Sharing is caring

Ini…

Skrin yang anda sedang lihat ini…

Skrin kecil ini… 

Ia hanyalah satu ruang kecil di mana aku selesa untuk berkongsi secebis kecil kehidupan peribadi aku. Aku tak pernah ambil pusing tentang tanggapan orang berdasarkan apa yang mereka lihat di sini kerana hakikatnya, aku tidak pernah hidup berpaksikan pendapat atau expectation orang lain. Aku meneruskan kehidupan berdasarkan apa juga kehendak, keperluan atau apapun yang aku selesa, tanpa perlu menjadi orang lain. Apa lagi nak nampak gah di mata orang. Allah tahu apa yang aku lakukan, keluarga dan teman rapat juga tahu aku ini orangnya yang bagaimana.

Terus-terang, aku memang jenis yang tak ambil kisah tentang hal peribadi orang lain. Sebagaimana aku tak pernah bother dengan apa yang mereka lakukan, macam tu la juga aku harap orang akan treat aku. Bagi mereka yang sangat mengenali aku, terutamanya keluarga atau teman rapat, mereka tahu yang aku tak akan bertanya tentang kisah peribadi mereka sehinggalah mereka sendiri yang membuka mulut, bercerita atau bertanya tentang pendapat aku mengenai sesuatu perkara. Dan jangan hanya kerana kau mengikuti media sosial aku selama beberapa tahun, kau rasa dah mengenali aku secara total, luar dan dalam. Dan yang paling utama, itu tidak memberikan kau hak untuk masuk campur dalam urusan peribadi aku. 

Sebenarnya, aku tak kisah kalau kau nak nasihatkan aku tentang hukum-hakam. Aku memang sangat-sangat menghargainya sebab aku pun jahil orangnya. Tapi untuk mencampuri urusan peribadi aku, bersungguh-sungguh untuk tentukan dengan siapa aku patut berkahwin, dengan orang ini atau orang itu, itu sudah melampau. Sangat-sangat melampau!

Bagi aku, perkahwinan bukan untuk semua orang. Kalau ya pun, kenapa masih banyak di luar sana yang bercerai-berai? Pernah kau terfikir? Jangan sibuk nak aturkan kehidupan orang lain hanya kerana nak melengkapkan fantasi “perfect life marriage” yang kau sendiri gagal untuk mendapatkannya. That is so pathetic. Kalau kau nak sangat pahala “membina masjid”, pergilah infaq harta kau ke dalam dana pembinaan surau atau masjid yang berlambak ada di online tu. Kenapa nak libatkan kehidupan orang lain?

Pernah ada seorang hamba Allah yang alim berbicara dengan aku. Menasihatkan aku untuk berkahwin. Katanya kasihan kedua ibubapa aku telah tua dan berkata kalau berkahwin, pahala ibadahnya berganda. Aku tak nak ke? Aku yang jahil ni cuma membalas dengan senyuman sebab hati aku tertanya-tanya sama ada dia ni betul-betul faham akan agamanya.

Pertama, jangan sempitkan pandangan agama seolah-olah hanya orang yang berkahwin saja selayaknya mendapatkan syurga. Hanya menggunakan satu dalil seolah-olah yang tidak berkahwin, Nabi tak mengaku umat. Fahami betul-betul intipati hadis berkenaan. Nabi tidak berbicara mengikut nafsu, melainkan apa yang telah diwahyukan Allah dan Allah juga tidak zalim. Banyak lagi cara orang yang tiada pasangan macam aku ni nak meraih pahala. Jalan nak ke syurga bukannya satu sahaja.

Yang kedua, Umi aku, seorang wanita hebat yang sangat taat pada Allah dengan solat malamnya, zikir, wirid dan segala macam amal ibadah. Aku akan call dia setiap pagi… SETIAP PAGI… hanya untuk meminta doanya sebelum mula bekerja. Bukan dia tak pernah mendoakan tentang jodoh aku. Aku yakin dah bertahun-tahun dia doakan untuk aku. Apakah doanya tidak mustajab? Apakah Allah tak memakbulkan doa insan mulia yang melahirkan aku ni? Bukan sebab itu. Sebabnya, aku yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan apa yang terbaik untuk aku. Rahsia Allah kita tak tahu. Mungkin dengan hidup seorang ni, aku punya lebih masa untuk menebus salah-silap aku di masa dulu. 

Tambahan pula, lagi beberapa tahun aku akan mencecah setengah abad. Aku dah takde masa nak fikirkan tentang isteri, anak dan sebagainya. Untuk disibukkan dengan hal dunia seperti itu, aku rasa bukan lagi untuk aku. Saki-baki umur yang ada ni aku nak fokus pada diri sendiri. Mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk aku bawa balik ke negeri abadi nanti sebab dah berpuluh tahun aku hidup dengan cara aku sendiri. Jadi, dah sampai masa untuk aku fokus pada urusan akhirat pula. Aku bukanlah orang yang baik, tapi aku nak jadi baik. Aku juga berazam, kalau ada rezeki, aku nak bawa Umi pergi travel around the world. Itu salah satu impian aku. So, instead of doakan tentang jodoh semata-mata, why not kau tukar doanya minta apa yang terbaik untuk aku. Yang terbaik tu luas maknanya merangkumi hidayah, rezeki, kesihatan dan banyak lagi. Doakan aku jadi Youtuber berjaya pun aku suka. Hehehe. Aku selalu minta Umi doakan seperti ni. Dah tak perlu minta jodoh semata-mata.

Lagipun, dosa aku yang ada ni pun tak tertanggung dan kau sesedap rasa nak suruh aku menanggung beban dosa orang lain pula. Kalau dapat pasangan yang taat pada agama, syukurlah. Tapi kalau dapat yang jenis keras kepala, tak dengar nasihat dan tak taat pada perintah agama, bukankah itu menyusahkan aku pula nanti? Tanggungjawab suami ni terlalu berat. Akhlak isteri adalah cerminan akhlak suami. Tugas mendidik isteri dan anak-anak bukannya mudah. Elok-elok di yaumil kiamah nanti aku boleh masuk syurga, tiba-tiba kena heret ke neraka sebab dosa orang lain. Kau fikir aku ada masa nak tempah awal-awal suite dalam neraka jahannam tu? Na’uzubillah. 

Jadi, ini merupakan coretan aku yang pertama dan terakhir tentang soal jodoh ni. Jika masih ada lagi di luar sana yang membawa perangai “makcik bawang” sibuk nak aturkan hidup aku, aku akan terus block tanpa apa-apa bicara terlebih dahulu. Aku dah malas nak justify lagi benda-benda ni. Off you go.

Aku tak akan minta maaf kalau ada tulisan aku ni menyinggung perasaan sesetengah orang sebab ada kalanya kita kena berbicara seperti ini supaya kaki mereka berpijak di bumi nyata, bukan di alam fantasi persis cerita dongeng Disney.

Hakikatnya, kehidupan kita akan lebih tenang kalau kita fokus pada diri sendiri dan tak sibuk mencampuri perihal orang lain.

Tapi lagi best, kalau korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. . Ada rezeki lebih kat sini bolehlah aku bawa Umi jalan-jalan. Hehehe. Thanks in advance!

Adios!

p/s: Ini ialah dari perkongsian aku dalam IG Story beberapa minggu lalu. Saja share kat sini. Penat dah beremosi dan type panjang-panjang kan…



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.