-angan aku ni aku akan gunakan tag “dream home” supaya senang nak cari artikel atau bahan-bahan yang dah aku kumpulkan nanti. Korang layan je la angan-angan aku ni okay… hahaha.

Image by Stanly8853 from Pixabay
Anyway, aku juga aku terbaca artikel mengenai rumah ladang atau “homestead”. Konsep ni pun menarik juga. Dalam erti kata lain, kita tinggal di persekitaran di mana kita segala keperluan asas kehidupan diusahakan sendiri. Maknanya, sayuran semua kita tanam, ternakan kita jaga dan sebagainya. Menarik kan? Kalau di Youtube terdapat banyak video-video yang memaparkan tentang homestead ni. Dan aku pun turut subscribe channel sebegini sebagai sumber inspirasi. Antara channel kegemaran aku ialah Exploring Alternatives, Living Big In A Tiny House dan beberapa lagi.

Aku share dengan korang satu video di bawah ni tentang this one Slovenian couple yang membuat keputusan untuk korbankan kehidupan dan kerja di ibu kota dan menjadi petani di sebuah kawasan kampung. Bagi aku, ia sangat memberi inspirasi.

Ini antara video yang sangat memberi inspirasi pada aku mengenai off-grid living.
Okay, sekarang mari aku cerita tentang rumah idaman aku pula.

Untuk merumuskan ciri-ciri rumah idaman aku, semestinya bukan rumah agam yang besar dengan perhiasan yang mewah bak istana. Bagi aku, cukup sekadar rumah kecil dan selesa, namun mempunyai halaman luas untuk membolehkan aku bercucuk tanam, menanam pokok-pokok herba yang boleh dimakan dan pokok-pokok bunga sebagai hiasan.

Aku juga inginkan sebuah kolam kecil yang dikelilingi pokok-pokok rendang untuk aku membela ikan-ikan air tawar yang boleh dimakan sebagai sumber protein. Pokok-pokok rendang tu perlu sebagai teduhan kalau nak berkelah di tepi kolam. Dan dekat laman tu nanti mungkin aku akan bela beberapa ekor binatang seperti arnab, itik-itik yang molek sikit rupanya so that depa boleh berenang atas kolam tu nanti. Berangan lagi… hahaha. Eh, tapi aku sempat juga usha harga itik swan.. mahal hawau! Bukan yang white, tapi the black one. Ribu-ribu juga harganya. Nampak gaya, bela angsa je la…

Image by Paul McGowan from Pixabay
Dan memandangkan aku suka memasak, outdoor kitchen adalah satu kemestian. Kedudukannya mestilah dikelilingi dengan pokok-pokok herba atau ulam. Senang aku nak masak.. petik, cuci, terus masuk dalam kuali. Selain ada kerusi untuk makan, aku suka kalau ada bangku besar macam di rumah tradisional Korea yang boleh kita duduk dan buat aktiviti memasak dan lain-lain di atasnya. Kat rumah arwah datuk aku ada dulu, kami panggil pangkin.

Untuk bilik tidur pula, melelapkan mata di dalam sebuah bilik dengan pemandangan pokok yang merimbun memang sangat aku idamkan. Tambahan pula, bila waktu malam tu, kedengaran bunyi unggas, cengkerik dan sebagainya. Sangat dekat rasanya diri dengan alam.

Image by Michel van der Vegt from Pixabay
Untuk tandas dan bilik mandi pula, aku tak nak bilik mandi yang moden atau canggih. Of course lah, kena ada hot shower (in case cuaca sejuk) tapi cuma itu sebahagian kecil je la. Aku gambarkan bilik mandi aku akan mempunyai kolah yang agak besar dan paipnya pula akan diletakkan dalam binaan batu-batuan yang menyerupai mata air yang keluar dari celah-celah batu. Ada juga la some sort of mechanism yang akan membolehkan air tu sentiasa circulate menggunakan pam. Kenapa aku mahukan kolah? Sebab aku teringat rumah arwah moyang aku di Wadi Hana yang ada kolam berbentuk bulat dan besar. Airnya pula sangat sejuk dan kau akan rasa segar gila bila mandi. So, that’s my plan. Nak mengembalikan memori semasa kecil dahulu. Look and feelnya mestilah macam contoh gambar kat bawah ni. Barulah ada feel bila nak mandi!

Image by Jana from Pixabay
So, basically that’s about it. Nanti kalau aku ada idea lagi nak merapu pasal rumah idaman aku ni, aku akan share di sini. Doakan semoga impian aku ni tercapai.. maybe hadiah untuk usia 50 tahun nanti? Harap-harap panjang umur lah. Till then, take care and stay safe ya!


Featured image by Sasin Tipchai from Pixabay


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.