JB’s “Mini Amazon”
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Pada penghujung bulan Januari yang lepas, aku mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk balik ke JB. Sebabnya minggu berikutnya aku akan ke Hatyai. So, kalau aku tak balik JB dulu, memang tahap derhaka la kan? Hahahaha..
Kali ni aku balik dengan drive sendiri ke sana, selepas lebih 5 tahun kot aku tak drive balik. Kalau balik pun sama ada aku naik flight, bas atau naik dengan family adik aku. Nak drive jauh sorang-sorang memang aku dah tak larat. Cepat mengantuk. Tapi la ni, bila kereta dah servis bagai (habis terbang beriban duit aku!), so, boleh la nak drive jauh-jauh ni. Tambahan pula, aku ajak Barak ikut balik sekali. Okay la, ada teman nak ajak berborak sepanjang perjalanan.
Aku bertolak sekitar 10.00 malam pada hari Jumaat tu. Ikutkan aku lebih suka balik pag-pagi selepas subuh. Tapi bila memikirkan macam rugi masa je. At least, kalau aku bertolak malam, esok pagi tu boleh pergi breakfast dengan Umi dan adik aku.
Alhamdulillah, perjalanannya smooth. Takde jem pun. Cuma aku memang mengantuk gila la. Berpinau biji mata weh. Line jalan tu kelabu-kelabu je aku nampak. Nasib ada la Barak, aku ajak berborak entah apa-apa untuk hilangkan ngantuk, walaupun aku nampak matanya pejam tapi masih layan aku borak. Hahahaha..
So, aku sampai JB around 2.00 pagi camtu. Keesokan harinya, sebelum keluar pi breakfast, aku, Umi dan Barak keluar pi morning walk kat taman di area rumah aku. Jadilah dapat dalam 2 km lebih. Kemudian, aku ajak Umi dan adik aku breakfast di gerai nasi lemak Aisyah yang terletak di Medan Selera Pasar Taman Dahlia. Aisyah dan suaminya ialah bekas anak murid Walid aku dan nasi lemaknya memang sedap especially sambal tumisnya.



Selesai breakfast, kami balik dan rehatkan diri kejap. Mata masih mengantuk. And then, tengahari pula seperti biasa, aku ajak mereka makan tengahari di Restoran Sri Pantai Asam Pedas, Kampung Sungai Melayu. Rasanya dah hampir 3 kali aku ke sini setiap kali balik JB. Sebab bawa Barak kan, so nak la juga bawa dia pusing-pusing kat JB ni. Dia pernah ke JB, cumanya takde nak berjalan bagai. Just attend kenduri kahwin kawannya few years ago. Actually aku ada tengok juga few video kat TikTok tu mana tempat yang best untuk dikunjungi di JB ni, tapi entah la. Takde satu pun berkenan di hati. Nak pergi tempat yang viral-viral makan ni lagi la aku tak minat.
📍 Kampung Sungai Melayu Eco Tourism
So, bila ke Sungai Melayu ni, aku ajak dia naik river cruise sekali. Cuaca pula macam mendung-mendung, so aku suggest better naik cruise dulu, and then baru makan sebab takut kalau lambat, petang nanti hujan pula. Dan Alhamdulillah, cuacanya okay sepanjang tour. Cuma sedikit je hujan renyai bila dah nak habis tu.
Menarik river cruise ni. Kalau korang takde idea nak buat apa bila sampai JB, bolehlah ke sini. River cruise ni berharga RM 35 seorang selama hampir 1 jam. Aktivitinya ialah menyusuri sungai hutan paya bakau, menangkap ketam dan melawat kelong kupang (mussel farm) di tengah-tengah Selat Tebrau.
Selesai cruise, kami menjamu selera di restoran bersebelahan jeti tu. Apa lagi, asam pedas ikan pari la yang selalu dipesan. Ditambah pula dengan salted-egg crab. Sebenarnya aku patut order udang instead of ketam. Tapi sedap juga. Dua menu ni memang sentiasa aku order sebab memang sedap. Asam pedas tu kami siap bungkus bawa balik sebab banyak portionnya.









Selesai makan, aku bawa mereka jalan-jalan di JB. Singgah di City Square, shopping baju serba sikit. Aku la yang paling banyak beli kat Brands Outlet tu. Tengah ada sale CNY. Kena pula baju dengan seluar jenis oversized ni tengah sale. Acik kau dah tak mampu nak pakai baju ketat-ketat ya. Berbonjol lemak sana-sini. Aibbbbbb!!!! Hahahaha. Lagipun dah tua-tua ni tak sesuai dah nak pakai fit-fit. Longgar-longgar sudah. Selesa pun selesa. Ye dak?
Habis beraktiviti di City Square, kami terus balik dan malamnya kami pergi makan di mamak area rumah je. Malas nak pi jauh-jauh dan aku pun bagitau Umi tak payah susah-susah nak masak.



Esoknya, sebelum balik ajak Umi pi ziarah tok dan nenek sedara aku kat taman perumahan berhampiran. Tapi both takde rumah. Yang satu pi pasar tani kat area mana entah dan lagi sorang di Kuala Lumpur. So, balik rumah, adik aku dah sediakan sarapan dan bekalan. Siap ada panni puri lagi. First time aku makan. Selalu nampak dalam socmed je. Sedap juga bebola crunchy tu.
Bila dah selesai mengalas perut, aku dan Barak pun beransur balik. Sedih pula bila nak balik ni. Ye la, jarang-jarang balik kan. Next time aku kena usahakan untuk kerap balik. Mak ayah kita pun semakin berumur. So, kenalah spend masa lebih dengan mereka sepatutnya.
On the way balik ke Cyberjaya tu trafiknya okay, tak jem. So, aku mengambil kesempatan untuk singgah di kedai makan Walid yang terletak di Bukit Rambai, Melaka. Ikutkan dah lama dia ajak aku datang, tapi tu la. Masa tak mengizinkan dan tambahan pula kereta aku tak servis-servis lagi. So, nak drive jauh-jauh tu taklah. Ni kereta dah servis dan jalan tak jem. Memang takde alasan la aku nak bagi.
Sampai di kedai makan Walid, orang tengah ramai menjamu selera. Alhamdulillah, bagus bisnesnya. Walid pun offer aku makan sup tulang merah. Itu memang favorite kami sekeluarga dan Walid masak memang sedap. So, satu pinggan ada 3 ketul bonesteak. Aku dengan Barak sorang sepinggan. Memang padu! Kalau makan di rumah, memang habis aku kerjakan tulang sampai ke sum-sumnya tu. Tapi sebab makan kat sini, kenalah sopan-santun sikit. Hahaha..



Habis makan, sebelum bertolak ingatkan nak pusing-pusing Melaka. Aku suruh Barak ajak abang dia since abangnya stay kat sini. Kot la nak pi lepak minum coffee ke. Tapi, abangnya macam baru bangun je (sebab weekend kan), so cancel la.
Sudahnya, sebelum balik Cyberjaya, kami lajakkan perjalanan ke Bukit Bintang sebab aku rasa macam nak pi urut kaki kat Sungei Wang tu. At the same time, barak nak check cermin mata baru. Sempat jugalah merayap di Bukit Bintang, ingatkan nak pekena Kunafa Crisp. Tapi panjang nak mati ya linenya. Forget it lah! End up kami ke The Coffee Beans di Lot 10, pekena coffee and a slice of cheesecake. And then, terus beransur-ansur pulang ke Cyberjaya.
Begitulah aktiviti kami yang padat pada minggu ni. Thanks to Barak sebab sudi teman aku balik JB. Dan Insyallah, kita berjumpa dalam post berikutnya di Hatyai! Thanks sebab membaca and have a great day!
Tata titi tutu!
Johor Bahru travel, Merdeka holiday activities, things to do in Johor Bahru, family activities in Johor, Sri Pantai Asam Pedas restaurant, famous asam pedas Johor, Kampung Sungai Melayu, Sungai Melayu ecotourism, Johor boat cruise, RM35 boat ride Johor, mangrove forest cruise, wildlife spotting Johor, monitor lizards and birds in mangrove, mussel farm Tebrau Strait, Tebrau Strait attractions, Singapore border activities, Johor Bahru must-try experiences, family-friendly activities Johor Bahru, hidden gems in Johor, eco-tourism Johor Bahru, ladang kupang Johor, what to do in Johor Bahru, Johor Bahru foodie spots, best local food Johor Bahru, Kampung Sungai Melayu boat ride, affordable activities in Johor Bahru, tempat menarik di Johor Bahru, aktiviti Hari Merdeka Johor, restoran Sri Pantai Asam Pedas, makanan asam pedas terbaik Johor, Kampung Sungai Melayu eco-tourism, pelayaran bot Sungai Melayu, harga pelayaran bot RM35, pengalaman di paya bakau Johor, tempat tengok haiwan liar Johor, ladang kupang di Selat Tebrau, aktiviti di sempadan Singapura, pengalaman keluarga di Johor, tempat makan terbaik di Johor Bahru, Medan Selera Pasar Taman Dahlia, Johor Bahru City Square
Leave a Comment