Selamat Tahun Baru 2026!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pembaca blog yang aku sayangi. Terima kasih kerana sudi singgah di halaman rumah aku di dunia cyber ni.
Tahun 2025 bakal melabuhkan tirai beberapa jam saja lagi. Sedar tak sedar, 2026 bakal menjelang. Cepat betul masa berlalu sekarang ni kan?
Jadi, di mana aku harus bermula?

Oh, tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button dengan 100k subscribers tu. Tak tahu la zaman bila dapatnya, tapi kita usaha je la kan?

Bagaimana tahun 2025 korang? Dah tercapai ke semua azam tahun ni? Bagi aku pula, nothing much different. Alhamdulillah, ada juga yang berjaya dibuat dan selebihnya yang paling berat ialah nak turunkan berat badan! Hahahaha.. aku yakin ramai je yang sekapal dengan aku kan? Baik ngaku!
Tahun 2025 bagi aku sedikit mencabar dari segi kewangan terutamanya bila anak kesayangan aku tu asyik nak masuk workshop je. Ye lah, dia dah hidup dengan aku sejak 2008 kot. Dah 17 tahun tu. Actually, dia takde la meragam sangat sebenarnya. Cuma bila dah lama tu, barang-barang kat enjin semua tu nak kena ditukarlah. Dari April sampai Ogos, kereta tu tersadai kat parking rumah. Dan Ogos sampai pertengahan November tersadai kat workshop sebab sparepartnya takde. Lama la nak kena tunggu untuk dapat barangnya. Jadi, tahun ni aku kena tukar banyak benda dan buat overhaul semuanya untuk pertama kali selepas 17 tahun. Banyak la juga terbang MYR aku. So, memang tak dapat la aku nak berwinter vacation. Sedih acik tau! Dah lama tak main snow! Hahaha. Tapi takpe. La ni Alhamdulillah dah tak meragam dan harap-harap lama la lagi nak meragamnya kan?
Apapun aku bersyukur sangat-sangat sebab sepanjang takde kereta ni, kawan-kawan rapat aku di Cyberjaya ni selalu ada. Nak pi kerja aku pergi dengan Jay. Dia ambil di rumah. Masa nak pi physio/chiropractor on weekend di Puchong, Shezz bawak aku. Nak keluar pi makan pula, Barak selalu kutip aku kat rumah. So, memang aku bersyukur betul di kelilingi oleh sahabat-sahabat time susah senang ni. Alhamdulillah.
Oh, tahun 2025 ni mencabar juga dari segi kesihatan. Selain daripada gagal kurus, aku guna terkena sort of slip disc masa on the way balik dari JB semasa menaiki bas. Sampai sekarang ni kesannya masih ada ya. Mudah-mudahan beransur hilang la nanti sebab kadang-kadang ada time agak sakit sikit bila aku nak rukuk. Hai… tua sangat dah kan? Kalau la masuk 60-70 tahun macam mana la agaknya? Ngeri! Tahun ni pun aku banyak kali demam dan batuk-batuk which is agak rasa sebab aku dah lama tak beriadah dan morning walk. Berbulan-bulan dah aku skip. So, that’s why aku rasa badan aku makin lemau selain daripada lemak-lemak yang begitu subur terutamanya di perutku ini. Hopefully, tahun 2026 ni aku kembali insaf dan beristiqamah dalam melakukan aktiviti riadah bagi mendapatkan tubuh yang ramping dan menggiurkan! Hahaha…
And then, dari segi amal ibadah pula, kena ditingkatkan lagi terutamanya membaca Al-Quran, zikir, puasa dan sebagainya. Alhamdulillah, tahun 2025 aku dah mula solat subuh berjemaah di Masjid Raja Haji Fisabilillah sejak 3 Januari lalu. Tapi disebabkan kereta aku buat hal masa pertengahan puasa tu, maka tak dapatlah aku nak sambung aktiviti ni sehinggalah kereta aku kembali ke pangkuan pada bulan November. 7 bulan terhenti dan aku yakin ini adalah kifarah juga sebenarnya. Ye la, sebelum ni setiap kali pergi, aku akan post hadis atau kata nasihat kat masjid tu dengan harapan untuk menjadi inspirasi kepada rakan-rakan untuk solat subuh berjemaah sama di masjid. Tapi kadang-kadang tu syaitan pun buat kerjanya dengan menerbitkan rasa riak di hati mungkin. So, that’s why aku sangat yakin Allah hentikan aku dari pergi ke masjid ni sehinggalah aku bersihkan hati dan niat aku untuk beribadah semata-mata kerana-Nya, bukan kerana benda lain. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah kita semua, Amin Ya Rabb.
Dari segi travel pula, tahun ni lebih kepada Tahun Melawat Thailand. Hahahah.. dua kali aku, Barak dan Shezz pergi ke Hatyai dan kemudian aku ke Phuket dengan Barak pula. And then, ada sekali aku ikut Barak balik Terengganu dan dua kali juga dia teman aku balik Johor Bahru. And then, aku pergi ke Langkawi dengan subscribers Youtube aku, Wan dan Nad. Yang lain-lain cuma Cuti-Cuti Malaysia je la terutamanya ke Melaka dan Bukit Bintang. Jadi la kan? At least berjalan la juga. Aku bersyukur gila sebab dengan adanya seketul Barak tu sebagai travel buddy aku, kira nak travel ke mana-mana dapat la juga berkongsi budgetnya selain ada teman berborak dan untuk tolong ambilkan gambar. Oh, syukur juga sebenarnya sebab aku dapat bawa Umi dan adik aku travel ke Langkawi masa birthday Umi. Last diorang pergi ialah pada 33 tahun dulu iaitu pada tahun 1992!
Mudah-mudahan tahun 2026 ni aku dan kawan-kawan lain ada rezeki untuk travel lebih jauh lagi. Ada few plans dalam kepala tapi tengok la rezekinya macam mana. Kena start menabung dan berjimat lebih sikit tahun 2026 ni.
So, apa lagi? Aku rasa tu je la kot. Harapan aku, tahun 2026 ni seperti biasalah lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga Allah Ta’ala kurniakan kesihatan yang baik, ditingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita, diberikan keizinan oleh-Nya untuk mampu sujud beribadah kepada-Nya, rezeki yang melimpah-ruah dan dijauhkan dari musibah dan keburukan di dunia dan di akhirat, Insyallah.
Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share and like the videos.
Terima kasih kerana sudi singgah membaca dan tengok vlog aku tu. Semoga yang baik-baik untuk korang semua.
Salam penuh kasih,
Omar Al-Attas
31 Disember 2025
Selamat Tahun Baru Syed Omar!
Nak cari info tentang HatYai, jumpa page ni.
All the best for 2026!
Amir
Assalamualaikum sohabat! Selamat tahun baru juga ya. Dan selamat becuti ke Hatyai! 😊😊