Sharing is caring

Pengenalan

Kali ni aku nak cerita pasal trip aku ke Bandung sedikit masa dulu. Trip ini merangkumi lawatang ke Tangkuban Parahu sehinggalah ke aktiviti shopping!

BandungΒ memang sangat best kalau hendak bershopping sakan. Dengan tukaran matawang yang rendah, memang boleh jadi gila kalau sampai di sini. Aku rasa kat sini semuanya best – pilihan barangan, tempat-tempat menarik and of coz the food especially masakan Sunda. Untuk pengetahuan, bangsa Sunda merupakan majoriti di Kota Bandung ni. So that’s why Sundanese food ada merata-rata. Transportation pula di Bandung ni takde masalah, baik teksi mahupun angkutan kota. Kalau nak berjalan-jalan di sekitar Bandung dengan selesa boleh pilih sama ada nak naik chartered van ataupun teksi (Blue Bird teksi better). If teksi sekitar Rp250,000 sehari (lebih kurang RM80 lebih camtu). Atau kalau nak lagi adventure boleh try naik angkutan. Masyarakat umum di sini lebih senang menaiki jenis ini.

Pengalaman Menarik di Bandung: Dari Tangkuban Parahu ke Shopping!
Memasuki ruang udara Bandung.
Bandara Husein Sastranegara Bandung.
Airport Bandung.

Hotel di Bandung

The Cherry Hotel & Residence

Aku seperti biasalah, kalau gi travel memang main redah je. Tak suka menggunakan travel agent. So kat Bandung ni pun sama. Nak cari tempat tinggal cukup mudah. Banyak hotel dari jenis bajet sampailah ke 5 bintang. Pilih saja mana yang suka. Dulu masa first time sampai, pak supir bawa aku ke The Cherry Hotel & Residence di Jl. Babakan Jeruk, lepas dari tol Pasteur. Hotel baru, harganya berpatutan dan biliknya kemas. Tapi kedudukan hotel ni terkedalam sikit dari jalan utama dan tempat-tempat menarik.

Hotel Guci

So the next day tu aku tukar ke Hotel Guci di Jl. Pasir Kaliki. Bagus hotel ni. Kedudukannya strategik, dekat dengan Pasar Baru dan Jalan Riau – antara tumpuan utama untuk shopping di Bandung. Selain daripada harganya yang murah (siap dengan buffet breakfast), bilik hotelnya kemas dan bersih, ada hot shower (sangat penting untuk aku!), staff yang peramah serta banyak facilities. Dua kali aku pergi Bandung, dua kali aku stay kat sini.

Hotel Guci di Jl. Pasir Kaliki.
Hotel Guci di Jl. Pasir Kaliki.
Bilik yang selesa di Hotel Guci di Jl. Pasir Kaliki.
Single roomnya yang selesa.
Courtyard bersebelahan dengan swimming pool. di Hotel Guci di Jl. Pasir Kaliki.
Courtyard bersebelahan dengan swimming pool.

Shopping di factory outlets

Kalau berada di Bandung ni, selain daripada melawat Gunung Tangkuban Parahu, memang tak sah la kalau tak shopping kan? Dari Factory Outlets di sekitar Jl. Dago, Jl. Setiabudhi hingga lah ke Jl. Riau, memang banyak kedai-kedai yang menjual pakaian berjenama dengan harga yang murah. Aku sempat singgah di Rumah Mode di Jl. Setiabudhi. Memang ramai orang Malaysia datang kat sini. Harga di sini sebenarnya sedikit mahal (sebab terlalu ramai datang sini kan..).

Selain tu, Heritage di Jl. Riau juga not bad. Pilihan untuk lelaki aku rasa better kat sini. Kalau nak mencari jeans pula, boleh singgah di Toko Tiga. One thing nasihat aku, kalau pak supirnya nak bawa ke nama-nama tempat yang pelik, korang tak payah la pegi. Aku pernah terkena dia kata kalau nak cari baju yang elok ada satu toko ni. So aku pun ikut la. Dah la agak jauh, pastu ntah kedai apa la dalam tu. Takde yang menarik langsung. Rupanya dia beriya bawa ke sini sebab dapat something dari owner toko tu. Hampeh btol! Oh! By the way, kalau nak mencari supir Blue Bird tu hati-hati sikit. Make sure korang deal betul-betul berapa hari nak guna khidmat dia. Yang sorang ni aku kena memang tahap hanjeng. Mulut manis tapi belit macam haram. So extra careful sikit. But yang lain tu aku naik Alhamdulilllah baik-baik semuanya dan jujur.

Rumah Mode di Jl. Setiabudhi.
Rumah Mode di Jl. Setiabudhi.
Heritage di Jl. Riau.
Heritage di Jl. Riau.

Pasar Baru

Bagi kaum wanita pula, tempat wajib singgah semestinya Pasar Baru. Dalam ni penuh dengan kedai-kedai menjual kain ela, baju-baju kebaya, telekung, tudung, t-shirt dan macam-macam lagi lah. Memang rambang mata, pusing sejam dua dalam ni memang tak cukup. Telekung diorang pula semua cantik-cantik belaka sulamannya. Hasil kerja orang-orang Bandung ni memang halus. Kalau tak cukup beg nak bawa, takde masalah. Kat area luar Pasar Baru tu ramai budak-budak jual beg-beg kanvas dengan harga yang murah. Pilih je besar mana nak. Boleh sumbat semua yang korang beli.

Pasar Baru di Bandung.
Area depan Pasar baru ni memang tersangat sesak. Boleh pengsan kalau dok lelama.
Pelbagai beca Pasar Baru di Bandung.
Bapak beca di Pasar Baru.
Kain-kain ela bersulam yang cantik-cantik belaka di Pasar Baru di Bandung.
Kain-kain ela bersulam yang cantik-cantik belaka.

Berhadapan dengan Pasar Baru pula, terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kudapan yang boleh dibawa pulang. Salah satu favourite aku kat sini ialah kerepek tempe. Boleh beli yang fresh baru digoreng. Selain tu, kena try minuman Bandrek Hanjuang. Kat Bandung je ada. Ia campuran halia dengan rempah-ratus serta gula palem. Menyegarkan! Satu paket tu kalau tak silap Rp15,000. Ada 5 pek kat dalam. Tapi kalau korang tak suka minuman berempah.. abaikan saja.

Macam-macam kudapan ada kat sini di Pasar Baru, Bandung.
Macam-macam kudapan ada kat sini.
Kerepek tempe di Pasar Baru, Bandung.
My favorite keropok tempe. Rangup!

Sari Ater Hot Springs

Selain dari shopping, Bandung juga banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya Sari Ater Hot Spring Resort (Ciater ringkasannya). Kawasan rekreasi kolam air panas. Letaknya lebih kurang 45 minit dari Kota Bandung. Luas tempat ni. Macam-macam aktiviti boleh buat. Nak mandi-manda, tunggang kuda, flying fox, naik go kart, ATV dan macam-macam lagi lah. Tapi aku datang sini just rendam air dalam kolam air panas je. Sesuai la nak melegakan kaki yang penat berjalan.

Sari Ater Hot Spring Resort.
Sari Ater Hot Spring Resort.

Gunung Tangkuban Parahu

Selain shopping, lawatan ke Bandung tidak lengkap jika tidak ke Gunung Tangkuban Parahu. Ini adalah ikon Kota Bandung. Gunung berapi ni terletak kira-kira 20 km lebih ke utara Bandung. Ini first experience aku pergi kawasan gunung berapi secara dekat. Nampak jelas kawahnya dengan lumpur serta gas-gas sulfur yang keluar. Bau sulfur memang kuat kat sini. Luckily aku sampai sini cuaca tengah elok. So semuanya jelas kelihatan. Berdekatan dengan area ni ada deretan kedai yang menjual cenderamata. Kalau berkenan boleh beli. Kena pandai tawarlah. Elakkan membeli dengan penjual-penjual yang bersepah kat atas gunung tu. Mahal pun ya. Pastu kalau tanya nanti, dia akan ikut je kita sampai lah kita beli. Sangat tak selesa.

Pemandangan dari Sari Ater ke Tangkuban Parahu.
Pemandangan dari Sari Ater ke Tangkuban Parahu.
Pemandangan ladang teh menuju je Tangkuban Parahu.
Pemandangan ladang teh menuju je Tangkuban Parahu.
Kawah Gunung Tangkuban Parahu.
Kawah Gunung Tangkuban Parahu.
Deretan kedai souvenirs di Tangkuban Parahu.
Deretan kedai souvenirs.
Souvenirs di Tangkuban Parahu.
Colorful bangles.
Menunggang kuda di Tangkuban Parahu.
Menunggang kuda di Tangkuban Parahu.

Masakan Sunda

Lagi satu yang paling aku suka kat Bandung ni ialah makanannya. Makanan Sunda sangat lazat okay! Kedai makan memang bersepah-sepah. Tapi kalau ke sini wajib pergi ke Kampung Daun Culture Village & Cafe. Restoran ni berkonsepkan desa. Suasananya sangat nyaman sebab banyak pokok-pokok serta landscape design yang menarik. Tempat makannya terdiri daripada pondok-pondok kecil dengan bantal dan makan bersila. Selesa sekali. Menu pula memang banyak pilihan. Ada Nasi Komplit Ala Sunda, Nasi Timbel, Ayam Penyet dan macam-macam lagi. Rasanya.. Terbaik!!!

Nasi Komplit Ala Sunda @Kampung Daun.
Nasi Komplit Ala Sunda @Kampung Daun.
Ayam Penyet @Kampung Daun. Bumbunya berbeza dengan ayam penyet kat sini.
Ayam Penyet @Kampung Daun. Bumbunya berbeza dengan ayam penyet kat sini.
Nasi Timbel @Kampung Daun.
Nasi Timbel @Kampung Daun.

Selain tu, masakan asli Padang pun ada kat sini. Antaranya Restoran Sederhana di Pasteur. Banyak pilihan dan sedap-sedap belaka, especially Gulai Tunjang (urat lembu masak lemak), Ayam Kukus (paling sedap walaupun togel je!), Sambal Goreng Ijo dan banyak lagi lah. Pendek kata semuanya sedap.

Restoran Sederhana di Pasteur.
Restoran Sederhana di Pasteur.

Selain tu, boleh try juga Restoran Sindang Reret di Limbang. Tempat makan ni pun cantik. Dikelilingi kolam. Dan menu pun banyak pilihan dengan harga berpatutan. Cubalah Ayam Panggang Pedas dengan Ikan Gurame Rujak nya.. Sedap!

Restoran Sindang Reret di Limbang.
Makan sambil menikmati pemandangan cantik.
Restoran Sindang Reret di Limbang.
Sup Buntut a.k.a Sup Ekor.
Restoran Sindang Reret di Limbang.
Ayam Panggang Pedas.
Restoran Sindang Reret di Limbang.
Sambal Cabe Hijau.

Okay setakat ini saja perkongsian aku tentang trip je Bandung yang merangkumi lawatan ke Tangkuban Parahu, aktiviti shopping dan sebagainya.

Tengok gambar-gambar makanan ni.. lapar pula aku. Mahu mencari makanan pula! πŸ˜€


English summary:

Explore the best of Bandung in a trip that combines natural wonders and city delightsβ€”from the steaming volcanic crater of Tangkuban Parahu and the relaxing Sari Ater hot springs to popular shopping spots in the heart of the city. Perfect for Malaysian travellers seeking a mix of adventure and retail therapy.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.