Sharing is caring

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut tahun baru 2026. Nothing much yang aku nak share, sekadar aktiviti semasa hari cuti yang lepas iaitu trip tahun baru ke Tanjung Tuan, Melaka.

Tapi, sebelum tu apa kata korang  support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.

Sebenarnya, aku takde apa-apa perancangan untuk menyambut tahun baru. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Ada la juga terfikir nak ke Bukit Bintang untuk buat content. Tapi bila memikirkan lautan manusia kat situ, terus tak jadi nak ke sana. Tak sanggup la nak menyesakkan diri.

Dan memandangkan Barak pun free tak pergi ke mana, aku just ajak dia lepak-lepak kat Putrajaya je la. Itu initial plannya. 

Melihat sunrise 2026 di Putrajaya

Selepas subuh, aku ambil Barak di rumahnya dan bergerak menuju ke Putrajaya. Ikutkan perancangan asal, aku nak pergi record timelapse sunrise di atas bukit di Taman Saujana Hijau tu. Tapi aku memikirkan nak ke sana akan mengambil masa, nak hiking lagi, so aku tukar je la plan. Takut terlepas sunrise. So, kami pergi ke Jambatan Seri Gemilang je. Dari situ boleh juga nampak sunrise.

Dapatkan record timelapse kat situ walaupun hasilnya tak berapa memberansangkan. Jadilah buat intro video. Hahaha!

Selesai beraktiviti di sini, aku terus ke mamak di Cyberjaya untuk breakfast dan ikutkan hati nak balik rumah je lepas tu.

Meredah ke Port Dickson

Selepas breakfast dan on the way hantar Barak, aku macam… ehhh.. terlalu awal untuk balik ke rumah. Rasa tak puas nak beraktiviti. Walaupun sebenarnya badan aku tak berapa nak sedap sejak beberapa hari yang lalu. On off macam nak demam. Tanya Barak nak pi mana, dia pun macam takde idea. Aku pulak main drive je. Rasanya best juga kalau lepak tepi pantai. Daripada nak pergi ke Bagan Lalang, aku ambil laluan lain untuk ke Port Dickson. Cuaca pula macam nak hujan. Tapi, redah je la. Dah alang-alang memandu kan?

Lepak di Pantai Tanjung Tuan, Melaka

Asalnya aku macam nak pergi ke Blue Lagoon kat Port Dickson tu. Tapi bila dah sampai, tengok pemadangan pantainya takde la menarik mana. Sebab dah sampai ke sini, so turun je la. Actually, pantai yang kami lepak ni sebenarnya Pantai Tanjung Tuan di Melaka. Ia bersempadan dengan Blue Lagoon atau Pantai Tanjung Biru, Negeri Sembilan. First time kami sampai ke sini.

So, bila dah kat sini, kami bawa turun sekali meja dan kerusi healing yang memang dah ada dalam bonet kereta aku. Set up kat tepi je. Jadilah acah-acah healing walaupun pemandangan depan matanya tak berapa menarik.

Tapi di bahagian depan lagi, pantai dan air lautnya bersih. Time ni air laut tengah surut. Even pi jauh ke tengah pun, paras airnya tak tinggi.

Kami take turn pi redah laut tu sebab dok jaga kerusi dan meja. Tapi, bila time aku ke situ, aku rasa macam best je kalau dapat berendam. Sudahnya, aku balik semula, ajak Barak simpan kerusi dan meja ni, so that kami boleh mandi laut sama-sama.

Best juga sebenarnya mandi laut kat sini sebab pantai dan airnya bersih. Dan yang menarik, kat sini banyak sea grapes yang dikenali sebagai latok.

First time kutip latok

Ramai yang buat aktiviti mengutip latok ni. Katanya ada musim. Dan rata-rata yang kutip kat sini orang Sabah, sebab diorang ni yang pandai makan benda ni. Aku pun excited bila dapat segenggam latok. Tapi tak bawa balik pun. Just bagi dekat budak-budak yang kutip tu. Mungkin boleh try kutip betul-betul bila datang lagi sekali.

Selesai mandi laut, kami bilas badan kat toilet berhampiran dan mengeringkan badan seketika. Dah pergi ke sini pun main redah, memang takde la kami bawa tuala dan baju persalinan!

On the way balik tu, aku cakap dengan Barak untuk cari kedai makan atau warung tepi laut. Tak nak makan kat restoran sebab baju kami masih basah. Drive punya drive terjumpa satu kedai makan ni. So, kami lunch la di sini.

Lunch masak lemak pisang muda

Kami singgah di Warung Kopi Leq di Port Dickson untuk lunch. Tengah drive, ternampak kedai ni kat tepi jalan, aku terus masuk je. Orang pun tak ramai lagi. Lauk-pauk pun boleh tahan banyak. Dan yang menjadi pilihan aku semestinya lauk pisang muda masak lemak. Ni lauk yang selalu Umi dan arwah nenek aku selalu masak masa aku kecil-kecil dulu. Pisang-pisang tu kami ambil je kat belakang rumah. Aku paling suka makan kulitnya. Isinya aku kurang sikit.

So, lepas dah kenyang, kami sambung drive semula untuk pulang ke Cyberjaya.

Penutup

So, demkianlah serba-sedikit aktiviti kami semasa cuti tahun baru yang lepas. Lepas dah balik, demam dan batuk aku makin menjadi-jadi. Maka, Jumaat hingga ke Ahad tu memang tak ke mana la sebab demam! Sadis betul! Thanks to Barak sebab teman aku buat aktiviti mengarut ni dan yang penting tolong belikan ubat dan makanan masa aku demam hari tu. Camni la hidup sebatang kara kat Cyberjaya. Nasib baik ada kawan-kawan yang baik.

Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.

Okaylah, jumpa lagi dalam post akan datang. Selamat Tahun Baru 2026!


English summary:

I kicked off 2026 by catching the sunrise at Seri Gemilang Bridge, Putrajaya, then after breakfast, went on an unplanned day trip to Tanjung Tuan Beach, Melaka near Blue Lagoon, Port Dickson — without towels or spare clothes. The tide was low but the beach and sea were clean, with locals collecting sea grapes. After a refreshing swim and rinse, we stopped for lunch in Port Dickson before heading back to Cyberjaya. A spontaneous beach escape that totally hit the spot.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.